20081228

Pilihan.

Aku gadis yang biasa-biasa saja. Tak punya banyak pilihan sejak kecil. Apa yang ada, ambil. Apa yang tinggal, makan. Apa yang tersedia, pakai.

Kalaulah boleh memilih dari kecil, aku akan pilih untuk tidur atas katil tinggi dengan comforter yang enak, bantal empuk bukannya bangku kantin semata tanpa bantal mahupun selimut. Aku akan pilih hawa dingin bukannya nyamuk betina dan suratkhabar untuk mengipas. Aku juga akan pilih untuk punya seorang ayah yang hebat untuk hantar aku ke sekolah bukan kulikan aku buat kuih jam 5 pagi.

Kalaulah itu yang orang panggil pilihan.

Lebih baik aku pilih hidup yang tak menyusahkan. Pilih hidup dengan dia dan dia yang gajinya belasan ribu, lepastu aku boleh lelong muka dengan pakaian jenama, makan yang sedap-sedap, aku boleh pilih untuk jadi trendsetter ke satu hari nanti, boleh jadi yang paling up-to-date sekali kan? Tapi tak, aku pilih hidup dengan Mak, makan yang sederhana, kadang-kadang lebihan orang, yang hampir basi pun masih boleh makan kalau darurat kata Mak. Pakai baju yang kebanyakkannya orang derma, pinjam kalau nak merasa, jahit sendiri kalau dah tak mampu sangat. Tak mungkin juga aku akan berhempas pulas kumpul duit untuk beli satu baju Topshop dan pakai hampir setiap hari.

Pernah aku bersuara? Perlu ke?

Hidup yang sunyi, psikologi yang tinggi. Komplikasi yang rumit sepanjang usia remaja. Prioriti hanya pada lelaki. Sebab pilihan aku cenderung pada lelaki. Aku memilih untuk setia, sungguh yakin dengan setiap langkah muda. Kecewa sepanjang 6 bulan, aku jatuh dan bangun semula. Aku jumpa orang baru. Mulakan semua baru. Masatu bukan lagi jatuh, malah dah nyawa-nyawa ikan hampir tahun ketiga.

Tapi aku yang liar ini, yang masih terkial-kial dengan silap-silap ini sebenarnya bukanlah memilih sangat. Bersyukur dengan apa yang Tuhan beri, tak ada request-request nak kasut itu ini, nak handphone paling canggih dalam dunia untuk hari jadi. Memang tak langsung, kalau ada orang ingat hari jadi tu pun dah rasa mewah. Termasuk juga bab lelaki, aku bukan materialistik. Yang aku perlu cuma perhatian.

Jadi yang namanya pilihan sekarang apa yang jadi tiga bulan kebelakangan ni kan?

Macamni, dia tinggalkan aku dengan alasan kerja dan situasi. Aku rasa bebas dan terima dengan rasional demi masa depan. Belajar untuk kesinambungan kerja, pilihan untuk ada keluarga, dan hari tua. Aku taklah baik sangat. Semua orang tahu tu, aku kenal lelaki itu ini untuk observe. Baru sekarang dapat merasa, ada satu keluarga, abang, adik, kakak, sekeliling yang ambil berat. Tapi keselesaan aku tu tak dapat diterima sidia. aku salahkan diri sendiri, rasa tak adil.

Tapi hakikatnya, aku dibohong.

Dan lazimnya, lelaki itu harus ditinggalkan kan? Ya, aku tinggalkan dengan beratnya. aku kenal lelaki itu, aku habiskan masa-masa biasa dengan lelaki-lelaki baru. Untuk teman borak, teman makan, teman belajar. Aku jatuh hati dengan kawan sendiri. Aku pilih dia. Dia keliru, jadi dia pun bohong. Aku usaha terus memilih dia dengan tidak berpatah balik pada yang lama.

Aku larikan diri dari jam 6 sampai 11 malam, untuk buat pilihan.

Aku keliru dan rasa tinggalkan sibodoh untuk sibodoh. Aku masih kuatkan diri untuk lupa yang tiga tahun. Aku cuba tak peduli sehingga aku jumpa orang lain. Hari pertama kenal terus ajak kahwin pada 13 Januari 2009, katanya ikut jejak langkah abang. Aku rasa selesa, aku belajar kenal manusia baru, tapi aku cepat penat sebab dia terlalu memaksa. Aku langgar prinsip diri. Yang bersih jadi kotor. Sebab aku ini dewasa, jadi aku fikir aku betul. Kalau dulu, bila pilihan aku salah, Mak tetap ada kendong aku. Sekarang, bila aku lelah dek lelaki-lelaki sebegini, aku hanya punya jasad kosong yang berdiri.

Yang itu tolak aku ke sini, yang ini tolak aku ke sana. Aku terus salahkan diri sendiri bahawa yang jahat itu aku, yang kejam itu aku. Nyilu terngiang,

Maafkan aku, Orbit. Maafkan aku, Orbit. Maafkan aku.

Pilihan aku masih dia sehinggalah tiba satu hari.

"Hello, siapa ni?"

"Kenapa tanya? U Awin kan?"

"Yes, U siapa?"

"Eh, dekat phone tu takda nama ke? Naufal tak cakap ke I siapa? tanyalah dia, "

"Emm, ada nama Sara. Tapi Awin tak pernah tahu Naufal ada kawan nama Sara. Satu kolej?"

"Eh tak, U tak perlu tahu sebab kawan-kawan I ramai kenal U"

"Pernah jumpa Naufal ke? Ceritalah"

"Of courselah pernah, I tidur rumah dia dari Jumaat sampai Ahad"

"Buatpa?"

"What do you expect? Takkan borak dengan parents dia?"

"Siapa U ni sebenarnya?"

"I gilrfriend dialah. Dah tiga bulan"


Telefon putus. Aku rasa sejuk campur sebak. Ambil pisau tajam depan mata dan kelar.

Siapa teruk? Aku atau dia?

Cuti tinggal lagi satu minggu. Fikir tentang hal-hal yang rumit membuatkan seluruh anggota badan jadi jemu, lemau dan bingai. Tidur lewat, bangun juga lewat. Krismas, hari semua berkumpul. Dan semestinya itu waktu pengasingan yang dah biasa bagi aku.

"Lah, ada lagi rupanya kau ni? Ingatkan dah meninggal"

Betul-betul cucuk dalam hati, tapi aku pura-pura kental sambil layan sambal petai yang mengasyikkan. Ahhh, parasit jiwa. Rasa nak tendang muka dia tembus rumah cina sebelah.

***

Tiga minggu lepas :
I saw a picture with you with Adam, you purposely upload it. What's the fucking point? Bangga? I don't like you anymore. Marah sehhh, sumpah I marah bila nampak You dengan jantan bodoh tu. U nampak tu attitude I bukan rasa sayang I pada you. I bodoh, You buta.

Minggu lepas :
Aku dapat satu sepak, dan dia ugut untuk celup pendrive dalam lubang jamban.

Hari ni :
Aku jumpa berfolder-folder gambar dia berdua dengan Anbreen, Tini, dan betina-betina yang berikutnya. Kalau ikut marah mazhab dia, aku dah patahkan laptop tu jadi dua. Tapi tak, aku diam.

***

Kesan dari tiga bulan lepas, hasilnya taklah mengejutkan pun. Apa yang kau akan jangka jika tak pergi ke kelas, tak buat assignment, tak fokus, sekeliling yang menjengkelkan. Teruk dan sangat teruk.

"Saya rasa semua kat kolej sisih saya"

"Pensyarah pun?"

"Yah"

"Takkan sebab pergi Sunway tak ajak awak?"

"Taklahhh. Ada banyak sebab lain kot. Saya teruk sangat ke awak?"

"Hmm, bagi saya awak ni liar, jahat, culture shock. Macam mana awak boleh hisap rokok depan lelaki yang hatinya masih merah-merah suci dan murni macam saya?"

"Barangkali awak memang babi. Saya nak turun sekarang"


Update : Lelaki pertama adalah abang ipar tiri, lelaki kedua adalah bekas bakal suami, lelaki ketiga adalah kawan rahsia.

20081222

Aku ada satu sebab untuk membenci.

Kau rampas apa yang aku punya sedangkan kau angkuh dan sombong dengan harta, darah dan kononnya darjat yang kau ada. Kenapa masih dekat dengan harta yang secuma ini punya?

Pergilah, jauh!

Sebelum aku terjumpa lagi foto-foto yang menganjing aku supaya meludah. Hentikanlah asal aku tak gila dan membunuh. Jauhilah sebelum aku tak takut dengan kuasa. Aku ini gadis penuh dendam dan marah. Jangan samakan dengan kau yang manja membesar dengan psikologi novel-novel ciptaan mat saleh semata.

Karma oh karma.

Kau buat aku rasa jengkel. Aku pilih untuk jadi lawan dan bukan lagi kawan. Sebab harta kau tak mengajar kau hormati manusia dan perempuan. Aku akan pastikan menangisnya aku hari ini sebagai tanda sedih untuk kau musnah esok.

Rosak satu hati, terbodoh satu lagi.


Dimusnahkan Orbit berkali-kali. Runtuh, hancur, jatuh, mati dan bangkit tak serik-serik. Begitulah tiap kali sehingga semua rasa meluat dan menyampah menyaksikan drama sama tiap kalinya. Sama, serupa, malah lebih menyakitkan.

Maafkan aku jika aku menipu. Maafkan aku juga jika aku mempermainkan. Tapi aku punya rasa yang serupa sama macam yang kau rasa. Cuma aku dah terbiasa rasa seksa.

Aku ini Benjamin yang dimusnahkan. Bukan Hawa yang sempurna sifatnya.

20081220

Kenapa mesti bohong?

Sakit, rasa sebak. Menggigil, lesu. Ibarat roh yang perlahan-lahan mati keluar dari jasad yang tak berbunyi. Sayunya.


Fakta : majoriti orang yang bunuh diri beritahu dulu sebelum mereka mati.