Saturday 20 November 2010

Jammed.

Sekarang pukul 3:16 pagi. Lagi beberapa jam untuk salah satu upacara bersejarah hidup iaitu, konvokesyen yang pertama. And not so surprisingly, I am fucken sad in nervous.

Mak tak ada. Sedangkan ini yang dia nak tengok. Ini masa yang dia perlu ada. Dan lagi sedih, kenangan tinggal harapan untuk ambil gambar berjubah dengan Mak terpaksa dibatalkan sebab jubah kena pulang 26/11 pastu Mak balik 10/12? Babi sial

Kepala, tengkuk, satu badan sakit sebab salah tidur ke berdiri lama ke kerja kuat ke sebab busy sangat ke aku pun tak tahu. Kahak hijau, tekak perit nauzubillah. Yang pasti, jadual pack gila babi sampai macam demam pun datang secara manja-manja, kejap ada kejap takda. Barangkali badan aku dah tak larat nak penat. curi-curi tidur pun dalam train. Everyday is a bad hair day, no make up, eyeliner habis. Pastu semua customer ingat aku Myanmar. Muka macam tar, jerawat come and go and sometimes stay and never go. Tu lagi babi

I have so many many many things to do. Assignment Acap, resign letter Cimie, kena hantar Azra dengan Myra pergi class dekat Ikano, kerja yang hari-hari tu lagi nak cover. Barai weh barai. Aku rasa macam nak marah tapi macam nak sedih sebab dah tak ada masa nak layan perasaan. Tiap kali nak emo je kena postponed. Tiap kali nak menyirap je kena abaikan dulu sebab ada benda penting kena fikir dulu.

And Alhamdulillah oh hidup aku tak sebangsat macam dulu. Aku pelik sebab penat lelah kerja semput semput pun hati senang. Tak sempat nak online. Tak jumpa orang. Tak ada masa nak lepak. Dah tak lepak buang masa. Jalan kaki tiap hari pergi balik dari KLCC ke Fahrenheit, curi curi tidur pun dalam train. Itu lagi berat naik 5kilo. Gila babi hati senang

Salah satu sebab mungkin aku ada kekasih baru yang baik dan penyayang dan sangat memahami dan bertanggungjawab DAN JUGA TAK AKAN HADIR UNTUK KONVO AKU KEJAP LAGI. Dan aku teringat masa mula aku jatuh hati.

"Win aku baca kawan kau post kau convo kau 21/11"
"Aku tak online lah. Mana kau tau? Kau stalk aku?"
"Eh tolong sikit. Aku artis takda masa nak stalk--"
"Pergi mampos--"
"Boleh tak aku datang konvo kau?"
"Buat apa? Hahahah semak"
"Nak bawak bunga jambak besar dengan tanah dua kampit--"

Haih, magik.

Kak Cik cancel flight kerja pergi Laos untuk hari ni. Aku terharu. Dan tak ada orang akan sanggup bermatian nak datang tengok aku konvo dekat pelusuk hujung dunia Batang Juntai sana. Confirm kejap lagi aku berarak sambil nangis coverline pakai shades sepanjang jalan. Tapi satu je yang membanggakan. Aku akan jalan dengan megah pakai baju yang kekasih belikan dua bulan lepas yang Mak jahitkan sebelum pergi.

Semoga semuanya akan baik-baik saja. Selamat hari graduasi, 7B.

7 comments: