20080630

Trend manusia dungu

Contohnya :

1) Dengan adanya handphone canggih, line-line nombor Maxis, Xpac dan Happy, duit-duit yang berkepuk-kepuk dalam poket tak tahu nak buat apa, manusia bodoh akan mula hantar mesej-mesej ancaman tanpa sebab, seperti :

" Hey bitch, youre such a slut! Puki kau dahlah berlubang luas! How many bastards fucking with you every night? You're not virgin, are'nt you? Hahaha. Let me tell you something, your social status in under my feet! Cheapskate! "

2) Blogger.com hanya untuk orang yang rajin menulis, mengekspresi sesuatu untuk dikongsi. Tak kisahlah manusia lain nak ambil tahu ke tak. Yang jadi masalahnya bila yang tak langsung tahu apa tu blog, yang cuma tahu dunia palsu Myspace dah mula buat kerja bodoh. Tak perlu lah sampai nak print setiap blog, agih-agihkan dekat kuncu-kuncu kau, bawa ke mana saja kau pergi, lepastu setiap statement kau hafal untuk jadikan bahan-bahan borak dekat kedai kopi seksyen 7. Tak lucu ke tu?

3) Topshop isunya? Kau memang meletop, nok. Kau ada sepuluh warna baju Topshop RM36. Iye nok, mak tahu kau pakai semua baju-baju branded. CK, FCUK, Guess, ish, banyak sangatlah mak nak listkan barang branded kau. Tapi kan nok, seplastik-plastik mak, mak boleh pergi kitar semula. Dari kau? Pengemis mat salleh kat Uk je nok yang pakai Topshop RM36 tu, itu pun depa tak lah bangga-bangga dok sangkak orang lain Kg.com.

Mak tak tahulah kenapa kau ni asyik aim mak je dalam kelas. Nak kata mak lagi glamourous tak jugak, semua dok menyembah kau je hari-hari. Semalam masa exam sempat tunjuk fuck. Lepastu dah habis paper kau bawa lari bag mak. Apa dosa mak dengan kau, nok? Ish, mak keliru, keliru!

Mak sentap bila kau sangkak-sangkak mak dalam kelas pengajian malaysia. Kau panggil mak Orang Asli Gombak? Mak tahulah mak tak putih palsu macam kau, mak tak mampu nak beli hormon, apatah lagi foundation Maybeline. Mak sedih nok macam ni, pilu. Sehina-hina mak, mak mengaku mak duduk rumah teres dua tingkat dengan kereta kancil. Nasib baik mak kuat nok! Mak tepis apa yang kau cakap. Mak lawan!

" Melayu boyan kadang-kadang duduk dekat rumah bomba Bangsar, menyamar jadi bomba "

Urf. Dasar pondan buruk.

Mak,

Selamat Hari Jadi.

20080629

Ini rahsia

Screamo ke Indie. Kawan-kawan baru dari JB nak datang KL, katanya nak tengok Hujan. Hujan? Apa tu? Ohhh, baru teringat. Lagu-lagu demo yang Sapik pernah bagi. Hujan lah namanya. Cari Little Havana sampai lebam, sesat situ sini. Gila betul, tapi itulah kali pertama. Pertama untuk Hujan, dan pertama untuk yang namanya G-I-G.

Ada satu perempuan mulut bising. Ishhh, mak enon betul. Asyiklah menyebut "Kotaraya! Kotaraya! Kotaraya!", "KL-Seremban! KL-Seremban! KL-Seremban!", dengan suara serak nyaring pakai mic. Nak kata mc tak jugak. Menjengkelkan.


Tapi tu cerita dua tahun lepas.

Ada satu malam tu. Aku naik teksi dari Shah Alam semata untuk menggila dengan Komplot di Laundy Bar. Aku tak kenal siapa pun, cuma tekad bawa dan jaga diri supaya limitasinya hanya untuk langsaikan beban dalam hati serta hidupkan yang mati.

Masa tu semua asing. Muka-muka yang tak pernah langsung a
ku jumpa, nampak dan lihat. Ah, tak kisahlah. Aku cuma nak sendiri dalam hiruk-pikuk ramai. Dan waktu tu aku cuma tahu hentak lantai dansa lincah, tanpa rasa segan, tapi bila ditarik vokalis jadi takut. Terus khayalkan diri entah ke gaung mana tanpa sedar ada yang tiba-tiba menggosok-gosok kepala dari belakang.

Aku langsung toleh, tak kenal pun. Tapi macam pernah jumpa.

Dia senyum, bersama seorang lelaki bertahi lalat di mulut. Ahhh, lantak ah. Dalam hati aku "Eleh, dah salah orang lah tu". Tapi aku tak berani kata pun, terus
sambung dengan aksi joget. Dan mulai hari Khamis itu dan berikutnya aku ke Laundry, biasakan diri dengan suasana dewasa. Aku nampak lagi perempuan yang gosok kepala aku tempoh hari. Ber'boot' hitam, baju hanging. Harap-harap dia tak nampak, nanti mesti nak gosok kepala lagi. Entah macam mana, asyiiik je nampak. Ih, tak sukalah!

Dan kelibatnya macam ratusan kali, tiap Hujan, tiap majlis, ada dia. Siapa dia? Penting ke?

Masa tu juga obsesi aku pada band tu macam menjujung langit tanpa langsung pandang ke bawah. Aku julang setinggi mana tangan aku sempat capai, habiskan masa-masa penuh sepi ke tempat macam tu. Alhamdulillah, aku ditemukan dengan sesuatu.

Pertemuan untuk satu baju Hujan percuma dan telah dipakai, dan kemudian kisah melepak di NZ makan chicken wing sampai muntah, berterusan dengan hubungan-hubungan di tempat gig yang akrab, ditambah dengan pelukan yang banyak dan rasa ambil berat yang maksima. Itu buat aku rasa istimewa. Ingin terus hadir setiap gig dan pastikan tak satu pun dilepaskan untuk dapatkan satu rasa istimewa yang dah lama hilang.

Mont Kiara, aku dicium perempuan, yang dulunya pernah g
osok kepala ini. Tahun lalu.


Mula rasa tamak, rasa tinggi, rasa hebat! Rasa yang tak sama macam direndah, dimaki, dibuang! Aku cari perempuan tu, aku berkenalan. Tanpa cakap, borak, sembang kosong, aku perhati dari jauh, senyum sendiri orang sewel. Tak pedulilah siapa dia, tapi dia masih sesuatu. Aku tak pernah hubungi dia. YM? MSN? Nombor phone? Memang tak ah. Dia memang jauh, jauh dijulang dengan puisi hebat yang boleh buat lelaki yang tinggalkan aku rasa diri macam tahi. Kira lame lah aku ni, tak pernah ambil tahu langsung tentang seni yang boleh makan jiwa tu datangnya dari perempuan sama yang pernah gosok kepala, yang pernah kucup-kucup laju pipi budak bodoh yang satu ni.

Tanchap? Dialah yang buat aku ke situ.

MMU? Dengan jerit, peluk yang kuat, hisap rokok, ambil gambar, dan tiba-tiba cuma tinggal perempuan itu dan budak bodoh yang berpegangan tangan ditelan keramaian manusia. Dipicit sana sini, lalu dia bertindak sebagai penyelamat. Dan di situ, yang menggila cuma aku dan dia. Rasa berdua, macam rasa bercinta. Cemburu tak?

Cemburulah, sebab aku sayang dia.

Dah sekian lama aku rehat. Aku jadi dungulah, langsung tak tahu menahu. Aku terlepas yang semalam, rasa rugi yang perit. Malang tambah untuk hari ni dengan exam yang menyusahkan, dan tiket percuma Urbanscapes yang telah diberi pada orang lain. Dan yang paling mengejutkan, posting barunya. Buatkan air mata jatuh selaju air mata yang sama masa ditinggalkan manusia-manusia dulu.

Takutnya.

20080626

Gembirakan kesedihan

20080623

Minggu yang tak best

Aku tak pergi dinner mass comm yang harga RM45. Mahal, boleh buat belanja seminggu. Boleh pergi gig dua kali. Tapi aku diharap untuk pergi setelah harga tiket menjunam turun ke RM10. Sebab masalah dalaman, aku masih tak pergi.

Kawan-kawan aku baik-baik. Suka buat aku sakit hati, menangis, sedih. Itulah yang membahagiakan, betul? Tak apa, aku boleh jaga diri. Aku balik Gombak. Tapi tak sampai rumah. Rahsia. Tak lari pun, tapi jeluskan diri ke tempat yang bersuasana lain. Aku pi tengok futsal pukul 12 pagi. Hehe. Futsal yang dianggotai bekas-bekas teman lelaki. Sungguh menggelikan ketiak.

Aku final Sabtu ni. Cuak betul. Tak tahu apa pun tentang Pengajian Malaysia. I don't like to hafal nama pakcik pakcik menteri. Bosanlah macam ni. Lagi satu, aku nak cakap aku dah jumpa manusia paling biadap dan kurang ajar dalam dunia. Kalaulah reti memandu, aku dah lenyek dia pakai lori sampah.

Bwek

"Kau final bila?"

"Masa hari jadi Mak lah, 30 haribulan"

"Mak nak hadiah hari jadi ni kau dapat 4 flat"

"Kenapa? Hari jadi Awin pun Mak tak ingat"

*diam*

20080619

Sedih, aku dah tak ada handphone.

Memang dah ajal. Sekejap hilang, sekejap jumpa. Unable to charge memanjang. Macam-macam hal lah. Masa hidup tak pernah ada kredit. Asyik kena baling cium dinding. Skrin pun tinggal separuh. Mesej semua some text missing. Haih, nasib baik comel.

Semalam satu hari penat. Class outing, tak pasal-pasal kena redah satu KL ambil gambar bukan-bukan. Pukul 9 dah terpacak tengah-tengah KL Sentral. Kena tunggu camera pinjam. Tunggu budak-budak kolej yang macam siput dua jam. Alah, dua jam je.

Tidur dengan lena dalam Rapid KL masa balik. Pakai cun cun ni, tapi tingkap berlumur dengan air liur basi. Sampai hostel, akibat tak tahan sangat nak kencing sampai baling kasut jatuh dekat tingkat bawah, tak sempat buka zip seluar, handphone pulak jatuh dulu berderai dalam takung air.

Apa lagi, innanillah-lah.

20080618

Surat untuk dia

Hai, apa khabar? Sihat? Selamat hari bapa. Tak sukalah nak ucap selamat. Lagi-lagi untuk orang yang teruk macam ayah. Tapi tak apa, setakat ucapan yang tak ikhlas Awin tak berkira. Ayah kata Awin kurang ajar? Macam mana nak lebih ajar sedangkan ayah tak pernah mengajar apa-apa dalam hidup.

Ayah bapa penyayang. Tak pernah bagi nafkah hidup cuma bagi nama selepas binti. Ayah suka agungkan harta ayah yang tak 'ternilai' tu. Banyak betul pengorbanan ayah. Apa Awin nak bagi sempena hari bapa yeh? Macamnilah, Awin kan tak kahwin lagi. Dosa Awin semua ayah sanggup tanggung tak? Apa kata Awin buat dosa banyak-banyak biar ayah yang langsaikan? Ayah kata Tuhan faham ayah lebih. Tuhan faham ayah tak ada duit untuk tanggung anak kan?

Selamat hari bapa. Untuk ayah yang tak pernah langsung hantar anaknya ni pergi dan balik sekolah. Untuk ayah yang tak langsung pernah hulur tangan untuk disalam sebelum masuk sekolah. Kesiannya, sebab Awin kena pura-pura cium tangan kawan Awin sendiri sebelum masuk sekolah. Tapi, ayahlah bapa yang paling hebat. Awin banggalah sangat.

Selamat hari bapa. Itu saja Awin nak cakap. Awin sibuk sekarang. Sibuk dengan assignments, tolong mak buat kuih, cari duit nak makan pagi petang, nak beli itu ini, nak menggayakan cara hidup yang jauh lebih baik dari ayah. Maklumlah, tambahan pula Awin sekarang sibuk nak kejar cita-cita untuk balas dendam dengan apa yang ayah dah buat pada hidup Awin. Awin kan anak ayah. Jadi, perangai kita sama. Semoga cepat sedar. Selamat tinggal.

20080615

Sama macam sekolah dulu

Satu hari ni jalan-jalan melawat satu Seri Gombak kononnya hiburkan hati sebab Famiza datang sini. Loh? Padahal duduk Putrajaya je. Kecah lebih. Tapi tak apalah sebab kawan lama. Rindulah sangat kan. Famiza dah gemuk siod. Padahal dulu masa sekolah semua panggil papan. Lepastu Diba pun ada sekali. Dah tambah lagi seorang. Lepastu baru plan nak pergi mana.

Okay, mula-mula kita pergi Baah, makan. Weh, aku makan nasi dengan ikan besar dengan kari terung dengan kentang seringgit lapan? Gila murah. Lepastu Baah macam dah ramah tamah pulak sekarang. Aku kenakan Diba, tanya pasal Ucop. Padan muka. Dah kenyang lepastu jalan lembap. Diba sibuk nak pergi tasik tengah hari buta, nak buat assignment. Aku cakap tak payahlah, tasik buruk. Ambil saja gambar mana-mana bunga. Tapi tak, nakkk tasik jugak.

Sampai tasik air tasik tu macam kuah laksa. Lepastu kau geli sendiri. Satu harini asyik gelak je. Padahal tak plan pun nak lepak. Dah kepenatan dekat tasik, nampak pula ada couple ni gaduh. Yang boyfriend nak hentak si girlfriend pakai helmet. Tak dapat hentak baling helmet dalam longkang besar. Lepastu geram lagi baling motor pulak. Lepastu kan suruh awek tu pergi angkat balik helmet yang kecai tu untuk dia. Perghhh, tragis.

Ek elllahhh, cakap orang. Padahal aku pun.

Lepastu entah macam mana nampak Cimie. Loh? Ni semua jejak kasih ke apa. Semua stok jiran tetangga. Ahhh, semua dah berlengas macam ayam madu. Dengan baik hati Cimie pun balik ke rumah dan ambil kereta sport kancilnya dan lepak sekali. Diba pulak kecah nak ambil duit nafkah dari Asib dekat LRT. Tunggu lama hangak, sampai rasa berlengas tu makin pekat. Famiza yang gemuk pun bising.

Dah settle, teringat nak pergi rumah Farain. Lepastu kena tunggu dia mandi. Bak kata Cimie, orang nama F memang lembap. Contohnya, Famiza, Fizul dan termasuk Farain. Pergh, lama tak ingat. Tunggu-tunggu dah siap dah pun. Famiza konon konon nak menyorok belakang Diba. Padahal dia lupa ke dia dah gemuk tu. Farahain pun terkejut, dahlah dua chipmunk jumpa. Ambik kau, lima gajah naik satu kancil.Cimie campak kita dekat Awwal. Gila bosan. Famiza minum air orang tua iaitu teh tarik. Dan aku tak habis habis dengan cerita kahak kuning macam lemak ayam. Semua yang kat situ tengok macam kejutan budaya. Lepak lama punya lama, semua gossip dah keluar. Semua rasa macam nak sekolah. Semua flashback zaman pakai kain biru. Seronoklah, sebenarnya.

Lepastu semua kecah nak pergi pasar malam. Pergi pasar malam nak pergi turun KL. Flashback pulak zaman Punk dulu Diba pakai boot hitam sampai lutut dengan mini skirt yang nampak grunge tu, sampai kena perli dengan abang jual ayam. Haaa, pusing satu pasar malam, kutuk-kutuk orang, jalan pegang-pegang tangan. Sama macam masa sekolah dulu.

Sebab dah maghrib, semua balik rumah. Farain saja yang ikut aku, apa lagi cerita pasal rumah tangga yang sellau runtuh ni la. Dah habis cerita, call bapak ayam ajak lepak. Dah cukup dah ahli gossip. Semua berkumpul dekat rumah aku. Lepastu pergi Shareezma. Minum-minum, tertengok Fasha Sandha punya drama. Bu-wek. Teruskan bercerita, dan bahan-bahan Famiza. Aku baru sedar, Famiza memang dilahirkan untuk dibahan. Sebab dia tersangat lucu-lah. "Shut-up!" dengan confident buat isyarat tangan yang dah sah sah orang buat untuk Double Loser. Lepastu bising nak balik. Semua kena ikut cakap dia, jadi semua pun baliklah.

Aku tahulah cerita ni memang tak menarik. Tapi aku nak cerita jugak sebab nak bagi aku happy. Tak nak ingat pun yang hari ni Anniversary.

20080614

Kepada Karem Singh Alia

Kenapa call banyak kali? Maaflah, saya memang tak suka angkat phone calls. Lagi-lagi waktu kusut macam ni. Tapi tadi bukan sengaja tak mahu angkat, tapi sebab saya sorok handphone jauh jauh dalam almari dekat tempat seluar dalam. Saya tak sukalah. Sering saja dapat mesej ancaman dan panggilan telefon dari peminat. Saya tak suka.

Kenapa awak buzz ym banyak kali? Awak risau? Saya pun. Risau takut awak risaukan saya sangat. Saya tak tahu nak cakap apa. Apatah lagi nak borak. Fikiran terganggu, takut nanti dah terbodoh satu hati, terosak satu lagi.

Awak, saya sunyi. Bukan gersang.

Yang paling benar,
Diana

20080613

Kalaulah bunuh diri tu masuk syurga,

Dah lama aku matikan diri. Lepas mati, tak susahkan mak. Mak boleh hidup senang lenang, tak perlu fikir kerja, goyang kaki tengok tv. Tak payah nak tanggung belanja untuk hayat aku 20 tahun. Rasanya mungkin dah pergi haji dah pun. Malah, dah boleh naik haji dua-tiga-empat kali gamaknya.

Tapi itu kalau aku tak ada.

Masalahnya, aku masih hidup. Manusia yang berjanji sehidup semati dengan aku dah suruh aku pergi mati dulu. Kalaulah memang janji tu senang dimungkiri, aku dah lama tabur janji. Tapi, selama yang aku ingat. Aku tak pernah mungkir janji lagi dalam berkasih. Ikutkan saja apa kehendak, latih diri jadi mithali. Nak jadi kolot, kalau boleh biar syurga di bawah tapak kaki suami.

Hmm, patutlah dia selalu pijak aku.

Aku kan patung. Tak punya hati. Cakaplah bangsat beriban kali tepi telinga aku, jeritlah bodoh sambil air liur menyembur-nyembur depan muka aku, sebutlah perkataan yang paling kotor untuk orang macam aku. Aku masih kenyal. Telus, buat-buat macam angin yang lalu pura-pura sepoi.

Pampered

Semalam kan hari Rabu. Hari yang memang Naufal akan cuti. Dan tiba-tiba aku jatuh sakit. Tak tahulah sakit apa, yang pasti bukan sakit mengada-ngada. Semua orang tak ada. Dengan keadaan rumah macam tongkang hampir pecah, orang sakit macam aku hanya mampu baring selama 24jam bawah selimut.

Sumpah sejuk.

Tengah-tengah hari buta pun boleh menggigil. Aku dah ingat dah. Kondisi ni sama macam masa aku tingkatan tiga. Masa denggi tu, macamnilah simptomnya. Betullah ni, aku tak tipu. Habiskan masa dengan baring tu buang masa tau bagi aku. Dahlah bila bangun je, tekak rasa macam baru lepas telan paku. Perit hangak.

Aku tak kisah bila sakit. Aku tak suka pergi klinik bukan sebab aku takut, tapi sebab membazir untuk bayar tulisan buruk doktor dan servis untuk saranan makan parasetamol. Lebih baik beli ActiFast je. Tapi, ubat yang mujarab untuk aku tu macam perhatian. Sakit tu akan kurang bila ada orang yang kisah. Ada orang yang pampered. Kononnya-lah.

"Wei pompuan, kau jangan lupa minum 100plus tu sampai habis. Kalau tak, aku laknat kau. Aku tau kau bagi budak rumah kau minum, aku terajang kau nanti. Haha, aku tak sayang kau doh"

Macam kasar sms tu. Tapi, bersyukur saja lah selagi ada yang masih ambil tahu.

Aku, sepi - with rhymes

Tadi, aku menangis macam budak kecil.

Sambil gosok-gosok mata. Air mata sama banyak dengan hingus. Rambut yang panjang sebelah ni dah keras dah jadinya. Harapkan pari-pari datang bawa tongkat sakti ke, ada manusia datang beri pelukan ke, ada orang bagi sms ke, takda pun?

Hari ni ada ujian satu Pengajian Malaysia tahu tak. Itu mesti dah merangkumi 10% markah. Dan aku tak datang. Aku dah cuba bangun, dah kuatkan otot dah, bawa tawakal je, tapi macam banyak sangat halangan. Semua orang takda kat rumah. Elyn dah kejutkan pukul dua, aku rasa tangan dengan kaki kebas dari semalam sejak aku tunggu Naufal call sampai jam 4 pagi tadi.

Jadi aku tak larat.

Tapi fikirkan ujian yang penting tu, lagi setengah jam pukul tiga aku cepat-cepatlah mandi, pakai baju yang Naufal belikan dekat India tu, walaupun hati ni marah menyumpah. Dah siap, tapi muka aku pucat. Tak guna pun kalau tutup pakai mascara atau eyeliner, mata aku memang nampak teruk.

Aku dah lambat. Nak tunggu bas dah satu hal. Nak dijadikan cerita. Dalam dompet tak ada sen langsung. Lupa yang aku dah guna semua syiling untuk public phone masa gaduh semalam. Ha-ha. Banyak betul dugaan.

Aku mesej Farid.

Tak balas langsung. Binatang betul. Aku termenung sampai jam 3 lebih. Tak boleh putus asa, dengan kudrat yang tak seberapa, gigih jugaklah aku jalan sampai Esso untuk cucuk duit. Hah.

OUT OF SERVICE.

Aku jalan laju-laju balik rumah. Dengan kaki kanan sakit entah kenapa. Dengan belakang badan sakit gila macam lepas kena hempuk. Dengan kepala pening pun macam baru lepas kena pijak. Matahari pukul 4 macam sama dengan pukul 12.

Mujurlah takda orang dalam rumah. Terus masuk bilik, bergelap. Menangislah apa lagi. Aku cuma nak cakap, aku lapar. Dan kondisi aku tak stabil sekarang. Dan aku rasa sendiri.

"I have work to settle. My fucking life is not just thinking about you anyway-"

Dan bila orang asyik maki hamun, tengking-menengking, pentingkan diri, aku rasa tak ada harga. Aku manusialah, bukan bola. Kau tendang, kau ambil balik. Apa benda tuh? Sakit sebab penyakit tu ada ubat tau. Sama ada chemical atau mati. Tapi bila sakit macam ni ditambah dengan kesakitan hati yang melampau, itu memang teruk.


20080608

Rindu

ag_godin: comel gamba awak baju skolah
diananuzuin: ahaha
diananuzuin: siod
diananuzuin: perli
ag_godin: awak pakai singlet ke bra saja kat dalam?
diananuzuin: ha?
diananuzuin: cam soalan tu susah je nak jawab
ag_godin: kenapa susah
ag_godin: kan awak pakai baju kurung
diananuzuin: dua dua pun pakailah
diananuzuin: ?
ag_godin: oh
ag_godin: jadi 2,2 la jawapannya
ag_godin: tade..berckp pasal baju sekolah
ag_godin: saya ngn partner gay saya
ag_godin: Kareem
ag_godin: acapkali
ag_godin: bercakap tentang ia
ag_godin: tambah2 kareem
ag_godin: beliau sungguh obses student yang tak pakai singlet berbaju kurung
diananuzuin: ha
diananuzuin: jap
diananuzuin: ni mcm bukan awak je
diananuzuin: awak macam nak mati dah ke?
diananuzuin: ke awak sawan?
ag_godin: tak..
ag_godin: hari jumaat
diananuzuin: ohh tak mungkin juga awak kena liwat tadi
ag_godin: hari pervert ala kadar
diananuzuin: ohhhh tidakkkkk
diananuzuin: tanak ah cakap dah
diananuzuin: bye
ag_godin: tapi dah menjelang sabtu dah
ag_godin: astaghfirullah
diananuzuin: bye
diananuzuin: bye
diananuzuin: bye
diananuzuin: bye


Sedapnyaaa jering.

Summer splash dua tahun lepas seronok. Berendam dalam air sampai kembang, lepastu hentam bekal nasi dengan sambal jering. Bila Naufal nak, aku cakap jering tu kentang keras. Bila dah rasa, dia muntah. Tapi takpalah, atleast aku boleh bedal sorang.

Pergh, kena betul. Angin sepoi-sepoi Sunway Lagoon dan jering, memori tuuu.

Hari ni summer splash lagi. Tapi aku tak ingin pun nak pergi. Duduk rumah, lepas tolong buat roti jala 120 keping, mak upah sambal jering satu mangkuk besar. Pergh, pergh, perghhh. Aku boleh makan nasi lima kali tambah kalau sebab jering. Ish, macam asyik betul. Terbayang-bayang. Dan Naufal paling menyampah bila tahu aku makan benda alah tu.

"You tak gosok gigi ke?"

Itu mula-mula masa tak tahu. Tapi bila dah tahu apa tu jering dan tahu pulak aku yang makan,

"Euw, busuknya mulut you? Ni mesti makan jering!"

Aku tak tahulah kenapa aku mesti nak kena cerita pasal jering.

20080607

Google search : Rumahku Muziumku

Anjung Seri, Panorama, Ronda 360 darjah, Kosmo dan apa sajalah. Aku langsung tak kan heran. Tapi Ayah memang hebat kan? Hebat sangat. Lepas ni apa? Mastika? Utusan Melayu? Majalah 3?

Hebat lagi benci aku yang berkepuk ni.

Dari dalam diari Diana

Dulu aku suka gila lagu Family Portrait - Pink. Bila menangis, contohnya lepas kena tampar Mak, mesti menyanyi dengan penuh jiwa kacau. Lepastu habiskan krayon dan watercolour tulis 'Awin Bodoh' banyak-banyak dekat dinding, penuh satu bilik. Cantik, macam wallpaper Ikea.

Aku akan tulis diari. Sebab masatu tak wujud lagi komputer dalam rumah ni. Dan aku ada banyak diari. Dan lagi satu, mak suka hantar diari-diari aku pergi kitar semula. Katanya bersepah, penuh satu almari. Kalau jual dapat duit untuk makan satu hari.

I ran away today, ran from the noise, ran away.
Don’t wanna go back to that place, but don’t have no choice, no way.
It ain’t easy growin up in World War III.
Never knowing what love could be, well I've seen.
I don’t want love to destroy me like it did my family.

Berbalik pada lagu tu, aku suka betul.

20080606

Cerita yang sama

Aku akan tulis struktur cerita yang sama. Masih tentang ayah, mak dan mereka yang terlibat. Tak tahu nak mula dari mana. Tapi aku akan cuba beritahu apa yang masih aku ingat dan dendam. Yang masih segar dan selalu jadi mimpi malam hari.

Senang cerita, paranoid.

Benda macam tu tak seronok. Bila setiap malam terjaga, mimpi buruk dengan peluh yang banyak. Walaupun sebelum tidur siap cuci kaki, dengan doa tidur yang lengkap supaya hari-hari tak akan berlaku, benda tu akan datang juga. Tolonglah percaya.

Tiap kali suara menangis, samada dari mak atau dari aku sendiri, mesti macam ada sesuatu yang berulang. Bukan dejavu. Tapi ... Macam mana nak beritahu ah? Tiap kali kena pukul, kelibat tu mesti ada. Dan aku akan jerit membalas. Pukul dengan penuh dendam. Sedangkan itu bukan dia. Macam hantu. Merasuk, mengacau segenap jiwa.

Aku dapat rasakan, yang aku akan gila.

1 2 3, mula.

Blog lama telah dibuang. Tak perlulah tanya berulang kali. Aku dah buang. Menyampah tengok tulisan perasaan sendiri. Jelik kan? Emosi berkuasa lebih dari akal. Tak lucu ke tu?

By the way, it's a blog.

Jadi aku masih punya hak.