20090529

Your low is my high.




Cuti dah habis, semester baru mula Isnin ni. Esok, 31 Mei. Hari yang dinanti-nanti untuk sekian kalinya. Hari yang barangkali boleh beri makna besar dalam hidup. Cuti akhirnya dihabiskan dengan cerita-cerita tak masuk akal dan fitnah-fitnah panas. Tapi sebab adanya Farain, mungkin sedih tu tak rasa sangat.

Dengar cerita ada orang post bulletin dengan copy apa yang aku tulis di sini. Peminat setia ke awak?



20090527

Selamat membaca!

31 Mei mungkin boleh jadi hari yang penting. Hari yang aku akan jumpa Razif, Ratina, Razak, Ramiza, Ramsheena, Ramsheela, Razaleigh. Hari yang dah lama aku tunggu. Dan mungkin juga aku akan jumpa Ayah.
Rasa macam nervous tapi excited. Aku minta Mak buat kebaya baru untuk hari tu. Aku yang reka sulam dan jahit manik pada kerawang. Semangat gila tak. Haha.
Kalau boleh aku tak nak lagi fikir tentang lelaki picisan yang selalu kata Melayu bodoh sedangkan antara Melayu tipikal bodoh yang wujud adalah dia. Sejujurnya, memang aku sedang kecewa. Sedih yang tak terhingga bila orang yang aku sayang fitnah dan tikam aku sampai tahap macam tu. Tapi aku tak rasa rugi, sebab dia tak menguntungkan. Dia yang patut rasa rugi, sebab semua orang hilang kepercayaan pada dia.
Aku bukan mengalah, tapi masih sabar.
Kau selalu cakap aku tak independant. Kalau kau rasa kau berdikari sebab berkereta, aku akan cakap kau bodoh. Naik LRT tak tahu, naik bas tak tahu. Kononnya tak biasa susah. Baru campak kat KL dah terkial-kial mengeluh sakit itu ini. Kalau kau rasa moden sebab kau pegang kiri kanan teknologi, aku akan kata yang teknologi lahirkan manusia bodoh macam kau. Pakai iPhone dan kereta paling mewah boleh tunjuk betapa bijaknya kau ke? Kelakarlah weh.
Ya, betul cakap kau. Dunia kita lain-lain.
Tiba-tiba boleh teringat pulak dekat budak UiTM yang tarik budak-budak kolej masuk MLM dengan tunjuk BMW 5 series yang dia sewa tapi kononnya "Joinlah eMall, korang akan pakai kereta idaman korang macam aku". Woahhh, gila gempak lah lu, bro. Gua nak tabik spring ni.
Ah ah ah. Macam macam Aznil betul.
Tak sabarlah rasanya nak upload gambar-gambar penuh kontroversi di sebalik tabir.

20090525

Halo

Apa yang aku belajar dari previous mistakes, aku akan cuba lagi belajar untuk jadi manusia. What I mean is, manusia berguna. Bukan sekadar atas dasar manusia.
Kadang-kadang kita tak perlu nak cerita hal peribadi dalam medium yang terang-terang macam ni sebab kesannya mungkin menjatuhkan individu lain. Atau mungkin tak perlu nak terangkan terlalu details tentang si dia yang kita suka atau si polan yang kita tak suka. Tapi bila kita 'ter'aniaya atau terlibat dalam satu game yang sangat adventurous, apa salahnya kita kongsi supaya jadi pengajaran bagi diri sendiri dan manusia lain kan?
Aku bukan lari, tapi ambil masa dan ruang untuk berfikir sebagai seorang 20 tahun. Nak ikut akal atau emosi untuk mengajar diri sendiri. Kalau salah tolonglah betulkan.
Kau mungkin kenal aku sebagai kenalan lama, atau pernah terserempak sekali dua, atau mungkin kita pernah lepak satu meja, atau aku kawan kepada kawan kau, atau mungkin aku pernah dikaitkan dengan teman lelaki kau, atau aku saudara satu darah tapi tak pernah berjumpa, atau kau juga mungkin salah seorang musuh aku, aku tak tahu dan aku tak kisah. Sesiapa pun bebas hakimi tiap titik kelemahan dan kekuatan aku. Tak perlu nak jelaskan sangat sebab tak perlu pun nak puaskan hati semua orang. Sebab aku masih di sini bukan untuk hiburan.
Aku lebih suka rasa kasih dan sayang aku tu jadi rahsia. Tapi aku tak tahu pulak bila rahsia, binasa dia tempias pada aku. Bila rahsia, semua punca dan silap pada aku. Bila rahsia, semuanya nampak tak bermakna langsung dan macam biasa yang menanggung, tetap aku.
Nak marah pun tak guna. Anggap je lah salah sendiri.
Tapi, jangan anggap kekurangan aku sebagai kelebihan kau untuk memperguna. Ibarat kau heret aku sejauh ni, kau lepaskan aku jatuh dengan teruk. Menyorok sebalik kesalahan sendir dan humban semua pada orang lain tu adil ke? Gadai nama Tuhan untuk selamatkan diri sendiri tu mulia ke? Jadi binatang kan lebih elok kalau macam tu.
Aku rasa nak tergelak bila nisbah lelaki pengecut makin meningkat makin hari. Kalau kau kata Mat Replay tu loser dan sweet talker, aku rasa kau lagi hebat dari dia. Kalau kau kata semua lelaki yang pernah dampingi aku tak guna, kau lebih hebat dari tu.
"Aku tak nak Awin sebab dia tak ada kereta"
Kalau harta benda yang kau megahkan, minta jauh dari aku. Maaflah, walaupun tak punya kereta dan tak reti memandu, aku tak hutang kolej sampai 7-8-9 ribu. Aku masih sedar diri dan tak akan bangga kalau kereta setakat mak bapak yang belikan. Bersyukurlah sikit, bukan riak dan takbur. Hakimi hidup orang bukan kerja kau, kerja Tuhan lah. Nampak gaya cakap macam ustad, macam bangsat lagi adalah.
Aku tahu aku kecewa. Tapi aku tak rasa kesal langsung.
Buat kali kedua, aku menangis pada Mak bercerita tentang cinta. Mak yang egois dan tak pernah faham. Tapi cuma seorang Mak yang tua tu yang aku harus banggakan. Aku tahu aku tak ada ayah yang akan pergi terajang muka kau, tak ada abang yang akan marah kau, tak ada sesiapa yang akan bela aku tiap kali aku terjatuh dalam lubang yang sama. Tapi tak bermakna aku takut dan akan diam.
Aku ni perempuan gatal.
Perempuan gatal ni lah yang kau banggakan hari hari. Rumah perempuan gatal ni lah yang kau merempat hari hari. Perempuan gatal ni lah yang tolong kau buat assignments dan ajar English kau yang tunggang langgang tu. Perempuan gatal ni lah yang kau sayang sangat sampai merayu menangis. Ingatlah, yang satu hari perempuan gatal ni dah tak akan hormat kau tapi akan tunjal dan ludah muka kau.
Tahu tak betapa bodohnya kau bila cuba fitnah aku?
Cuba try tengok macam mana langsi lagi kau boleh pergi. Tapi tolong jangan tunjuk muka depan aku. Sebab aku tak pasti apa aku akan buat bila marah. Orang kau boleh tipu. Cuba try tengok test tipu Tuhan. Tengok sikit kena laknat ke tak. Cubalah.

20090518

Saya sayang awak sebab awak langsi.

Orang jahat tetap akan jadi jahat.

Sebab orang baik macam Ramzi akan kena tumbuk dengan aku besok.
Tunggu.

20090517

Hebat, meeemang hebat.

Aku selalu tak dapat pakai apa yang sebenarnya aku nak pakai. Aku lebih suka habiskan masa di tempat maksiat walaupun aku tak buat maksiat di tempat maksiat. Aku lebih selesa menari dalam keadaan rabun teruk dari aku nampak apa saja yang mengganggu jiwa. Aku ada tabiat hayati setiap sedut dan hembus nafas rokok dengan teliti. Aku tak ambil dadah dan bebas alkohol sebab mungkin aku tak ada duit.
HA-HA.
Aku dah tak ada mood nak melabur dalam hubungan. Apa yang aku belajar ialah buang masa, buang duit, buang kepercayaan. Membina dan mengejar dua benda berbeza eh. Kalau kau bodoh, mungkin kau tak akan dapat bandingkan.
Aku tahu benda akan jadi.
Cantik juga kalau kereta putih berkilat kita hias dengan trademark aku guna marker pen merah. Atau beritahu orang bilangan sebenar ialah 20 dan bukan 9. Barangkali aku teringin nak tunjuk dua jari hantu aku yang lentik ni dekat muka kau depan semua orang. Or may be we can have another press conference jadi tak perlulah kawan baik, sanak saudara, sahabat handai kau tahu email dan password facebook aku. Or maybe, kau nak bagi aku lempang muka mak kau dan aku akan cakap "I'm sorry!" *sambil buat muka Amir Raja Lawak*
Kalau ini yang kau panggil proses. Aku panggil ni proses kepala bapak kau. Manipulasi orang lain itu proses? Memperguna dan mengkhianati tu proses? Menilai dan membanding tu proses? Peluang bukan kau yang beri sebenarnya. Tuhan yang beri. Kau cuma manusia bodoh yang Tuhan kurniakan dengan perilaku sopan dan hidup yang hampir sempurna tapi buta sebab tamak dengan material yang langsung tak ada nilai.
Pandai cakap, sangat pandai.
Analisa pertama menunjukkan setiap semester senior dan junior ada hubungan dengan aku. Analisa kedua menunjukkan aku sering dikaitkan dengan boyfriend orang dari dulu lagi. Dah betul sangatlah tu. Hmm, sem depan siapa pulak nak jadi 'skandal' aku?



20090504

Rest in peace.

I went to Hartamas last Saturday. Wahhh, cakap omputih since when ni? Okay, aku rasa jadi orang baru sekian lama tak menjebakkan diri bersosial di luar. Orang janji dengan aku nak bersenam hari Jumaat malam hari pekerja sempena hari jadi yang minggu lepas tu katanya. Dan aku tertipu ya.
Kalau tak, I dah pergi teman boyfriend I, Shah Inderawan memang OIAM hari tu. Ergh. Hahaha macam sial. Okay kecil hati masih tersimpan di sini. Dan aku berusaha ke Lepaq untuk tengok Mira perform malam tu. Sebab mungkin tu saja sumber hiburan yang tinggal. She was awesome. Terujalah jugak, terangkatlah bulu roma dengan geng makan mihun babi waktu sekolah dulu.
Tiba-tiba tak sengaja jumpa bapak ramai kawan lama tak ingat punya lama. Jumpa sahabat handai yang macam cibai hangak sebab semua orang macam tak kenal aku, kena tengok dua kali, kelipkan mata beberapa kali atau kena jalan terus, lepastu baru pandang belakang nak pastikan.
Fak-ahhh. Aku akan cuba mesti kurus untuk masa cuti sebulan ni. Bye