20081031

No hero in her sky.

"Janganlah pergi lama-lama"

"Kakak tak boleh janji. Awak jaga diri"

*menangis*

"Nanti Awin takda kawan"

"Tak, awak banyak kawan. Kawan-kawan kita kan ada"

"Janganlah pergi"

*menangis*

"Jangan bagi orang buli awak. Awak cantik, brutal"

"Huk, bongok"

Awak. Janganlah pergi. Nanti saya mati rindukan awak.

Dan sampaikan harini masih menangis. Kawan serumah, sekeliling, kolej tak tahu nak buat apa. Aku kan gila.

20081029

Musnahnya Benjamin.

Aku akan buat semua yang kau tak suka.

Togok alkohol.
Cukur kening.
Buang sampah luar kereta.
Pakai baju nampak lurah.

Itupun kalau aku dah tak waras.

Aku bukan budak kecil lagi yang kau boleh tipu dengan upahkan jajan. Aku bukan lagi orang gaji yang kau boleh pukul sampai pekak. Aku bukan lagi betina yang perah otak untuk fikir apa yang terbaik untuk kau. Sebab aku dah penat, aku dah penat, sayang.

Bohonglah kalau aku terus lupakan kau.

Kiri kanan depan belakang atas bawah semuanya kau. Baju, boxer, rantai, cincin, gambar, jam, pensil, bag, selipar, semuanya mengingatkan kau. Dari mana harus aku mulakan supaya kau itu aku buang jauh jauh dari fikiran? Semudah kau tipu aku dengan ayat-ayat cinta kau. Semudah babi makan tahi dan semudah itu kau tolak hidup tiga tahun aku dari janji kau. Marilah bercerita supaya mudah aku faham.

Aku cuma minta penjelasan. Tapi nampaknya kau memang tak ada masa.

" I'm an asshole, so let me be "

Haih, bangangnya kau ni, sayang.

20081028

Aku bukan gadis itu.

Aku tak sihat.

Ada banyak benda nak cerita tapi aku tak ada masa untuk tenangkan diri sendiri dan respon pada persekitaran. Aku rindu semua orang dan semua macam biarkan aku. Aku tak bagi hint kali ni, aku terus jujur. Ternyata, aku hanya disampahkan.


Aku tahu aku sakit.

Tapi sekurang-kurangnya aku berusaha. Aku tak boleh lelapkan mata hampir setiap hari. Aku lupa waktu makan. Aku menangis setiap kali duduk atas katil. Setiap kali. Dan lebih jelik aku menangis macam budak kecil teresak-esak nak mintak terajang. Aku boleh duduk dalam bilik tanpa lampu dan kipas untuk jangka masa yang lama. Aku tak tahu kenapa, tapi aku tak boleh. Jadi, aku minta maaf pada semua bila aku jadi benci dan kejam.

Aku tak suka bila aku terlampau rindu dan orang yang aku sayang tinggalkan aku.



Can I die early?


20081024

12 tahun


Dari kecil, pergi mengaji tak mandi. Tiap petang main kejar-kejar atas panjat-panjat. Bila bosan main pusing buaian siapa paling laju. Bila hujan, main tangkap berudu dan main masak-masak.

Masuk sekolah rendah, kita buat batu seremban. Cuci kura-kura yang busuk macam bau babi. Badan kecik tapi makan kangkung macam kingkong. Sama-sama menghancurkan perpustakaan sekolah bila kita jadi pengawas pusat sumber. Pakai baju hijau, kain hijau dengan tudung senget dah macam pokok krismas aku rasa.


Masa sekolah menengah lagi mengancam. Hormon mula bertumbuh, nafsu remaja makin meningkat. Hah, kita warna rambut satu kotak tiga orang. Pakai bag Converse sama dah macam boria. Semua sama. Sama kelas, sama pengakap, sama persatuan, sama-sama sofbol. Tindik bibir pun sama? Weh, gila geli bila fikir balik. Gelakkan Famiza jatuh longkang, terjumpa orang tunjuk konek dekat kedai makan. Hari-hari kejar bas Intrakota, hari-harilah lewat masuk sekolah. Masa sport check kena tahan surau dengan ustazah-konon-alim-tapi-tidur-masa-Negaraku. Ponteng sekolah pergi main Counter Strike dekat Mol. Jadi setan semuanya sama-sama.

Wehhh, rindu gila sekolah neraka tu.

Macam-macam benda jadi bila kita tukar sekolah dan habis sekolah. Tukar kawan, tukar semuanya. Benda terbawa sampai masuk kolej. Sibuk dengan skandal-skandal, semua buat hal masing-masing. kutuk belakang-belakang, tak puas hati itu ini, rebut tokan dadah yang sama, gaduh sebab pondan, sebab assignments.

Hah, banyak betul pahit manis.


Tapi sekarang, bila dua-dua dah sesat, dah dikhianati teman lelaki masing-masing walaupun sama-sama setia selama 3 tahun, kita macam dah janji tercari sesama sendiri. Kau tahu kau memang perlukan aku, dan aku juga perlukan kau. Tu pasallah aku tak kisah kau langgar divider Concorde masa kau dipresi walaupun sememangnya aku rasa nak hentak kepala kau masatu jugak. Aku cuak, bodoh.

Memang tak hairanlah kalau dalam inbox semuanya mesej kau.

20081022

Tentang teman rahsia


Aku suka bila kau mula petik gitar dan menyanyi.

Bukan bunyi gitar kau yang aku suka.
Bukan suara kau yang aku puja.
Tapi tiap baris ayat yang kau beri makna.

Lebih makna bila kau pandang aku dan senyum.

Aku kecewa bila tahu yang kau tunggu aku. Aku tak tahu sebab kau tak pernah beritahu. Aku tak pernah cakap yang aku suka kau dulu. Sebab aku fikir yang kau cukup tahu. Tapi nampaknya dua-dua memang dungu.

Aku pilih untuk jadi kawan yang terbaik.

Tapi tadi, aku dah penat terhegeh-hegeh. Aku lekas naik untuk menangis dan terus tidur. Aku terjaga lepas mimpi kena rogol dengan teruk. Berpeluh-peluh walaupun kat luar sana hujan sejuk. Aku hisap rokok dengan banyak untuk lupa, tapi bodohnya aku masih fikir kau daripada dia.

Sebab aku fikir kawan lebih penting dari segalanya.

20081020

Ditujukan khas buat Pjoe WTF?


Hah amik kau. Sila fokus pada tarikh dan masa ya. Kau patut terharu sebab ini gambar lepas kena hujan balik dari photoshoot dekat kolej tadi. Muka memang ghairah habis tak boleh blah tapi itu kira salah satu kriteria en? Gila panas gambar ni macam pisang goreng rangups dengan muka serba gampang walaupun bukan perempuan ampang. Oh yeah!

Tapi apa yang penting, kerjasama!

Sabar ada limit , bai.

Aku pernah pasang niat nak private blog ni.

Tapi sekarang mungkin tidak. Sila buka mata ya. Aku tulis blog sejak 2 tahun lepas. Aku suka tukar URL dan aku sering lupa. Itu menyebabkan aku ada banyak blog tanpa sedar. Kawan-kawan, terutamanya orang yang paling rapat dengan aku pun tak pernah tahu aku ada blog. Kononnya, rahsia.

Kalau tahu pun, itu secara tak sengaja.

Tapi benda jadi isu besar bila orang mula jadi bodoh print satu-satu entri untuk kutuk aku. Kawan sendiri manipulasi cerita kata aku kutuk teman serumah untuk tunjukkan aku baik. Cerita jadi lebih menarik bila dia kata aku tulis blog untuk assignment kelas supaya boleh kepoh dekat semua orang. Gila sial kau ni.

Sekarang, satu lawan satu.

Tolonglah jangan aibkan orang dengan cerita dongeng kau, syaitan. Apa lagi helah kau kali ni? Kau kutuk aku, esok kau buat muka plastik dengan aku. Okaylah, aku ikut trend kau, talam dua muka. Sekarang, aku guna talam tujuh muka.

Kau 'curi' baju-baju aku. Aku diam, senyum.
Kau 'curi' kerja aku. Aku senyap, senyum lagi.
Kau buat taik dengan kawan-kawan aku. Aku diam, senyum lebar.
Kau tiru ini, kau tiru itu. Aku senyap tanpa sebarang komen.

Kau kenakan aku itu ini, kau selfish, kau gunakan aku, lepastu esok esok kau mengaku aku sahabat baik kau. Kau ingat ni main CS ke? Nak main tikam, tikamlah dari depan. Jangan dari belakang. Sekarang bukan main seronok lagi kau jaja cerita dekat jiran sebelah rumah kata aku macam-macam. Jiran kat kampung kau tak nak bagitahu?

Buat apa pakai perfume Britney Spears kalau perangai macam sampah?

Aku fikir kau manusia macam aku, jadi aku maafkan. Tapi sabar ada had, doh. Makin mengada-mengada anjing pulak kau ni aku tengok. Makin aku diam, makin ghairah kau pijak kepala aku hidup-hidup. Aku ada hak untuk diri aku, aku bukan kawan untuk dimakan oleh orang macam kau. Aku betul-betul hilang sabar. Aku sedar aku orang susah, tapi seingat aku kau yang banyak hutang dengan aku.

Jadi fikir baik-baik sebelum aku terus tumbuk muka kau tanpa bagi salam.

20081019

For the sake of friendship.

Aku akan tutup semua pintu hati aku untuk lelaki.

Aku rasa nak rodok perut pakai botol C, tadi.
Aku rasa nak sagat bucu jari aku pada tar, tadi.
Aku rasa nak tumbuk muka semua orang, tadi.

Aku rasa bangang.

Aku akan tutup semua pintu hati aku untuk lelaki.

20081017

Gambar hari ini.

Sila pecahkan monitor/laptop anda sekarang.


Housemates aku semua memang suka menyibuk.

Tolong abaikan sekejap.



Awak nak kahwin dengan saya tak?

20081016

Kolot kan?

Semalam jam 4 pagi aku dan seorang kawan borak tentang gambar lepas dia tengok gambar-gambar dekat dinding bilik aku.

"Orang kata tak elok kalau amik gambar tiga orang"

"Kenapa? Mati?"

"Tak jugak. Tapi macam kalau tiga orang, yang seorang tu mungkin terpinggir, ke terpisah jauh ke, mati ke, haaa macam P. Ramlee, Ajis, dengan Sudin lah kira contoh"

"Dahtu KRU dari dulu okay je"

Tapi kan, kadang-kadang aku terpercaya sekejap. Macam gambar yang dia tunjuk tu. Tak pernah jatuh dari dinding. Gambar bertiga, aku, AG dengan Dewi. Cuma aku saja yang usaha jumpa AG itu pun jarang. Dewi? Langsung hilang entah mana. Cuma contact dalam dunia cyber.

Akibat Myspace lah, kononnya persahabatan perlu direkod dan ditunjuk dengan bukti gambar bertiga. Macam aku, Diba dan Syakie. Sayang aku dah dilabel macam lesbo. Padahal memang aku sayang gila kot. Akhirnya, aku terpinggir. Bawa diri, pindah rumah, mula hidup baru dengan genggam rasa kecewa.

Aku, Famiza, Diba. Dari kecil zaman mengaji lagi kami kawan. Selalu main tangkap gambar masa mandi, baru bangun tidur, pergi beli nasi lemak, balik sekolah semuanya kalau boleh perlu ada gambar. Tapi? Sekarang yang kekal cuma aku dengan Diba. Famiza dengan dunia dia yang jauh beza dengan aku. Macam baru kenal, ada saja rasa tak selesa.

Kemungkinan juga akibat terlampau banyak gambar bertiga aku, Mak dan Ayah masa kecil dulu, Ayah jauh tinggalkan aku sampaikan tinggalkan dendam dalam diri ni. Aku kecewa, tapi disebabkan dia punya pangkat Ayah aku tak boleh bertindak apa-apa.

Itu betul-betul tak adil tau.

Jadi lepas ni kalau boleh aku nak ambil gambar berdua atau berempat. Untuk langkah berjaga-jaga supaya manusia aku sayang tak jauh tinggalkan aku lagi.

"Empat tu no suwey eh wey?"

"Itu cina punyaaa, memang ah suwey"

"Aku suka nombor tujuh. Tujuh apa?"

"Tujuh tu pergi"

"Hoh? Hahahahaha!"

"Kalau kau sesuai ah tujuh empat"

"Apsal pulak?"

"Pergi mati"

"Babi konek ah kau kimak kimak"

20081014

Mengeluh sambil berpeluh.

Aku rasa kosong.

Go Awin, blow him away

Ha? Blow? Eee, tak nak lah blow dia

Bodohlah kau ni

Kau lagi bodoh

20081013

Fall for you

The best thing about tonight's that we're not fighting
Could it be that we have been this way before?
I know you don't think that I am trying
I know you're wearing thin down to the core

But hold your breath
Because tonight will be the night
That I will fall for you over again
Don't make me change my mind

Or I won't live to see another day
I swear it's true
Because a girl like you's impossible to find
You're impossible to find

This is not what I intended
I always swore to you I'd never fall apart
You always thought that I was stronger
I may have failed, but I have loved you from the start

Oh, but hold your breath
Because tonight will be the night
That I will fall for you over again
Don't make me change my mind

Or I won't live to see another day
I swear it's true
Because a girl like you's impossible to find
It's impossible

So breathe in so deep
Breathe me in, I'm yours to keep
And hold on to your words 'cause talk is cheap
And remember me tonight when you're asleep

Because tonight will be the night
That I will fall for you over again
Don't make me change my mind

Or I won't live to see another day
I swear it's true
Because a girl like you's impossible to find

Tonight will be the night
That I will fall for you over again
Don't make me change my mind

Or I won't live to see another day
I swear it's true
Because a girl like you's impossible to find
You're impossible to find

Esok aku ada test Instructional Media pukul 8.30 pagi. Malam ni aku mungkin akan habiskan masa dengan study last minute. By the way, happy anniversary to you Orbit.

20081012

Ya, semua orang boleh buli aku sekarang.



Walaupun aku tak comel macam Cathy Nguyen tu, tapi aku suka nyanyi lagu ni sampai muka kau bengang. Peduli apa aku. Terima kasih sebab habiskan masa dua hari teman orang gila macam aku. Terima kasih sebab marah aku bila aku hampir jadi penagih. Terima kasih sebab menyorok bawah selimut aku waktu aku berak. Sebab tu aku tak kisah pun kalau kau tipu aku sebab nak jaga hati.

Aku kan kawan.

My beauty sleep

Aku baru bangun. Mana semua orang? Dah hilang pergi beraya lagilah ni. Tapi tak apa, aku boleh online dengan tenang sambil main webcam dengan muka hodoh pariya tak mandi.



Semalam aku pergi beraya empat buah rumah. Hasilnya, aku dapat tidur 12 jam yang cukup, mimpi yang sangat indah, memori yang sangat manis tetapi diganggu dengan sakit perut yang macam cibai. Cirit-birit menyelubungi mangkuk tandas. Kambing bakar semalam mengamuk dalam perut menendang-nendang macam bayi tak sabar nak tengok dunia.

Ahhh, nak berak lagiii.

20081010

Hai Kak Gina.

Awak tengah buat apa? Tengah baca blog saya? Sihat tak? Dah makan? Awak makan banyak ke sikit? Saya dengar awak dah cuti. Tadi satu hari saya tunggu awak dekat fakulti. Kak Yan kata awak datang sekejap hantar barang. Sebab dah tiga hari saya tak jumpa awak sejak naik raya. Saya tak ada kredit yang cukup nak SMS raya jadi saya ingat kalau terus datang lebih elok. Tapi awak tak datang pun. Awak marah sangat?

Maaflah.

Saya tahu saya nakal. Tapi saya tak maksudkan pun. Saya bukan sengaja tak datang test haritu tapi hujan lebat ditambah dengan kilat dan guruh petir sabung menyabung buat saya ingat Mak cerita pasal orang kampung yang kena himpap pokok sampai masuk separuh badan dalam tanah. Okay, tu memang macam alasan yang busuk. Tapi saya tak tipulah, betul ni.

Awak janganlah kecil hati sangat dengan kawan-kawan saya. Walaupun muka mereka nampak lebih indah dari saya tapi sebenarnya mulut mereka lebih busuk dari longkang. Tapi bukan semua, cuma dua-tiga-empat-lima-enam ekor dari bilangan yang ada. Kalau saya ada masa test tu, mesti saya je yang selalu kena buli duduk depan kan? Awak buatlah muka garang sikit macam Kak Yan mesti mereka cuak dan duduk sehabis depan dewan, entah-entah atas pentas terus.

Oh, saya tahu saya melebih dah ni.

Awak, saya minta maaf lagi sekali. Awak mesti happy lagi berapa hari je baby baru nak keluar. Jadi, janganlah sedih sedih, nant baby awak sedih jugak dia merajuk tak nak keluar macam mana? Haaaa. Lepastu kan kalau dah lahir nanti saya tak boleh datang jenguk awak walaupun saya nak sangat. Satu, sebab saya tak tahu memandu. Dua, sebab saya tak tahu rumah awak kat mana. Jadi, awak janji ya jaga diri elok-elok.


XOXO,
Bukan pelajar contoh, semester 4.

I was drunk last night

Bahahahaha kena kelentong. Padahal? Aku tengah senyum lebar sekarang, jam 4.50. Walaupun aku hampir terjebak dengan kerja bodoh siang tadi, akhirnya aku diyakini waras selepas disedarkan oleh seseorang.

Okay, sekarang aku akan tulis apa saja yang melintas di fikiran.

Mulut aku bau sampah tadi. Selipar Banana Peel yang aku curi bau tahi anjing mungkin. Aku jatuh dekat depan Maybank Bukit Bintang tempoh hari. Aku suka naik kereta sewa lebih-lebih lagi kancil himpit enam orang. Semalam aku teman Diba pandu kereta sewa dan dia buat skill naik atas divider tinggi (Bodoh punya budak). Duit raya aku dah habis. Aku tak bayar bil api dan elektrik dah dua bulan. Aku nak diet tapi nafsu makan aku tinggi. Bakat melukis aku dah melimpah ruah sehinggakan aku terconteng dinding. Aku suka cakap benda lucah sampai budak-budak tu ingat aku gila seks tambahan pula diyakini dengan kebolehan aku menghasilkan bulu yang banyak. Hah?

Tadi aku SMS salah satu pelakon Kami punya kawan baik.

Awak ada vitamin cergas warna warni?

Ohhh, tidaaakkk aku mungkin dah gilaaaaaaaaaa.

20081007

Jangan pandang belakang

Aku sedang menikmati hari-hari single yang manis. Buat sekian kalinya bebas tu memang memberi makna. Aku ada masa untuk diri sendiri, masa untuk kawan-kawan yang disayangi, masa untuk buat benda-benda merepek. Contohnya macamni.

Your results:
You are Spider-Man
























Spider-Man
100%
Superman
100%
Supergirl
95%
Wonder Woman
90%
Hulk
80%
Catwoman
70%
Green Lantern
70%
Batman
70%
The Flash
60%
Robin
45%
Iron Man
40%
You are intelligent, witty,
a bit geeky and have great
power and responsibility.


Click here to take the Superhero Personality Quiz



Macam tak kena betul kalau aku Spiderman. Tapi layankan jelah sebab aku baru perasan aku telah di tag oleh pondan tua ni. 7 fakta yang tak penting tentang aku:

1) Kalau aku dilahirkan lelaki, nama aku adalah Hang Nadim. Jadi aku mungkin akan salahkan siapa yang punya idea bagi nama macamtu. Nasib baiklah aku bukan lelaki. Dan Mak kata, sebelum lahir, doktor jangkakan yang aku mungkin down sindrom dengan kata lain cacat sebab umur Mak aku 41 tahun masa mengandungkan aku.

2) Aku suka lipas. Maknanya aku tak akan takut langsung kalau Fear Factor curahkan jutaan lipas atas muka aku. Bahahaha. Dan sebab lipas juga, aku telah menyebabkan seseorang kemalangan beberapa minggu lepas. Manalah aku tahu dia betul-betul takut, aku ingatkan dia setakat geli-geli je. Aku ambil lipas, genggam masuk dalam sweater dan bawa lipas tersebut bersiar-siar sampai cybercafe. Aku patah balik dan jumpa orang yang takut lipas tu. Sambil nanyi lagu Beauty and The Beast aku lepaskan lipas yang sangat comel tu.

Lipas tu terbang ke arah dia yang takut lipas. Dan dia lari 100 meter secara mengundur dan telah menghentam sebuah kereta kancil yang sedang bergerak laju. Hentakan kepala yang menghasilkan bunyi kuat dan dia rebah jatuh ke jalan tar sehingga menyebabkan hampir semua rukun tetangga, orang-orang yang lepak di mapley, mat-mat kelantan yang berborak rancak bangun dari kerusi untuk melihat kejadian. Aku stuck kat situ, tergamam.

Walaupun tu mungkin salah aku, aku sikit pun tak rasa menyesal.

3) Walaupun aku nampak kasar, tapi aku suka menjahit. Dan aku dengan bangganya mengaku yang aku pandai menjahit. Masa kecik dulu aku berniaga jahit batu seremban dan jual pada kawan-kawan, aku teruskan dengan tolong kawan-kawan jahit baju Kedah masa mata pelajaran ERT zaman menengah dulu. Aku pergi prom CBN 2006 pun dengan baju yang aku reka dan jahit sendiri. Dan aku pernah melupakan hasrat mengikuti jurusan fashion & design dekat Kolej Pak Cik Lim Kok Wing kerana tentangan hebat dari Mak walaupun aku dah bayar duit pendaftaran. Aku masih ada passion dalam menjahit tau.

4) Aku suka kawan dengan lelaki dan dengan itu kebanyakkan kawan aku adalah lelaki tak kira yang lurus, gay atau kedua-duanya. Bagi aku kawan dengan perempuan leceh. Mengumpat sini sana, sikit-sikit cakap-cakap belakang. Kalau tak puas hati tumbuk je ah, nak cakap banyak kenapa. Dan kawan dengan lelaki masa kecik memang seronok. Teringat ada satu masa dah meningkat remaja sikit, masa gaduh main tolak-tolak dia diorang dapat rasakan satu perbezaan pada aku.

"wehhhh kau dah ada tetek!!! gila geli!!!"

5) Kebanyakkan kawan-kawan aku sangka yang aku memang banyak kawan. Sebab tulah mereka biarkan aku sambut hari jadi sorang-sorang. Mungkin yang dia fikir aku pergi buat party sakan dan dia tu pulak fikir aku pergi buat gig untuk hari jadi sendiri. Disebabkan mereka suka fikir aku banyak kawan, mereka abaikan aku tanpa tanya khabar sebab mungkin mereka fikir ada kawan lain yang boleh tanya khabar. Padahal aku duduk sorang macam beruk kat rumah berkurung sepanjang cuti semester mahupun cuti raya.

Kepala hotak diorang lah.

6) Ayah aku tak mati lagi. Tapi aku tak pernah rasa pun dia wujud.

7) Aku suka duduk Seksyen 7 Pusat Komersial, Shah Alam. Sebab kat sini macam-macam ada, ada hidup, ada sakit, ada semua. Dengan adanya kawan-kawan yang lebih kepada adik beradik macam Afiq, Mendap, Baby, Zuhul, Elyn dan lain-lain buat hidup aku ternyata bermakna.

Padahal aku dah takda idea ni.

Okaylah, bye.



20081003

Manusia yang sebenarnya robot

Bilik tu gelap.

Aku terasa sangatlah cemas sehingga menimbulkan rasa nak berak. Tapi kali ni tak boleh, aku mesti berani. Ambil rokok, lighter dan nyalakan. Oh, salah. Aku ingatkan lighter, rupanya pendrive. Tadi dia main gitar, aku menyanyi sakit.

Ku enggan berpura-pura ku bahagia
Ku enggan melihat kau bersama si dia
Oh ku akui cemburu mula menular dalam diri
Pabila kau bersama yang lain

Untunglah sebab aku ada kawan yang memahami dan menyokong. Dipasangkan kipas, ditutupnya lampu dan pintu. Aku berani tapi penakut. Aku nak, tapi malu. Sebab aku ni jenis yang bila disuruh baru berani. Bila disokong baru yakin.

"Win ni je masa yang ada. Aku rasa baik kau gunakan sepenuhnya"

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Sepatutnya dijemput, tapi aku tak dijemput. Rasa istimewa sebagai seorang manusia tu tak ada apatah lagi sebagai seorang teman wanita. Lagi beberapa hari nak raya, sambutlah aku. Tak ada, tak ada sesiapa pun yang langsung ambil tahu.

Mula dengan kes lewat, sambungan dengan ungkit-mengungkit, disertakan dengan maki hamun, klimaksnya dengan keputusan yang hubungan tu sebenarnya sampah, kau dan aku tak sepatutnya bersatu. Rasa macam kena rodok dekat dada tapi apa nak buat? Menyerahlah.

Aku akan tuntut masa remaja aku yang tiga tahun dulu.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Buat pertama kalinya aku keluar dengan senior kolej. Aku tak tahu macam mana aku boleh setuju sedangkan sebelum tu aku dapat agak yang aku bakal masuk mulut buaya. Tapi akibat terikutkan hati yang tak dijaga, aku keras.

Aku dah agak, sesuatu mesti terjadi.

20081002

Raya?

Aku bangun jam 9, mandi, abaikan bunyi bising anak-anak syaitan kat bawah tu. Tak ada benda baru, tak ada baju raya, kasut raya, seluar dalam raya, dan apa jenis kepunyaan raya aku tak punya kali ni. Aku tak sedar pun tiba-tiba dah raya. Untuk sedapkan hati, aku cuba pesan pada diri.

Ah, bukan mati pun kalau tak raya.

Aku tak punya perasaan memuncak untuk raya. Entah? Memang tak ada langsung. Duduk dalam bilik tiap hari cuba tenangkan hati yang tak tenteram. Buat supersaver beringgit-ringgit tapi terus tidur selepas menangis. Bila kelmarin masa aku tengah senduk rendang dalam periuk untuk makan, Mak tanya,

"Pergilah keluar beli kasut raya, nanti mak tambah duit"
"Awin tak nak rayalah. Tolong ah"
Air mata mengalir betul-betul masuk dalam kuah rendang tu. Mak diam.

***

Dan semalam siang dengan tidak semena-mena aku ikut keluarga syaitan pergi beraya.

"Kenapa letak kasut kat side mirror? Kasut siapa tu?"

"That's mine! Itu Emir punya masa baby hihihihi"

"Oh? Cakwin ada sneakers lagi besar saiz 7. Suruh mummy exchange letak cakwin punya. Nanti kalau tiba-tiba papa break, kasut tu boleh terus sepak muka adik"

"Mummmmmmmmmmmyyyyyyyyyy tengok cakwin niiiii" *menangis*

Loh? Gila bodoh budak ni. Apa aku buat tah.

***

Malam aku pergi Sunway Pyramid. Semata-mata untuk hisap dua batang rokok. Sebelum tu aku jalan-jalan dan singgah masuk kedai Selamanya 21. Aku gelak sorang-sorang, tengok baju yang tak menarik nafsu betul. Tapi aku jumpa satu rantai loket yang vintage gila, boleh letak dua gambar. Aku dah nak bayar, aku fikir balik. Nak letak gambar siapa? Aku letak balik, garu kepala, gelak. Masa aku keluar tiga pekerja Selamanya 21 ucapkan, Thank you dan Selamat Hari Raya. Aku senyum, tapi pandang bawah. Ada lagi satu suara lelaki.

"Bye, I love you"

Aku pandang belakang, senyum.

"I love you too. Awak nak kahwin dengan saya ke?"

Hmm, siapa suruh handsome.

20081001

Rasa belengas macam dalam air gula tepu

Nak tahu apa?

Aku punya satu perasaan tak selesa yang makin melampau. Sungguh ni. Tak selesa sangat sampaikan tiap titik saat aku fikir aku harus lari, mati, menyorok. Tapi di mana aku sendiri pun pelik. Aku mula dapat tahu blog ni makin diketahui ramai manusia yang aku kenal. Maksudnya mungkin manusia yang mungkin aku jumpa tiap hari? Atau mungkin manusia yang paling dekat dengan aku? Atau juga mungkin kawan-kawan rapat yang tak pernah terfikir aku akan menulis benda-benda macamni sejak dua tahun lepas?

Woah, rasa macam mimpi buruk. Lagi-lagi kalau mereka tahu tapi mereka cuba rahsiakan antara mereka sahaja. Dan mereka juga mungkin boleh duduk lepak dan ada satu sesi borak tentang aku dan blog. Cakap-cakap belakang, ditambah dengan attitude sebenar dan first impression? Fuck mannn, sumpah aku tak boleh bayangkan.

Aku tak suka. Ini memang tak serius bagi sesiapa, tapi ini rumit bagi aku.