20090716

Examination Countdown.

video

1# Bayar yuran + Daftar subjek
2# Ass-ignments
3# Rumah + budak rumah
4# Evo 7
5# Mak + Farain
7# LARI


Belajar penuhi hidup dengan apa yang ada daripada hanya menjadi seorang gadis, biasa.

20090714

Fanatic fan for Shout! Awards.

Pernah dengar tak Shout Awards?

Okay, tak perlu cerita panjang lah kot kan. Jika berminat nak jadi tukang sorak, tukang jerit pekik, tukang sing-a-long dengan artis-artis kegemaran anda di red carpet dan stage, seperti yang akan saya lakukan pada Jumaat ini, 17 Julai 2009 bertempat di Bukit Jalil, bolehlah cuba hubungi saya mulai sekarang.

I'm just helping a friend. Thank you.

20090710

Lilin-lilin comel.

Sempena hari jadi Tommy (bukan nama sebenar), saya telah menghadiahkan beliau satu SMS hari jadi yang panjang lebar berbentuk karangan SPM 2006 dan Big Apple dengan lilin-lilin comel yang tiup sampai mampos tak boleh padam.

Usaha berpeluh dalam bilik yang menyeramkan seperti Gua Niah, gigih pegang Big Apple dengan ditemani lilin-lilin comel yang boleh menyebabkan kebakaran, dan terima kasih Mendap sebab tak sorokkan selipar saya menyebabkan drama soap opera sebegitu tak berjaya memperdaya Tommy untuk kaget semasa hari jadinya. Walaubagaimanapun, apa yang penting kita dapat lihat riak wajah Tommy yang terharu ya. (Padahal aku yang terharu lebih hahah)

Ini untuk 'Tommy' sempena mengimbau kenangan manis bersama. (Kononnya)



Again, Happy Birthday crazy boy. xx


20090707

Suka hati I lah.

I tak suka, suka benda yang orang suka. I lagi suka, suka benda yang orang tak berapa suka atau tak suka langsung. Sebab macam annoying kalau tengok orang suka benda yang sama, suka benda yang orang lain pun suka. Macam boleh jadi dengki sesama sendiri.

Kalau nanti I ada anak, I nak namakan Mikael dan Mikaela. Jangan ingat I terpengaruh sebab Michael Jackson pulak okay. Tak ada kena mengena langsung pun. Bukan apa, I bukannya suka sangat pun Michael Jackson tu, I suka dia just sebab "You are not alone". I tak kisah pun kalau you guys suka gila-gila. Lagipun, I memang dah lama suka nama Mikael tu. Sejak dari zaman I bercinta dengan Orbit lagi. Kalau you guys rasa tak suka nama anak-anak I tu, I rasa you guys tak boleh kahwin dengan I.

Kalau suara I sedap, I nak suara tinggi macam Charice Pempengco. Orang kata muka dia macam I. Tapi dia versi putihlah. Dan I sebaliknya. (You know what I mean kan?). Kalau suara rendah, I nak suara Zee Avi. Macam syiok je kan. Kalau you guys tak berapa cantik dan bijak macam Zahida Raffik atau Natasha Hudson, you guys mesti suka artis-artis Barat yang hot and spicy. Perasanlah you guys ni. Macam I, I suka jugak kadang-kadang macam Kim K tu. Punggung boleh sondol meja bagi terbalik. Tapi boringlah kalau suka benda yang sama. Bwek. I suka artis sendiri. Fynn Jamal. Dia hot and spicy jugak apa. Boleh peluk, cium, ramas-ramas lagi. Kelakar bila tengok you guys sedih dan hentak-hentak stering kereta bila Rihanna tak dapat datang Malaysia sebab kena tumbuk dengan Chris Brown. Janganlah sedih, meh ikut I pergi tengok Fynn Jamal perform nak tak?

Kalau I boleh pilih boyfriend, I nak boyfriend yang macam Abu. Alamak, terbagitahu pulak. Hmm tak apalah, alang alang kan semua orang dah tahu. Ramai orang keliling I, tak boleh terima cinta I terhadap Abu. I akan menjerit bila tiap kali nampak dia. I menangis 4 kali bila Abu mati kena tikam. Dulu, masa I jumpa Abu banyak kali pun I pernah bergaduh besar dengan ex-boyfriend I sebab dia tak suka bila I suka Abu. Ada ke patut dia bezakan Abu dengan Acha Septriasa? Selain Heath Ledger, Abu lah cinta mati I. Tapi semua yang I suka mesti mati akhirnya. Bodo ah. Karakter Abu tu cuteee sangat. Sebijik macam BumbleBee. Dua bijik I tak confirm. Macam bodoh, tapi comel. Macam bijak, tapi comot. Alolololo. Cuteeenyaaaa. Hello, you guys faham ke tidak ni? I suka Abulah. Bukan Nas-T.

I tak kisah kalau you guys suka benda yang I suka. Similarity tu kadang-kadang tak boleh nak dielakkan pun. Tapi tolonglah hormati keinginan dan kehendak orang lain juga. Kalau I suka baju biru tu, janganlah diam-diam beli dan show off pakai depan I., contohlah Kalau you tak suka apa yang I suka, jangan mengata dan menyibuk kalau benda dah tak ada kena mengena dengan you langsung. Kalau you nak sangat mengata pasal I, kenapa pulak I tak boleh nak mengata pasal you. Dan lagi satu, apa saja yang I suka, I lagi suka ia rahsia.

Contohnya, macam I lebih suka Nouvo dari Evo.

Off record.


20090703

Blank polaroid.





Cuba capai apa saja depan mata bila pilihan tu merumitkan.

Tak ada pada hakikat tapi ada nyatanya. Pilihan dalam tangan sendiri. Egois tu tak elok. Tapi kadang-kadang penting supaya tak nampak dungu kalau asyik kena pijak. Bila aku cakap rindu, maknanya egois tu aku dah kikis pakai kertas pasir. Yes, I've been noticed that people changed. Tapi bagaimana? Setakat jadi hipokrit dan langsi, boleh jalan dahhh.

Aku jumpa kawan lama semalam dekat NZ atas. Lepas aku keletihan buang masa pergi Melaka yang tak mendatangkan faedah langsung tu. Ya, kawan lama. Dia nampak kurus, cengkung, murung dan tak macam dulu. Rasa sebak, nak menangis. Dia kata dia akan gila. Macam yang aku selalu kata dulu bila ditinggalkan tanpa sebarang amaran.

Tapi dia lelaki. Macam mana boleh terseksa teruk macam ranap satu dunia? Macam mana boleh tinggalkan kerjaya yang bagi aku seorang dia tu sangatlah sukses? Macam mana dia boleh terbabas sampai hilang arah hingga tak kenal apa tu makan dan tidur? Macam mana lelaki macam tu wujud lagi dalam dunia sedia ada zalim ni?

Sediakan perisai sebelum perang. Doa isi dengan tawakal. Kalau tak, awak akan mati. Rasa pelik memuncak, sebab ketakadilan melampau bila dunia makin kiamat. Speechless lah.. kecewa kan.