Dah lupa macam mana nak taip blog. Jadi, aku akan cuba mulakan.
Satu, aku perlu mengaku yang hidup aku tak tentu dan terumbang ambing. Aku lebih banyak makan hati dari gembira, macam biasalah kan. Tapi rasa diperbodohkan kadangkala buat kita rasa nak membodohkan orang lain. Dan tadi, aku buat silap. Ramai sangat yang rela berkorban untuk aku, sedangkan aku rasa aku yang selalu terkorban dalam semua perkara.
Dua, kadang-kadang aku terfikir. Kenapa dalam kelas aku ada puak-puak? Macam puak sosial dan anti sosial. Dan sejujurnya aku rasa terpinggir, keliru kenapa pembahagian manusia macam ni boleh berlaku. Lepas kelas, kumpulan sebelah kanan akan makan dalam satu meja panjang sedangkan aku tergolong dalam meja yang ini. Duduk tiga-empat orang dan gosip, cerita tentang lelaki paling kacak sedangkan yang bercakap tu sendiri lelaki.
Bila group presentation, semua harapkan aku macamlah aku tahu semua benda. Lepastu markah cantik dikongsi bersama. Bila aku kecualikan diri, tarik muka. Tak suka orang tu sebab dia pakai baju cap bintang, tak suka orang ni sebab muka dia kampung, tak nak bergaul dengan dia tu sebab dia naik motor.
Macam tak logik je?
Aku dah cuba ubah, jebakkan diri dengan semua mereka, dan hasilnya, mereka nampak aku tak macam yang mereka fikirkan dulu, menakutkan.
awinnn, first first dulu aku tak suka kau. aku ingat kau jahat. tapi when i getting know you, i just realize dat u r something babe.
thumbs up! ;D
Baguslah kalau macamtu.
Tiga, aku tahu hari ni Kak Fynn nikah dengan Tri. Walaupun aku macam jauh, dan aku tak tahu siapa aku dalam hidup dia, aku cuma boleh doakan dia bahagia. Mak kata, Tuhan selalu duga orang supaya susah awal-awal supaya dia boleh senang kemudian hari.
Selamat pengantin baru, kak.
Empat, aku kena buat research pasal website. Aku garu kepala.
Aku rindu sepupu masin aku yang taksub sangat dengan MM. Sanggup habiskan bil telefon nak bergayut dengan aku bukan lebih kepada tanya khabar, tapi tak habis-habis cakap pasal MM. Tak ada salah sebenarnya, tapi kalau dah MSN cakap pasal MM, dalam phone cakap pasal MM, jumpa tiga tahun sekali pun cakap pasal MM, aku rasa nak tunjal kepala sendiri. Dan pilihan untuk pembentangan projek ini aku akan buat tentang MM.
Ambik kau.
Semoga pensyarah dan bayinya akan suka.
Bercakap tentang penyarah dan mejanya, aku nak tergelak. Senior yang dikenali sebagai mat Replay kerana suka pakai barang cop Replay besar-besar dari atas sampai bawah dan juga kaki kikis perempuan cuba tegur aku.
"I've read your journal. Nice lah"
"Fuck. Mana you dapat? Curi?"
"Taklah, kitorang semua baca"
Hmm, kelakar. Dan masa aku cuba nak cari mana journal tu dekat meja pensyarah, aku masih nak bahan gambar-gambar passport dan gambar super-myspace budak-budak kelas aku termasuk gambar Diba dan Mak dekat dinding kubikel meja penyarah. Woah, kelakar habis, dah berapa minggu aku dok gelak pasal tu. Nak jadikan cerita, budak Sabah kelas aku tunjuk gambar dekat dinding kalendar meja pensyarah.
Memang terang, jelas dan nyata. Itu gambar aku.