20090327

JB

Apa betul kalau kita gelak maksudnya kita gembira? Kalau berterusan diam tandanya kita salah? Atau kalau hilang pula maksudnya kita terlupa?

Hey, penatlah tahu tak?



JB tak menarik. Sumpah tak tipu. Banyak pondan pakai sari dan pondan yang pakai skirt jaring warna merah jambu dipadankan dengan kasut futsal. Hotel yang cuma layak dipanggil rumah tumpangan. Orang-orangnya yang tak mesra dan tak tahu apa itu gender sampai aku kena terangkan apa itu male dan female. Walaupun orang-orangnya tak mesra, tapi monyet zoo JB mesra sangat. Dahlah comel gila, pandai hormat manusia, siap salam lagi.

Semua tentang kemanusiaan dan kebinatangan.




Apa yang menarik, yang tak bercakap dah mula bertegur. Yang senyap dah jadi ketua skuad terjah. Yang tutup semua dah terbuka. Yang pelik-pelik semua benar-benar nampaknya. Dan niat untuk tinggalkan pensyarah masa sesi melawat rumah orang tua tu tak jadi sebab pensyarah lebih suka menghabiskan masa dia kelab karaoke busuk bersama pelajar-pelajar tersayang sambil hisap rokok balut kongsi-kongsi dan pura-pura enjoy padahal dah kematu kepala otak. Lagi-lagi Uchan, bengang sebab karaoke tu tak ada lagu Punk. Ha-ha. Tapi gembiralah senang cerita. Walaupun JB keseluruhannya bapak bosan dengan perjalanan balik JB-Shah Alam naik bas tanpa air-cond. Semua terasa macam ahli neraka masa tu ya.

Haih.



Awak, saya dah balik. Rindu tak? Kalau tak rindu nak hempuk kepala.

20090322

Blind mind.

Disember, 2008

Julai, 2008

Januari 2009


Saat ganti saat.

Tahu tak bila nak kira tiap detik yang bergerak tu agak menyakitkan? Tak, ni bukan jiwang atau apa. Tapi macam hidup yang sungguh memenatkan, rancangan yang kecundang, halangan yang macam gampang, keliling yang bunuh kepercayaan dan macam-macam perangai yang khianat.

Orang terdekat kata seronok jadi aku sebab banyak babak cerita yang adventure. Ibarat hidup aku cuma untuk tontonan sama ada kamu semua akan gelak atau rasa sedih. Aku tak mungkin jadi popular. Aku tak mahu pun. Sebab nanti takut lupa daratan. Takut jadi pengkhianat juga. siapa tahu?

Cuba putar karma tu. Kau akan lihat diri kau pada tempat aku. Menangis setiap hari mengenangkan yang mana satu boleh dipanggil adil. Ada orang takut dan sebut nama Tuhan berulang kali bila lihat aku marah. Tak, aku tak marah.

Cuma kecewa.

Yang tebal dalam fikiran aku di usia 19 tahun sekarang ni, cuma rasa tak sabar nak naik mahkamah melawan tuan rumah ala gampang, impian untuk lepaskan beberapa penumbuk yang bermakna untuk bekas teman lelaki, solat hajat dan tahjud selama beberapa bulan untuk kesan pencuri dan juga perasaan gemuruh untuk sambut hari lahir April nanti.


20090316

Ram ram ala karammm.

Minggu depan pergi JB. 24,25,26.

Haih, banyak duit nak pakai sekarang. Kerja macam ada tak ada. Barangkali manager tu dah cuak nak ambil kerja sebab kita pandai melawan. Mana boleh kulikan orang sesuka hati. Kita ada undang-undang atas hak mempertahankan diri kot. Terima kasih pada kawan kita yang paling handsome dengan rambut merahnya, Adli Aizad kerana menegakkan keadilan.
Tapi kan. Aku rasa gejala mencuri duit aku ni macam dah melampau.

Dah banyak kali okay masuk kali ni. Kalau aku dapat memang aku nak lempang sekuat hati. Jadi ketua rumah bukan senang tahu tak. Kena pegang ke hulu ke hilir duit beribu-ribu (loh? padahal paling banyak pun RM3000 je). RM500 aku dah bank in dekat tuan rumah dan ada RM150 dalam tempat tu. Jadi aku simpan duit tu dalam tempat yang cuma dua orang sahaja tahu kalau ada apa-apa jadi.

Tapi Sabtu lepas baru aku perasan tinggal RM50. Cuba tolong sikit bagitahu kalini aku cuai part mana? Adakah antara dua mereka itu yang ambil atau sipencuri memang punya kebijaksanaan yang tinggi? Tak baiklah buat aku macamni weh. Aku bukan orang berduit pun. Apsal asyik aku je yang kena. Pergilah curi duit orang lain.
Kesan dari duit hilang boleh menyebabkan manusia jadi penjenayah tahu tak?
Ah ah ah. Maaflah, nanti saya akan bayar balik RM3.60 tu! Janji!

20090313

Bzzt!

Your view on yourself:

You are intelligent, honest and sweet. You are friendly to everybody and don't like conflict. Because you're so cheerful and fun people are naturally attracted to you and like to talk to you.

The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:

You are a true romantic. When you are in love, you will do anything and everything to keep your love true.

Your readiness to commit to a relationship:

You are ready to commit as soon as you meet the right person. And you believe you will pretty much know as soon as you might that person.

The seriousness of your love:

You like to flirt and behave seductively. The opposite sex finds this very attractive, and that's why you'll always have admirers hanging off your arms. But how serious are you about choosing someone to be in a relationship with?

Your views on education

Education is very important in life. You want to study hard and learn as much as you can.

The right job for you:

You're a practical person and will choose a secure job with a steady income. Knowing what you like to do is important. Find a regular job doing just that and you'll be set for life.

How do you view success:

You are confident that you will be successful in your chosen career and nothing will stop you from trying.

What are you most afraid of:

You are afraid of having no one to rely on in times of trouble. You don't ever want to be unable to take care of yourself. Independence is important to you.

Who is your true self:

You are full of energy and confidence. You are unpredictable, with moods changing as quickly as an ocean. You might occasionally be calm and still, but never for long.

***

90% daripada tu macam betul. Aku bosan dan tiba-tiba terpengaruh dengan kuiz macam ni. (diambil dari kakak cantik Ami Schaheera)

Dan sesiapa yang nak nota Corporate Communication dan Research Methodologist boleh berhubung dengan saya mulai sekarang ya. Nak free memang tak dapatlah kalau guna alasan 'member'. Satu kelas tu pun member aku jugak, gila.

20090310

Flirt with many, don't sleep with any.

Aku baru tengok Kami The Movie semalam. Aku ulang berkali-kali masa Abu mati. Dan aku takkan tengok Kami dah sebab Abu dah mati? Dan aku sangat sedih. Serious ni, nampak aku macam main-main ke? Tak kan.

Aku tak berapa suka tengok diri sendiri macam perempuan. Rasa macam semua malapetaka akan menimpa. Lelaki-lelaki durjana akan muncul. Karma akan datang, balasan pada keturunan akan tiba padahal silap manusia lain.
Anjing.
Watashiwa Arabella Dayannah Marijuana Zuiny desu. Bye

20090308

Asyik-asyik cakap pasal rindu.

Biarlah, dah rindu.

Nak main gumpal-gumpal sampai berpeluh, lebam kaki tangan dengan Mendap. Sepak-sepak sampai jatuh katil. Geletek sampai ketawa tak berbunyi lepastu bila dah penat, tidur. Nak main doggy-doggy kat tepi Ani Sup Utara pukul 4 pagi. Nak main tepuk-tepuk peha sampai merah, nak shisha dekat Damai sampai kena halau, nak main Truth or Dare sampai pengsan, lepak Bukit Ampang fikir masa depan.

Nak pergi gig macam dulu-dulu. Main tangkap-tangkap gambar, pergi karaoke ramai-ramai macam clubbing padahal nyanyi lagu Noraniza Idris. Nak macam kita pergi tengok Nidji tu, macam tengok Hujan dekat Planet, macam gig ramai-ramai dekat Melaka tu, macam gaduh dengan Noh dekat tol Nilai tu, macam kat Layar Tanchap jugak, menari macam orang gila dekat MMU, Ruums, eh semualah. Yang macam main sleepover rumah AG tu pun, lucah-lucah dengan Karem, geli-geli dengan Fad. Nak tamak jugak, tak kira.

Nak balik macam dulu, rindu Ixy, rindu Ajiem. Pergi window shopping, gossip-gossip soksek Azwan Ali, lari dari tusyen. Bila menangis ada orang tenangkan. Yang dua ekor ni paling rindu. Sebab banyak benda yang tak dapat nak dijelaskan. Rindu Chicken, Cepot, Syan, blahblahblah. Yang selain tu tak berapa rindu sangat, sorry to say ah. Sebab I tak suka backstabbers. Sorry you alls.

Nak lepak dekat Pelita dengan pensyarah dan orang-orang tak kenal. Boleh pulak cinta berputik entah apa-apa. Skuad Avanza konon-konon tengok hidup waktu malam belakang Lorong Haji Taib dan bersoal jawab tentang apa itu blowjob okay. Uchan jawab kerja meniup. Dan jawapan diserahkan kepada saya yang kononnya bijaksini. Rindu, rindu main Around The World. Trip pergi KL macam nak pergi Zimbabwe gitu. Kalau boleh nak rindu waktu tu sebab macam baru kenal semua.

Cwoo, kau kat manaaa. Baliklah. Angkatlah phone tu.
Aku nak ajak kau pergi makan tebu kat Barra ni.

*menangis*

Okay, dah habis. Dan gayboy-gayboy mak yang lain, mak rindu juga okay.

Haaa sentap di situ ya.

20090307

Balada jiwa perempuan gila.




Rindu nak jerit macam tu lagi. Sakit, tapi sejuk.
Rindu nak menangis macam tu lagi.
Ingat tak masa ni? Kita makan coklat sampai gigi hitam?
Haha, keziannn.

Ibu, saya disakiti.
Dan saya rindu awak.

20090305

I'm sorry, I did not mean to hurt my little girl.


Tipu tipu tipu.
Hari-hari yang menyakitkan. Melupa dan membina. Boleh tak manusia buat dua kerja dalam satu masa? Tak kot. Dah tu kenapa terus menyeksa? Macam tak malu sial. Macam semata-mata jasad yang berfungsi tanpa rela.
I suka jadi gay. Rasa suci.

Fom Akmar to Akmar.

For you, the one I loved.

Minta maaf kalau aku menjauh. Ada benda yang tak dapat aku jelaskan sebab terlalu rumit dan remeh. Kawan-kawan yang lama, yang sama-sama ada masa hubungan tu terjalin semuanya aku jauhkan. Bukan lupa, tapi bagilah aku ruang untuk rasa lengang.

Maaf untuk silap yang aku buat sebagai kawan, sebagai adik, sebagai kakak. Maaf, kerana terlalu memahami tanpa aku hargai. Maaf atas sebab cara hidup kita yang tak sekata. Maaf untuk sifat yang sering kecil hati dengan benda-benda entah apa-apa. Maaf untuk jutaan kalinya atas sebab-sebab yang tak terucap.

Aku tahu kau kecil hati bila aku mula tulis pasal salah faham kita. Aku tahu aku nampak macam pentingkan diri bila mengelak tiap kali kau telefon. Aku tahu aku selalu batalkan janji bila kita nak keluar. Aku tahu aku selalu lari bila antara kau buat majlis hari jadi dan makan ramai-ramai. Aku tahu, tapi buat-buat bangang. Bukan selfish, tapi aku tak mampu. Bukan setakat tak mampu nak belikan hadiah, nak makan pun tak mampu nak bayar agaknya. Dan aku paling suka sedar siri dari hipokrit.

Sebab aku terlalu kesal dengan sifat sendiri. Aku selalu fikir yang kamu semua sebelahkan dia. Masih terlalu baik bila berdepan dan bercakap dengan dia. Mengadu seolah-olah aku yang menganiaya. Masih diam dan tak buat apa-apa. Aku tahulah siapa yang baca blog ni. Aku tahu korang perhatikan aku. Takkan nak aku sebut nama baru nak sentap. Bertindaklah kalau sayang. Kalau sayanglah.

Kata ah tipu semua tu?

Kalaulah kau semua boleh tahu macam mana rasa rindu aku. Mesti tak percaya. Tak percaya boleh terima lagi, kalau tak tahu memang bodoh gila. Dan kalau kau rasa pernah dapat I miss you tiba-tiba tu maksudnya aku baru mimpi kau dan aku sedang menangis. Tak pun aku tengah tengok gambar kita masa remaja dulu dan gelak sorang-sorang sampai terlentang. Tapi kan aku lebih rela kau tak reply, dari reply ‘siapa ni? Awin yea?’

Haih. Gembira sangat dapat jumpa tadi. Tapi nak cepat sebab kerja tu memenatkan. Bukan duit lebih penting dari kawan, cuma kalau tak ada duit tak boleh nak beli topup nak tanya khabar, tak boleh nak bayar tambang dan minum untuk berjumpa. Rindu, sangat sangat sangat rindu.

Ixy cantik. Awin rindu Ixy. Selamat hari lahir.

Love you.

20090303

Hidup tanpa tajuk.






Passion, career and commitment.
Lebih seronok kerja. Tapi tak seronok bila separuh dari gaji tu hilang. Haih. Esok kerja lagi.

20090302

.

Aku rasa sejuk. Menggigil.

Ternampak benda yang tak sepatutnya aku nampak.

Pinjam bahu?