20080923

Kalau jadi pengotor bulan puasa tak apa kan?

(Gambarajah tak ada kena mengena dengan entri)


Teringat benda-benda kotor sejak dua tiga harini. Apsal ah? Tu petanda untuk apa?

Terbayangkan muka abah dengan gigi palsunya. Suka sangat main gigi palsu dia hujung lidah. Akhir sekali dia buat dua Sabtu yang lepas. Aku taklah geli sangat dengan gigi palsu sebenarnya tapi bila Abah beritahu yang selama ni dia berus gigi palsu dia tiap hari pakai berus sabut dengan sabun buku, tekak aku rasa payau. You think you're funny ah?

Akibat buang sampah luar kereta, senang cerita buang sampah merata-ratalah, Naufal akan cubit, tepuk atau tampar supaya aku beringat. Cuma disebabkan plastik gula-gula aku kena tengking dan lepastu bergaduh besar dan hampir putus. Disebabkan main acah-acah nak buang botol ice lemon tea luar kereta pun kami hingga hampir kemalangan di highway nak pergi OU. Sampai dia boleh terfikir bila satu hari dia ada duit dia akan buat satu art untuk tong sampah yang besar menggunakan pelbagai warna dan letak serata KL.

Dan aku juga pernah kena marah sebab aku meludah luar tingkap dan kahak yang terhasil melekat pada cermin belakang Honda hitam kesayangan beliau. Aku tak pandai meludah kot. Tak boleh jadi samseng ah macamni. Samseng kan suka meludah? Tapi aku tak boleh meludah dengan baik. Sejurus selepas hisap rokok aku lebih rela telan air liur biar tekak basah secara semulajadi. Kalau nak meludah mesti tak habis ludah dan memercik. Dan bila sampai waktu gosok gigi, kahak yang paling kuning mesti melekat tergantung dekat celah tengah gigi arnab ni.

Orang lain tak boleh bayangkan sebab ia datang dengan semulajadi tau.

Aku seorang yang jujur, kadangkala (bergantung pada situasi). Lebih-lebih lagi bila aku dah nak berak, tak kisahlah dengan lelaki tampan mana pun aku akan cakap, "Nak berak". Aku rasa tak pengotor sebab bukan aku cakap waktu kamu tengah makan ke apa. Aku terus terang, tak ada cover cun langsung. Dan bila sampai part aku nak berak, aku akan pergi tandas dan menyanyi lagu '"menghitung Hari' dendangan Kris Dayanti. Itu kira lagu rasmilah, kalau aku bosan aku nyanyilah lagu baru yang aku suka contoh macam Cinta Ini Membunuhku dendangan D'masiv.

Aku juga pernah berak dengan posisi tahi melintang. Wah, Tuhan saja yang faham perasaan yang menikam kalbu. 38 minit aku teran-teran tapi tak nak keluar. Sampai Mak gelak guling-guling kat luar bilik air. Tapi disebabkan Mak baik hati sikit dari aku dia bagi aku air kosong dan aku minum sambil berak.

Pasal berak juga, ada orang kat sini panggil aku Teletubies. Tapi tu bukan salah aku dengan sengaja pun. Aku mamai, terjaga dari tidur terus bangkit masuk bilik air sebab sakit perut sangat. Selepas menyanyi, aku yakin yang aku dah flush dah, tapi aku tak pastilah kuantiti tahi aku waktu tu berapa banyak. Jadi aku rasa ia tak flush dengan baik dan sistematik. Dan akibat cuai dan sombong aku langsung tak pandang belakang dan terus keluar. Kawan baik aku, Farain yang juga mamai ketika itu terus masuk sebab tak tahan nak terkencing.

Aku dengar dia jerit kuat sangat, aku terkejut.

Aku ingatkan apa entah, rupanya dia nampak tahi aku dalam toilet bowl. Takkan tak nak mengaku? Jadi aku pun buat muka tembok dan flush sehingga tiada kesan. Dia masih gelak campur marah dan terus pukul-pukul aku. Ingatkan habis kat situ, tapi tak. Dia pergi cerita dekat budak-budak lelaki tingkat empat yang tahi aku bulat-bulat kecil macam Teletubies. Itu bukan salah akulah weh, itu salah pam jamban tulah. Ratna dengan Elyn pun dah jadi mangsa lepas tu.

Aku ada banyak cerita kotor lagi. Tapi tu rahsia, nanti orang tiru. Bwek!

20080922

Aku sedang marah

Aku selalunya bangkit bila aku marah. Bila aku terasa tersinggung dengan sikap jelik orang lain. aku akan mudah asingkan diri dan akan hasilkan sesuatu. Buatlah aku meluat, lagi senang aku abaikan rasa sesama manusia.

Tadi aku marah. Buat sekian lamanya aku tak menangis teresak-esak, tapi sebab geram yang meluak aku jadi baran. Aku tak tidur, takut terlepas kelas pagi. 8.30 aku dah siap sedangkan kelas jam 9.30. Aku kejutkan dia, tanya nak pergi kelas ke tak. Nak pergi sekali ke apa. Kalau tak, aku boleh naik bas. Dengan rasa tanggungjawab sebagai kawan ya, aku kejut.

Kelas batal tanpa siapa inform pada aku awal-awal. Aku call pensyarah satu, tak dapat. Aku call pensyarah dua, tak angkat. Okay, azam terbantut. Tapi tak apa, masih ada harapan untuk kelas kedua. Bila sampai masa, dia tak sampai-sampai lagi dari beli makanan. Ingatkan tak boleh puasa, rupanya memang tak mahu puasa.

Aku dah tunggu, kata nak pergi sama-sama. Lepastu tak jadi tiba-tiba sebab malas. Kalau nak ikut tahap malas aku yang membabi aku pun tak nak pergi semua kelas. Tapi bila sampai part yang kurang ajar, memekik dekat aku macam selama ni makan minum aku dia yang tanggung melebihkan Mak aku itu dah kategori punca.

Dengar cerita adik-beradik kau ramai. orang tua kau kerja tak tetap. kau orang susah macam aku. Kenapa aku yang sibuk-sibuk nak tolong kau supaya pergi kelas? Kenapa aku yang jadi dungu sokong kau belajar supaya nanti boleh ubah diri kau yang kononnya pegang tanggungjawab besar jadi yang sulung? Aku ingat kita sama-sama nak ubah. Tapi memang tak hairanlah kau macamtu. Sebab kau yang kawal semua, kau penyebabnya. Aku menangis sebab aku kesal. Aku kecewa dengan rasa sayang sebagai kawan yang disampahkan. Tapi tak apa, aku takkan harap apa-apa sebab kau bukan apa-apa pun. Semudah kau jegil aku tadi, semudah tu aku boleh buat kau macam sampah.

Aku nak ubah dan aku akan ubah. Aku tak mahu waktu dewasa nanti aku menyesal dan waktu tu masa tak akan pusing belakang. Aku tak nak tengok waktu kecil aku yang berpeluh-peluh jahit butang, menggosok, melipat, packing baju dalam plastik, berdozen dozen baju dengan kuantiti yang banyak tiap hari. Yang harga siap setiap satunya, 1 sen.

Aku tak mahu pusing belakang dan lihat kembali waktu kecil aku gentel karipap, kuih bom, roti jala, semua macam kuih semata-mata untuk dapatkan duit belanja sekolah. Aku tak suka nak fikir waktu anak kecil aku kena tidur atas bangku kantin berhari-hari. Aku tak nak ingat lagi masa aku diherdik bodoh sebabkan fizikal aku yang Tuhan bagi, disebabkan status anak terbiar yang sememangnya salah Ayah, disebabkan kecacatan hidup aku dari permulaan dulu.

Aku akan ubah walaupun aku banyak mengecewakan. Aku rebel, degil. Tapi sebab keras kepala juga aku boleh tahan bila satu rumah berseronok dan aku seorang diri belajar. Padahal aku dalam kelompok sama, tapi aku harus menentang. Kuat ke aku?

Aku dikecewakan dan aku mengecewakan. Aku tak boleh jawab langsung test minggu lepas. Semua disebabkan perang hati yang tak menentu, ditambah dengan aku tak tidur 3 hari, dicampur dengan study yang melampau, menjerit kuat-kuat dalam bilik menghafal dengan tujuan dapat perli mereka yang kat luar tu. Oh ya, mungkin aku dah terbodoh disebabkan juga aku teguk satu botol ubat batuk tempoh hari.

20080915

Orbit Cinta Benjamin



Aku selalu bayangkan masa-masa kecil aku yang terbiar dan teruk akan ditukar Tuhan dengan masa cinta remaja yang cantik. Sebab mungkin hidup tak senantiasa baik, kalau sampai waktu betul-betul genting, kita juga akan kecundang dengan teruk. Semuanya ada permulaan dan penghujung, ada atas dan bawah, ada cantik dan hodoh dan ada hidup dan mati.


Jadi jangan khianat dengan Tuhan. Nanti jadi macam aku.


Nuzuin, kau makin sedar dan sangat mengetahui apa yang kau buat. Aku berubah disebabkan aku rasa aku dah cukup matang dan ingin bawa hubungan kita ke satu peringkat lebih. Tapi sekarang ni kejujuran kau tak bernilai langsung. Aku ingin kau berfikiran seperti seorang isteri supaya kau berikan aku pemikiran suami. Mungkin kau dan aku tak bersedia lagi. Kau masih perlukan orang lain untuk berikan kau kebahagiaan, mananya adil untuk aku sedangkan setiap hari aku cuba. Aku bercadang untuk minta langkah jauh dari apa yang ganggu hati dan kepala aku sekarang ni. Bukan putus asa tapi berikan kau dan aku masa untuk aku kumpul semangat semula. Bye sayang. Aku orbit dan kau benjamin.

20080914

Malam tadi.



Haihhh, puasa memang menggemukkan.

20080913

Muhasabah diri

Sejak sebulan ni malam aku terasa lain. Boleh kata sejak puasa? Eh tak, mungkin sejak semester baru? Tak jugak. Atau mungkin sejak rasa terabai yang berkepuk sangat dalam dada?

Tolong jawabkan.

Malam tadi perang secara tiba-tiba berlaku. Antara empat teman serumah, tiga lawan satu. Puncanya disebabkan oleh orang yang sama, dengan lebih tepat lagi orang luar dari rumah sewa ini. Dua dari kami menangis, aku dan lagi seorang tak. Aku jadi marah. Tapi dengan rupa paras yang ada, marah aku mungkin tak nampak sebab aku masih boleh gelak ketawa sinis dengan orang yang tak faham bahasa. Semasa perang, point dan kesalahan banyak menuju ke arah aku.

Cakaplah apa pun, aku boleh balas tanpa upah seorang peguam.
Bercerita tentang 'orang tak suka aku', aku pernah peduli dengan perkara tu. Tapi sejak beribu kali aku tersungkur dan kadang-kadang jatuh teruk, aku rasa frasa 'orang tak suka aku' tu dah boleh pergi jahanam.
Tentang erti jaga menjaga hati, orang tu fikir dia dah cukup jaga hati semua orang sedangkan terang-terang dia lebih menyakitkan hati orang. Sedarlah, apa yang kita rasa tak sama dengan apa yang orang lain rasa. Jangan tunjuk baik bila kita memang tak baik. Jangan pura-pura naif padahal kita tu memang suka mencuri.
Atas dasar kawan atau tidak, jujur lebih penting dari segalanya. Jadi kawan bukan untuk minta kepala kena pijak. Kawanlah dengan sesiapapun, jangan pernah kisah mana asalnya, apa jenama pakaiannya, sosial ke tak, itu tak penting.
Yang lebih penting, berbahasa.
Sekarang aku sedang sangat kecewa. Kecewa dengan perangai binatang manusia.

For a second, I wasn't against you.

Indahnya bila kita jatuh hati. Lagi-lagi bila kita saja yang tahu. Cuma kita seorang diri yang simpan. Rahsia perasaan yang tak boleh dikongsi teman dengan harapan si dia pun turut menyimpannya sebaik mungkin.
Dan Ogos lalu, aku telah jatuh hati.
Bunyi macam gatal. Macam gedik sangat. Dan bila tiba satu masa, selepas tersedar yang aku rupanya perempuan dan tak harus dipukul, tak perlu dimarah, tak perlu sering menangis, aku mula berpaling tadah. Aku bohong untuk ratusan kali atas dasar menjaga hati dan sedikit rasa dendam pada waktu aku setia.
Terima kasih untuk rasa yang sekejap tapi memadai daripada rasa yang tiga tahun itu. Masih ingat malam Sabtu naik kereta Kancil enam orang, depan Jalan Hang Tuah sana ada roadblock. Dia dan kawan lagi satu turun pura-pura jadi pejalan kaki lewat pagi. Dia tipu kawan-kawannya yang juga teman kelas aku dengan alasan nak pergi beli plaster untuk lutut sedangkan masa itu dihabiskan dengan jalan-jalan bersama lihat Kuala Lumpur. Malam yang istimewa, yang jujur.
Satu malam tu, dia balik lambat entah mana dia pergi. Aku tunggu sampai lewat pagi, dan dia pulang dengan muka letih. Dia suruh aku tunggu tempat lepak macam biasa, dan aku tunggu. Tapi yang datang teman serumah dia.
"Dia pesan tak dapat turun sebab dia letih, lepastu dia pesan 'Awin, I love you and I miss you"
Satu malam tu, budak rumah tingkat empat buat perang tepung dan telur secara besar-besaran. Dia kena yang paling teruk. Itu sebab dia tak sempat lari dan cuba redha dengan kerenah kawan-kawan kesayangan. Padahal waktu tu hari jadi orang lain. Aku cuma tak boleh lupakan waktu tu. Dengan tepung dan telur yang banyak pada kepala, muka dan badan, dia peluk erat.
"Takpalah, aku ada dewi-dewi aku ni"
Sambil tangan usap kepala aku macam selalu.
Satu malam tu, kami main futsal dekat sebelah rumah. Lepas habis dia angkat aku sambil jalan menuju ke mamak.
"Berat tak aku?"
"Errrr, takk punnnn"
"Hahahaha poyolah kau ni"
Satu malam tu, masa kami lepak bawah rumah budak lelaki yang Elyn panggil Pisang tu lalu. Aku cuba nak mengorat dengan muka konon-konon gatal.
"Hai awak, saya suka awak"
"Wehhhhh kau curang dengan aku"
Satu malam tu, aku dah penat menunggu dekat tangga tiap-tiap hari, dan aku mula menangis. Dia tinggalkan aku sedangkan kami akan pergi sama bila tiba waktu jamming. Dia tahu itu salah dia. Aku tahu ada perasaan yang tak kena. Dia kemalangan, cuma tak teruk. Dan aku sedih sebab tak boleh tanya khabar.
Dia kawan yang paling baik sejak aku masuk kolej yang tak semenggah ni. Kali pertama, dia sergah aku dekat cermin tingkap. Tiap-tiap hari kami akan makan minum sama. Tepuk tampar, cakap pasal pondan, pancung rokok, bincang pasal assignmnet, kutuk lecturer, dengar lagu yang sama, macam kawan baik. Dan tiba-tiba jatuh hati tu rupanya satu kesalahan. Dan kesalahan ini memang teruk sehinggakan aku hilang fokus pada semua benda.
Aku perlu sedar yang aku kepunyaan orang lain. Sedangkan dia lebih memilih orang yang lebih sempurna, punya rupa, berduit dan ada kereta. Dan aku? Apa yang aku ada?
Rokok.