Tuesday 3 March 2015

"Are you who you want to be?"

Selamat menerima kenyataan bagi semua penerima keputusan SPM hari ini. 

Mine was on 2007, teruk gila. Kemuncak rebel di mana aku sedar cinta monyet membutakan segala mata, pelajaran dan masa depan. Walaupun aku kononnya bersekolah di sekolah paling elite di tengah Kota Lumpur. Ha-ha but that was not the end tho.

Bagi aku, SPM adalah pintu. You have a lot of doors. How you succeed in your SPM result helps you to open the doors. Kalau gagal pun, kau masih ada satu pintu ke fasa seterusnya. Its not like the end of the world (walaupun aku rasa macamtu gak masatu). Dalam situasi aku ketika itu, semua orang memang tunggu masa nak tanya keputusan. Nak gelakkan aku. But they never care how you struggled along the journey before passing SPM. Macam gampanglah kalau setakat nak tahu result sebab nak compare dengan anak masing-masing.

Masa form 4 aku pindah sekolah sendiri, (ya sendiri) tanpa ibu bapa, dari sekolah di taman rumah, aku naik LRT pergi daftar sekolah KL. Ingat lagi muka selebet aku pakai tudung dari sekolah campur nak masuk sekolah perempuan. Fucked up dengan cinta punya pasal pergi tukar sekolah konon kecewa. Mulanya, penolong kanan tak nak bagi, katanya sekolah elite cuma akan terima straight As PMR, setakat 7A 1B macam aku tak layak. Tapi bila aku kata mak cik aku bekas penolong kanan, terus letak aku kelas nombor dua science stream. Cilaka betul, dasar kroni.

Masa aku sekolah perempuan, aku rasa beza gila mentaliti, budaya, pembawakan sebagai pelajar sekolah. Entah, mungkin sebab aku culture shock kot sekolah KL. But the way they study buat semangat competitive tu berkobar-kobar dari sekolah campur dulu kerja hari-hari tengok senior gaduh siapa lagi power dekat divider. Gila bosan. Cuma part yang aku tak suka, sekolah elite belanja besar. Sedangkan mak aku bagi RM2 je duit belanja. So kalau aku feeling nak lepak dengan budak St. John ikut geng gedik memang tak lepaslah nak lepak Burger King. 

Okay what's the point of me talking all this crap?

Tak, aku sebenarnya nak cakap, yes akademik penting. Tapi aku tetap tak percaya 100% yang dengan kejayaan akademik boleh jadikan kau seorang manusia bertanggungjawab, bertimbangrasa dan berperikemanusiaan.

Contoh si A ni, pelajar harapan dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, universiti, hinggalah diterima berkhidmat untuk kerajaan, masuk working phase je tak boleh terima work pressure. Kena marah boss sikit, stress. Kena ngumpat sesama gomen, stress. Kahwin, ambik cuti, beranak pinak, balik balik rumah mak bapak. Masa fasa tadika ke universiti dengan result yang meletup-letup mak bapak tak habis-habis bandingkan dengan anak orang lain. Only scored in academic part, but lack of 'knowledge' in relationship and marriage part. Yang bila sudahnya jadi manusia yang bukan saja tak bagi hasil pada mak bapak tapi menumpang lagi laki bini anak beranak. Macam mana tu?

Masa aku dizaman rebel dulu, aku memang dikenali sebagai anak janda kat lorong taman rumah. So macam bila tiap kali aku keluar nak pergi gig, pergi lepak KL dengan kawan, mak aku mesti akan bising dengan cara pakaian aku, dengan boots and shorts aku. Aku akan kena banding setiap kali nak keluar rumah. Macam kononnya aku akan end up jadi manusia tak ada masa depan nak dibandingkan dengan anak-anak jiran. Itu semua sebab tiap kali aku keluar rumah, jiran-jiran yang jenis kepochi tipikal Melayu suka bisik-bisik menyampai dekat tetangga. Sebab anak-anak diorang semua sopan-sopan pakai tudung cakap perlahan gelak perlahan eh pijak kutu pun tak matilah depan mak bapak. But what happen to them now? 

Sorang pun aku tak dengar ada kesudahan  yang elok. Makcik yang selalu menjaja cerita pasal mak aku janda dan aku liar, anak dia sendiri pun yang perempuan semua beranak sebelum kahwin. Last-last dia tinggal sorang. Yang pakai tudung sopan santun masa sekolah kantoi cemolot dengan boyfriend atas motor pun masa kahwin tak ada orang datang, lepas kahwin gaduh dengan mak bapak. So you know, you don't talk about things you can't predict. Takut terkena batang hidung sendiri.

Semua orang tahu yang pelajaran tinggi saja tak menjamin masa depan. Tapi semua orang masih juga letak yang education is number one, yang akan menentukan dunia akhirat, masa depan, jodoh, perilaku eh semualah. Just see how Sufiyah Yusof survived all this while masa dia dilabel pelajar pintar and all the attention dekat dia dan semua orang put high expectation yang dia akan berjaya dunia akhirat dengan persetankan masalah peribadi, psikologi dan kondisi sebenar. I actually have my own respect to this woman. At least dia survived dan mengaku what happened to her was someone else's decision.

Aku bersyukurlah orang kata aku macam-macam. Sampai sekarang pun orang tak rasa aku boleh mampu hidup. Kalau lima enam tahun kita jadi anak yang puaskan hati mak bapak ikut apa yang dia nak kita jadi, aku harap bila kita lepas setiap fasa kita jadilah apa yang dia nak kita jadi. Or else, all those years, wasted macam bodoh. At least kalau aku rebel pun, tak nak jadi apa orang nak aku jadi, pulangannya aku tak menyusahkan mak bapak aku dan mak bapak orang. 

Bila dah besar-besar ni orang masih nak bandingkan, aku rasa nak senyum je. Duit banyak, akademik tinggi, kalau mak sakit terkencing terberak pun belum tentu kau boleh jaga. Inikan pulak masa sihat, kau tak ambik peduli, menyusahkan ada lagi. So the consequences tempias kena orang lain. Jadi apa je pendidikan tinggi dah bagi dekat orang yang tak jadi manusia ni? Just a certificate?

Setiap pagi, I always ask myself "Betul ke aku nak jadi aku yang ini?" Dan alhamdulillah lah walau tak kaya, hidup aku jauh lagi senang dari dulu. Mak aku yang dulunya kerja pagi petang siang malam sekarang dah boleh senang lenang pergi berjalan dengan kawan-kawan. Sedangkan yang sebaya dia yang asyiklah up anak masing-masing sekarang kena jaga cucu pulak tak boleh ke mana. Its hard to say no to her whenever dia bagi hint nakkan sesuatu. It reminds me just like how she never said no when I want something dulu. 

Education is a never ending process. Gagal sekali tak bermaksud gagal selamanya. How you repay back to your basic is way important. Bagi akulah, bagi orang lain aku tak tahu. So ask yourself now "are you who you want to be?"



4 comments:

  1. I always ended up with a better feel after reading your post. Good to know, masih ada rebel yang survived this fucked up mentality and society by being true to yourself.

    God bless

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. satu semangat baru terasa lepas bc ni.bila fkir balik betul ape yg kak awin katakan tu.. haish teringinnya nak jumpa kak awin..hihihihi (tetiba)

    ReplyDelete
  4. ur my inspiration sister, pray for me for my spm this monday 💖

    ReplyDelete