20081123

Orang jahat hanya untuk orang jahat.

Terima jelah hakikat.

Kalau muka kita Tuhan bagi dengan rupa yang paling bengis sekali, calar balar macam samseng kampung, gigi jarang, bulu banyak, dan orang mesti pandang kita dengan tanggapan paling negatif sekali.

Kalau kita dah memang dianggap jahat, sembahyang cukup lima waktu pun dah dikira lucu gila dan boleh jadi bahan sampai ke tempat lepak. Apatah lagi kalau kita memang jujur dan tak mahu hipokrit dan jadi talam, orang akan panggil kita muka langsi.

Kalau kita dibayangi dengan sejarah silam yang melampau dan kita sedaya upaya cuba nak ubah tanpa ada yang sokong kita masih dianggap orang bodoh yang cuba mengubah takdir. Sama juga kalau kita punya hati yang ikhlas untuk orang tapi sebab kita ni jahat kita tetap dianggap buruk.

Jadi cuba teka adil tu apa?

Aku guna nama gadisjahat bukan sebab aku nak tunjuk belang ke nak tunjuk hebat apatah lagi nak menunjuk apa-apa. Aku rasa jahat sebab tak nak perasan baik. Kenapa muka perempuan secantik mereka punya hati yang kotor dan fikiran yang cetek? Macam Paris Hilton yang kononnya cantik padahal akal sama taraf dengan anjingnya. Dan sebab aku tahu aku sebanarnya tak punya apa selain Mak dan kawan-kawan. Jadi bila tumpuan aku hanya pada mereka, dan kawan-kawan itu mengecewakan aku sangatlah tak boleh terima.

Aku berubah sebab orang sekeliling. Mengaku jelah.

Haihhhh ada lagi rupanya orang kata aku clingy.

20081121

Dear dumb diary,

Masa kejatuhan aku yang teruk tempoh hari, langsung tak ada siapa pun di sisi? Aku kecewa kerana orang itu dan ini, rasa bersalah yang busuk sekali, sedangkan mereka- mereka sedang seronok bersandar di kedai kopi dengan air yang manis-manis semanis janji-janji yang ditaburkan.

Aku nekad lari.

Lari ke arah yang dulunya aku tak pernah peduli. Aku dah terbayang untuk berdiri di tengah Federal highway dan aku hampir lakukan. Aku takut pada gelap dunia luar dan aku lebih gelapkan seorang diri. Terduduk di buaian dan fikir tiap-tiap memori yang cacat itu. Dan terfikir pula aku yang sepatutnya seorang kau itu perlu bangga kerana aku yang lemah ini sanggup berpeluh menangis mencari di mana cicirnya janji.

Ada satu malam, aku benci pada semua. Aku terdesakkan satu dadah, dadah yang boleh menghakis rasa sebak dalam dada, lebih sober dari kokain. Lebih high dari ecstacy. Dan fikir aku, jika hilangnya kau, aku masih ada dia, dia, dan dia yang kisah.

Jadi punyanya peluang satu malam itu aku rebahkan diri dalam pelukan dia.






Inilah dadahnya.

20081120

My weeds and Vodka.

Balik pada yang lama, ambil kepunyaan orang atau ambil saja yang baru itu?

Shit.

Kadang-kadang rasa macam lemau. Macam malas nak kisah, tapi sunyi. Dah tak terkira pakai jari, boleh kata semua kata aku liar. Tapi aku bukan Tuhan, mana boleh hukum apa yang orang anggap.

Jadi, biarlah.

Aku tengah exam ni. Setelah apa yang dah jadi dua tiga bulan kebelakangan ni, rasanya aku bakal repeat dua subjek semester depan.

20081115

Aku doakan kau mati kena gilis lori sampah.

Macam tak logik.

Kali pertama hilang mungkin boleh cakap aku cuai. Kali kedua juga mungkin boleh salahkan aku pelupa. Tapi kalau kali ketiga tercicir atau hilang wang kertas 50 memang tak masuk akal. Hilang dalam rumah pulak tu?

Anak haram mana yang bangsat sangat suka mencuri ni?

Aku pun tak berduit, miskin. Tapi Mak aku tak pulak ajar suruh curi duit orang. Ke Mak aku lupa nak ajar? Ke aku yang kurang ajar? Atau babi memang suka makan tahi babi tapi tak cukup tahi sendiri curi tahi orang?

Sial lah.

Tadi pensyarah aku cadangkan supaya lepasni letak duit dalam pungkok. Paling tak pun dalam panties lah. Sebelum letak aku nak makan petai dengan jering satu mangkuk setengah.

Eh, pening kepala sial fikir anak sakai laut yang mana satu suka mencuri ni.

20081112

Jasad tanpa roh.


"You have to find your remote control, Awin"

20081110

Bila yang terang tu sebenarnya lampu, bukan matahari.

(Update : Gambar tiada kena mengena dengan entri)

Aku sangat kecewa dengan orang sekeliling. Aku tidur dan pura-pura tidur dan tidur dan pura-pura tidur dan tidur lagi dan pura-pura lagi sampai aku penat dan benci pada terang. Aku rasa nak maki teman sebilik yang buka lampu dan memekak.

Aku masih terfikir kenapa dia jadi begitu dan begini.

Aku tak mahu lagi fikir apa orang akan terasa kalau aku yang menyinggung. Jadi aku diam dan buat buat tuli bila ada yang bertanya. Aku benci dengan sekeliling. Kalau aku ada duit banyak aku rasa nak pergi satu tempat yang tak ada manusia dan tanam semua hasad benci aku dalam bumi. Bukan aku cuba nak lari, tapi semua ni dah melampau.

Masa aku menyorok dalam gelap semalam. Aku nampak dua-tiga kali kelibat yang sama cuba bercakap. Ada ratusan miss call yang aku abaikan termasuk juga mesej-mesej yang tak langsung aku hirau. Dan agaknya kedatangan yang terakhir tu tak dapat aku elak. Dan dia, manusia yang aku baru anggap abang/adik datang tepi katil, buka lampu dan cuba bercakap.

Aku buat tak tahu, selimutkan mata, dan menangis diam.

Aku bangun dan terus pinjam bahu dia untuk menangis lepas apa yang dia cakap. Kata dia aku kuat walaupun sebenarnya aku tahu aku penakut. Kata dia, aku tabah walaupun sebenarnya aku sedar aku lemah. Kata dia lagi, dia kagum dengan hidup aku walaupun sebenarnya aku memang tahu aku memang menghampakan.

"Aku tak boleh marah dia sebab dia kawan baik aku. Aku tahu macam mana kau layan dia. Biar win, biar dia yang rugi. Dia tak reti hargai apa yang ada, dia yang bodoh--"

Aku benci semua orang. Tolong jangan cakap dengan aku buat masa sekarang.

20081108

Tentang teman rahsia 2

Lucu betul bila malam tu kali pertama aku main Truth Or Dare. Macam gampang sebab aku yang banyak kali terkena. Dan bila aku yang kena, aku lebih pilih Truth sebab aku terlebih berani untuk Dare.

"Kau sayang Naufal lagi?"

"Sayang"

Aku tak tahu kenapa kau harus tanya. Dan jawapan aku buatkan kau terpaksa senyum. Dan bila giliran aku pada kau, kau tiba-tiba pilih Truth sedangkan aku tahu kau lebih suka Dare.

"Kau sayang aku ke dia?"

"Hmm, sebab aku couple dengan dia, so aku sayang dia"

Jawapan dan tindakan kau yang betul-betul bunuh kita dua dan mungkin bunuh lagi satu hati.

Ingat tak bintang yang kita tengok semalam?

Masa aku pakai seluar pendek dan baju bintang, aku menari gembira tengah jalan macam dunia aku yang punya, aku sedut perlahan asap rokok sambil sepak batu tu, dan kita duduk atas bumbung kereta dan fikir hala hidup masing-masing sambil ditemankan lagu-lagu cinta yang entah apa-apa. Ingat?

Ha, bintang tu bohong.

Janganlah cakap pasal 'adil' dengan aku.

Aku tak percaya apa yang aku rasa sekarang.

Masuk harini, hari ketiga aku hidup tanpa tidur. Sekejap aku rasa bangang, sekejap aku tenang, dan kemudian menangis tiba-tiba. Kadang-kadang aku nekad nak kuat, tapi kadang-kadang aku lebih rela rebah biarkan apa saja orang buat dan pandang pada aku. Dan yang paling tak tahan, orang-orang itu akan mula bercakap tentang adil.

Cuba jadi aku sekejap. Cubalah, aku cabar.

Aku terlalu menjaga hati tiap-tiap satu kawan yang aku anggap adik beradik supaya antara mereka tak berpecah belah. Aku sangat memerlukan kawan-kawan atas sebab aku tak punya keluarga dan hidup yang sempurna. Aku perlu kawan untuk jaga aku kerana aku tak ada kakak, abang, adik, atau juga teman lelaki. Aku tak pernah lagi buka cerita apa-apa tentang latar belakang aku sepanjang aku mula hidup baru dekat Shah Alam.

Dan tadi kawan yang aku anggap macam abang/adik tanya aku.

"Kenapa kau kena ada lelaki dalam hidup?"

Aku jawab.

"Sebab doa aku untuk dapat satu ayah tak termakbul"

Aku jadi sebak. Aku tahu aku budak perempuan yang terlalu sunyi dan cuba meriahkan apa saja yang ada di sekeliling. Bising, kata orang. Tapi harus tak aku tunjuk rasa sunyi sepi aku tu pada semua? Walau aku buta, pekak, dan bisu sekalipun, aku masih punya hak untuk berperasaan.

Sebab aku pun masih punya hak untuk pilih hidup aku.

Aku taklah dungu sangat. Aku tahu bila orang bercakap belakang. Aku tahu bila mereka bagi pandangan yang sinis. Aku sedar bila orang sekeliling mula menentang. Aku bukan budak kecil yang disuruh makan baru nak makan. Aku tahu sedar diri, aku masih boleh samakan muka aku dengan tembok asalkan kau tak palit tahi. Tapi bila semuanya dah terbongkar dan satu persatu aku tahu. Semua benda ni buat aku rasa bersalah dan kejam sangat.

Ya Allah, teruk sangat ke aku?

Atau kau yang terlalu bodoh? Macam mana kalau aku jadi perempuan itu? Kenapa semua orang janjikan benda yang mereka tak boleh kotakan? Kenapa semua orang dah tahu sedangkan aku tak tahu sebab kononnya aku bertanggungjawab untuk jaga hati? Kenapa tikam aku sedangkan aku yang kalau boleh nak jaga makan/minum/pakai/tidur kau? Kenapa aku abaikan diri aku semata-mata tak mahu abaikan kau?

Kau yang tak adil kau tahu tak. Kau sangat tak adil. Kau jahat.


20081105

Out of control.

(Sekadar gambar hiasan. Itu kawan akulah, dia ada girlfriend tau)

Dalam hidup ni, semua benda ada dua pilihan.

Ya, atau tidak.

Tapi aku runsing dan kadang-kadang tergelak kenapa kita manusia yang sukar sangat nak buat pilihan. Mungkin mudah di mata manusia lain padahal berat atas bahu kita sendiri. Takkanlah nak pilih teman hidup pun ikut kata orang? Gila bebal.

Dan ada benda yang kita tak mampu jelaskan atas sebab kesuntukan masa atau kita tak tahu cara terbaik untuk jelaskan. Macam semalam, dua hari sengkang mata untuk buat assignment yang terbaik untuk final dan berjaga untuk kawan-kawan. Macam biasa, aku akan nervous masa buat presentation. Lepas nervous aku nak print assignment dan lucunya semua kerja aku hilang.

Kena submit sebelum jam 5.

Kena marah dengan pensyarah membuatkan aku rasa bangang. Malang yang bertambah-tambah buat aku rasa jengkel dan terus tidur sampai 2o jam. Dan hasilnya, sekarang aku demam.


20081103

Sailormars kembali.

Rindu aku tak?

Ada benda banyak dalam kepala aku nak cerita. Cerita tentang kawan-kawan disekeliling, yang teman aku pagi petang siang malam. Cerita tentang kawan-kawan yang ada masa jatuh dan bangun aku. Tentang kawan-kawan yang serupa haiwan. Tentang kawan-kawan yang macam keluarga. Tentang kawan-kawan sini sana yang kadang-kadang berguna dan ada yang langsung tak berguna.

Dan aku sangat teruja bila ada orang tak jadi pergi New Zealand.

Aku akan mula bercerita tentang lelaki-lelaki yans suka manipulasi perempuan sedangkan dia tak sedar dia kelihatan bodoh sedemikian rupa. Tentang lelaki yang tak kacak langsung tapi hati baik kuasa kuda. Tentang lelaki yang rupanya lazat tapi attitude nauzubillah macam neraka. Dan aku juga akan berasa seronok nak bercerita tentang Abu yang sangat aku suka.

*buat muka gedik*

Beta sangat terharu kalau tulisan beta dibaca oleh sang-sang musuh sekalian alam. Beta dapat rasakan yang hangpa semua minat hangak dengan cerita beta. Cuma diam-diam bila baca eh? Hahahahaha.

*gelak satu CC ni sampai tertonggeng kerusi*

Aku nak pergi makan nasi lemak ayam dekat Barra dengan bodyguard-bodyguard aku sekarang. Kamu semua mesti takut. Bye.