20090703

Blank polaroid.





Cuba capai apa saja depan mata bila pilihan tu merumitkan.

Tak ada pada hakikat tapi ada nyatanya. Pilihan dalam tangan sendiri. Egois tu tak elok. Tapi kadang-kadang penting supaya tak nampak dungu kalau asyik kena pijak. Bila aku cakap rindu, maknanya egois tu aku dah kikis pakai kertas pasir. Yes, I've been noticed that people changed. Tapi bagaimana? Setakat jadi hipokrit dan langsi, boleh jalan dahhh.

Aku jumpa kawan lama semalam dekat NZ atas. Lepas aku keletihan buang masa pergi Melaka yang tak mendatangkan faedah langsung tu. Ya, kawan lama. Dia nampak kurus, cengkung, murung dan tak macam dulu. Rasa sebak, nak menangis. Dia kata dia akan gila. Macam yang aku selalu kata dulu bila ditinggalkan tanpa sebarang amaran.

Tapi dia lelaki. Macam mana boleh terseksa teruk macam ranap satu dunia? Macam mana boleh tinggalkan kerjaya yang bagi aku seorang dia tu sangatlah sukses? Macam mana dia boleh terbabas sampai hilang arah hingga tak kenal apa tu makan dan tidur? Macam mana lelaki macam tu wujud lagi dalam dunia sedia ada zalim ni?

Sediakan perisai sebelum perang. Doa isi dengan tawakal. Kalau tak, awak akan mati. Rasa pelik memuncak, sebab ketakadilan melampau bila dunia makin kiamat. Speechless lah.. kecewa kan.

10 komen:

Anak Lipas berkata...

hmm. saya juga dulu hilang arah. tanpa sebab yang munasabah. nasib baik kembali berarah. :)

maryshaw berkata...

manusia kerap alpa kesilapan lalu, dan kerap mengulanginya. tak dinafikan ;)

All about my Life... berkata...

sori nyibuk...now,saya disituasi that guy..ditinggalkan hanya kerana pompuan tu muda,badan mantap,keturunan sharifah n anak org kaya..kalau ini yg dia nak..kenapa perlu beri hrpn n berlagak mcm bf trbaik pd sy??..
manusia sekarang dh kejam..dah xpeduli perasaan org lain..

Xam berkata...

Aku ada 1 kwn lelaki yg sedang ke arah lelaki yg kamu ceritakan.Memang
kesian.

Firdaus Suleman berkata...
Catatan ini telah dibuang oleh pengarang.
Firdaus Suleman berkata...

hidup ni mmg tak pernah adil. yg jht slalu menang. ni la bedanya antara hidup di dunia & akhirat.

capik berkata...

x ramia laki camtu..tp ade.....jujur aku x mcm tuh langsung....sbb aku ade mak n nenek yg nak kene beri makan.....kalo xde pun, aku tetap bkn camtuh...hehe

gadisjahat berkata...

kita rugi sebab lepaskan apa yang kita ada. tapi orang lain laaagi rugi sebab lepaskan kita. mencabar kan bila jadi terlalu baik?

bagi muka, dipijaknya kita.

jadi tabahlah. berhenti menangis.

Miqah berkata...

saya suka writing awak. silent reader for almost a year. *hee

ya ya i've been there. jadi gila kejap. after this 1 significant phone call *time nak break dulu.. terus terdiam and tak bercakap for almost 5 hours. (dan ada la few incidents yg takleh nak habaq kat sini)

kawan2 semua tanya "awat awat awat" tapi tak tau nak jawab apa kat depa.

5jam duk diam ja tak cakap apa. *haha

when people are being cruel, they can be so damn good at it.

Naj(whoa) berkata...

yea btol jd baik bg muka tp org amek kesempatan tk appreciate kte. smpi jd lost dh mmg kronik sgt tuh. tp atleast kwn awin tu masih ada kwn yg still amek berat psl die which is you lah. :)