Aku tak faham kenapa orang label diri sendiri matang sedangkan dia sendiri tak dapat kenal pasti apa yang maksudnya matang tu. Apa matang tu? Yang paling up-to-date dengan trend dan fashion? Yang pandai menasihatkan orang lain tapi diri sendiri tunggang langgang? Yang suka kipas-kipas orang sambil jatuhkan orang lain? Atau yang tak fikir apa itu tanggungjawab jadi lepaskan semua pada mangsa terdekat? Atau tak pun, yang setakat ada bulu banyak lebih dari orang lain?
Kalau itu yang namanya matang, sumpah aku boleh tabik spring. Sebab bodoh sangat macam dah melampau-lampau. Cubalah beritahu umur berapa kau boleh janji yang kau akan bersikap jujur? Usia ke berapa kau boleh agak yang kau akan jadi paling amanah dan setia? Macamnilah, kira cincai tak jujur dengan orang pun at least jujur dengan diri sendiri. Tak boleh bohong sikit pun. Bila?
Kita berseronok sampai lupa diri, lupa kawan, lupa keluarga. Kita rebel, kalau boleh nak cuba semua benda baru. Berlumba-lumba siapa kumpul point dosa paling banyak, tindas sana sini, kumpul puak biar rasa kuat sikit. Konon-konon kalau ada puak tu rasa berpengaruh. Bila rasa ada pengaruh baru boleh bongkak sikit, buat team, buat groupie, bangga entah apa-apa.
Aku dah rasa macam mak nenek membebel pulak.
Tapi serius ni meluat membuak-buak. Aku tak cakap aku matang. Nampak macam sewel lagi ada. Tapi aku masih berfikir tanggungjawab aku setiap hari. Dalam gelak pun resah fikir apa yang terbaik untuk hidup. Uruskan itu ini, belajar tolak-ansur, lebih kurang dengan orang yang kononnya boleh percaya. Aku tak boleh terima kalau yang lebih tua dan nampak matang pada zahirnya buat perangai. Rasa nak beduk kepala satu-satu. Nanti kata kurang ajar pulak. Tapi kalau dah tak faham bahasa dan asyik pijak kepala, sampai bila?
Jawablah, sampai bila?
Kalau kau lelaki, tolonglah jangan guna kuasa dengan monopoli perempuan. Walau kau nampak segak, kau tetap loser pada hakikatnya. Lagi-lagi kalau kau rasa kau playboy paling besar, atau lelaki paling macho, atau duit kaulah yang paling berkepuk dalam poket, serioushit kau tetap loser kalau kau tak ikhlas dan pembohong.
Kalau kau perempuan yang kau rasa paling cantik, lembut, super-duper-sopan dalam abad ni, tolonglah jangan jadi mama juwie atau batu api sebar cerita-cerita kosong yang tak ada kena mengena langsung dengan diri sendiri, kalau kot ye pun nak bodek-membodek cuba cerita pasal diri sendiri mungkin tu lebih menarik? Kalau dah tak ada cerita sangat, tapi nak bercerita jugak, cuba tanya sendiri dengan tuan empunya badan. Mungkin antara soalannya dia akan berbunyi begini?
"Sebenarnya scandal kau Afiq, Ramzi, Cip, Mendap, Adli, atau Uchan?"
Dan mungkin kalau kau rasa ada sifat perikemanusiaan, belas kasihan atau paling tak pun tanggungjawablah, apa kata selesaikan apa yang patut. Jelaskan apa yang tertunggak. Pasal duit, kawan boleh gaduh. Laki bini boleh cerai-berai tau tak. Pasal duit jugak orang yang penakut macam aku boleh berani gaduh dengan tuan rumah singh yang tua bangka tu.
Just bank-in the money and you will get your things. Or else, JUST MEET YOU IN COURT.Okay, I'm excited to meet you in court. :)Saya tak dapat respon dari anda dan Awin. Barang anda berdua akan saya buang ke dalam tong sampah. Harap maklum.Ewah-ewah, apsal pulak nak buang barang saya? Awak tu dahlah penipu. Kang masuk mahkamah awak jugak yang kena. Benda sekarang agreement atas individu. Duit tu tak bawak awak ke mati pun. Tak payahlah tamak haloba. Saya bukan nak kurang ajar dengan orang tua macam awak ni, tapi awak dah melebih.I'll be around your apartment by 7.50pm. Can you make it? Because my schedule is tight tonight.Just meet you at 8pm. My schedule is tight too.***
Diam bukan sebab takut. Tapi kadang-kadang malas nak layan. Kalau kau lebih tua, aku akan anggap yang kau perlu dihormati. Kalau kau hari-hari aku jumpa, aku akan halalkan rasa kecil hati tu. Kalau kau sangat menjengkelkan tapi aku masih layan, itu mungkin aku masih lagi cuba bertahan. Kalau kau mencuri dan bohong secara terang-terangan pun aku masih diam, itu maknanya hormon bodoh aku dah meningkat atas dasar sayang barangkali.
Hmm. Sebenarnya point dia aku nak cakap pasal tanggungjawab je.