20090228

Hello goodbye.

Rasa sunyi tiap-tiap hari. Dahlah tak ada TV, satu hiburan pun tak ada. Headphone rosak, PC banyak virus. Kalau nak online kena pergi CC. Semua orang pun tak reti nak ada kat rumah. Yelah, bila ada boyfriend, kawan bukannya prioriti pun. Tinggallah aku duduk cakap sorang-sorang depan cermin sambil makan tebu melayari cuti semester.

Aku rasa tak selesa. Mungkin sebab rasa terancam dengan adanya blog bodoh ni. Aku ingatkan aku dah kuat. Tapi macam tak kan? Masih luluh macam dulu. Tapi aku dah berjaya bunuh Orbit tau dalam diri aku, dan aku rasa seronok.

Yang tak seronok, dia yang sambut aku masa aku jatuh tu masih samar-samar..

Aku tak suka ambil hak orang sebab aku tahu macam mana perasaan bila orang ambil hak aku. Aku tak suka digantung dan dilayan seperti anjing suruhan. Aku tak suka orang cakap belakang benda yang aku tak tahu, dan benda yang mereka tak patut tahu. Contohnya, sebab lelaki tu selalu tumpang berak rumah aku, aku dituduh ada affair dengan dia.

Tak logik dan sangat tak adil.

Hati aku dah dicuri orang. Cuma masalahnya aku seorang yang berkira tentang masa depan dan aku masih tak nampak masa depan dengan dia. Untuk mulakan satu rangka hidup yang baru ambil masa tahu tak. Dunia aku yang gelap ni jauh gila terpesong dengan dunia suci dalam debu dia. Dan jangka masa pendek ni macam kelakar untuk adakan satu hubungan yang bersih. Dan katakanlah benda-benda ni masih kronik dan meleret-leret, aku tak tahulah nak cakap apa.

Ahhhhh, sekarang aku dah tak boleh berfikir dah.

Rindunyaaa.




20090215

Rahsia


Ayah Affa meninggal Jumaat kelmarin. Pergi dua kereta penuh. Tapi cuma aku dengan kawan yang seorang tu saja yang masuk kubur tengok liang lahad. Pengkebumian tu macam tak sempurna. Sebab dikelilingi manusia yang buta-buta jahil pakai make up tebal dan datang untuk bincangkan hal-hal tempat kerja dan gossip terbaru.

Semalam seorang kawan kejutkan dari tidur aku yang baru dua jam dan ajak teman pergi Curve. Terjumpa pulak kawan kepada bekas teman lelaki yang mungkin dia rasa aku curang pada hari berkasih sayang.

Baru tadi, budak-budak bertiga tu ingatkan aku dah mati minum Clorox dengan mulut berbuih dalam bilik sebab satu hari call tak dapat. Dan persembahan yang paling terbaik, aku terkunci dalam bilik air selama beberapa minit yang menakutkan.

Orang kata kalau balik dari tengok mayat kena mandi, bukan make out.

20090213

Jauhnyaaaaaa pulau.

Baju yang patutnya dia pakai dengan seluar, dia pakai tanpa seluar. Rambut gedik dengan make up tebal. Kononnya supaya orang tak cam sangat. Semangat lari ke kereta mendapatkan kawan-kawan yang sama-sama menjahanamkan. Dah lewat sebab tadi ada kelas ekonomi.

Dia tu kalut, semua ikut kepala.

Semua orang lepas masuk. Dia sorang je yang kena check IC. Barangkali semua sebab kasut merah dia tulah. Dia jelir lidah pada bonzer yang boroi tu. Dia yang mulakan, dia kepala segala syaitan. Menari seperti dunia dia yang punya, berdiri atas kerusi dan menari keras tanpa peduli. Satu gelas, dua gelas, tiga gelas, empat lima enam dan bergelas-gelas. Hilang, hilanglah semua ingatan waras. Dunia makin gelap. Sekejap hitam, sekejap putih. Dia picit semua punggung orang sekeliling, yang mana sempat. Semua tak senang. Semua manusia jahil dengan muka ketat sambil geleng kepala. Rasa macam nak campak budak kecik yang pakai baju merah dengan sneakers merah tu keluar. Yang paling tak boleh diterima, dia tunjuk dua jari hantu pada DJ malamtu dengan suara nyaring menjerit "Fuck Youuuuuuuuuu!".

Dia tak sedar yang dia makin menghangatkan dunia neraka.


"Dia cute, dia cantik, tapi tolong cakap dengan dia tolong jangan jerit. Potong stim I la"

"Sorry, sorry, kawan I memang macam ni. Dia minah gig"


Dia muntahkan segala rasa sedih dan kecewa. Menangis perlahan dalam tempat yang bising tu. Perasaan yang berperang dengan fizikal yang kabut. Dia akhirnya jatuh. Dikendong dia tu dan kemudian dia tu, dan diambil alih dia tu dan kembali pada dia tu. Kawan-kawan yang menjahanamkan tulah yang menjaga supaya tak mati budak gila tu.

Hari ini dia dapat satu mesej mengejut dari orang yang lama dia tak hubungi. Mesej yang buat badan dia tiba-tiba rasa kebas dan sejuk. Dia terduduk depan public phone sambil menangis dengan kuat. Macam mintak penampar. Dia tengking kawan-kawan yang dia jumpa. Minta rokok dan sambung menangis. Dia tendang semua kereta yang ada depan mata, Terhuyung-hayang menangis geram dengan mata rabak. Rasa marah, marah yang teramat sangat.


“Kau nak peluk aku ke tak!?!?”

“Weh kau ni dah kenapa doe?”

“Tak masalahnya nak peluk ke tak?!?”

“Okay, okay. Tapi aku ada satu rahsia”

“Apa?”

“Alah, nanti kau bagitau orang. Kau ni bukan boleh percaya”

“Bagitau jelah!”

“Okay, muka kau buruk bila menangis”

“Babi. Tapi kan muka kau lagi buruk walaupun tak menangis”



Barangkali rambut yang rosak tak sama dengan gadis yang rosak.

Kalau rambut yang rosak, bolehlah guna duit PTPTN yang baru masuk tu pergi Sakura sekarang ada promosi relaxing rambut yang kononnya lebih nampak natural.

Hmm, bye.


20090212

Status : Busy







Semua orang sayang.
Semua orang jaga.
Semua orang kisah.

Banyaklah kau punya semua orang.

Dah sedaaaaaaap. Macam babi.

20090201

Aku betul-betul takut tau tak!

Aku tengah panaskan masak lemak rebung masa tu. Ada orang ketuk pintu kuat. Selalunya yang akan ketuk pintu macamtu cuma Elyn. Tapi Elyn balik Bangsar. Jadi aku fikir Baby atau Diba yang balik. Aku jerit,

"Siapa tu? Kejaaaappp!"

Periuk panas tu aku tinggalkan. Aku pegang bekas rebung tadi sambil lari ke pintu.

Dia lelaki. Pakai helmet, pakai jaket motor. Tinggi.

"Eh, ya?"

"Una.. Hmm.. Uni ada?"

"Er, salah rumahlah"

"Ada berapa orang dalam rumah? Dah tidur ke?"

Benda berlaku sepantas yang mungkin. Fikiran kotor aku memang betul. Dia keluarkan kemaluan dan gosok-gosok sambil tangan nak masukkan celah gril untuk tarik aku. Aku panik dan jerit. Terus hempas pintu, campak bekas rebung tadi dan tarik Wani masuk bilik. Jantung aku rasa gugur. Handphone yang tak pernah ada kredit memang tak membantu. Ambil phone Wani dan cuba ingat semua nombor.

Semua berlaku dengan cepat. Dan mungkin semua ingat aku kuat dan berani kan? Tak, aku penakut. Tapi tolonglah anggap aku masih anak perempuan kecil. Tenangkanlah aku, peluklah aku dan gosok belakang. Bukan gelak dan anggap tu biasa. Aku betul-betul ketakutan. Bukan minta simpati. Sumpah aku kecil hati. Merajuk sangat.

Aku keluar, jumpa kawan untuk mengadu.

"Chan, aku takut"

"Ala lek ah, dia tunjuk je. Bukannya pancut kat kau pun"

"Babih"

Dan bila aku cuba tidur pagi tadi tanpa siapa teman. Aku berpeluh. Terasa lelaki berhelmet dengan koneknya tu ada bawah katil menyorok disebalik bra-bra dalam bag baju.

Fucccccccccccccckkkkkkk!

A girl like me.



Semua pilihan hidup atas dasar sebab.

Tak boleh punya blog sebab ia akan merosakkan hubungan. Tak boleh bohong sebab karma balas dengan pembohongan lain. Tak boleh berkawan dengan sebarangan orang sebab perlu sedar diri. Tak boleh tanya khabar kawan-kawan sebab jarang ada kredit. Tak boleh pergi kelas sebab tak ada duit untuk naik bas dan print assignment. Tak boleh nak jelaskan sebab semua tu alasan bagi pelajar yang bermasalah. Tak boleh tengok Mak sakit sebab tak tahu memandu. Tak boleh upah kawan ajak tengok Mak sakit sebab kawan bukan kuli. Tak boleh buat semua benda sebab diri sendiri terlalu dungu dan bebal. Tak boleh nak jelaskan sebab semua ni terlalu rahsia dan rumit.

I'm growing up, so please stay away.