Mari kita duduk satu meja, ceritalah apa-apa pun. Walaupun aku tak friendly secara kasar, aku akan lebih easy-going bila dah kenal. Aku boleh cakap tentang apa saja. Boleh gelak besar pada pertemuan kali pertama. Boleh, aku boleh jadi apa saja untuk sesiapa sahaja dan di mana sahaja. Tapi aku paling paling paling tak suka manusia biadap. Benci.
Jangan tak tahu, aku pun boleh mencarut dengan keras.
SITUASI SATU:
Aku dengar kawan lama aku balik dari Kedah. Dah hampir tiga tahun tak jumpa. Jadi aku buat supersaver dengan perasaan yang teruja terus call dan lelaki yang angkat bukanlah kawan lama aku tu.
Lelaki Bodoh : Kau nak apa ah? Pahal call call ni? P*****k betul. !@#$%^&*
Aku : Huh? siapa ni? ni Din ke?
Lelaki Bodoh : Eh takda takda Din dah mampos. Kau nak apa ah bodoh &*%!@#$%^&
(Telefon dirampas seseorang)
Din : Wehhh, sorry sorry! tu Asib tuuu. Kau apa kha-
Aku : Kurang ajarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr! (Letak)
Jantung aku dah degup laju macam guna pam basikal. Teruja jadi terhina. Tu bukan sekali, dah masuk dua kali. Kalau ya tak suka aku pun kenapa bila jumpa macam siput babi? Tak pulak nak pukul ke, ludah ke apatah lagi bila terserempak tunduk bawah macam gigih pijak semut sampai mati. Kalau nak ungkit cerita 4 tahun lepas, kononnya aku perempuan jahat yang mainkan perasaan kawan baiknya iaitu bekas teman lelaki aku yang menyebabkan aku pindah sekolah. Sedangkan bekas teman lelaki aku tu yang super-gampang kantoi dating dengan senior aku.
Ahhh, tak kisahlah kan. Tapi kenapa mesti kurang ajar?
SITUASI DUA :
Lepas balik tengok ex-Hillcrest main futsal dekat Segambut dengan sepasang kawan aku, kawan lama aku dari darjah satu call kata dia tak cukup RM7.50 nak keluarkan parking dari Hotel Pudu sebab dia ada RM10 saja dalam kocek. Kami pun bergesa ke tempat kejadian dengan rasa pelik yang amat sangat. Bila dah sampai, aku nampak kawan aku tu dari jauh tengah garu kepala, dahi berkerut muka macam nak menangis.
"Awek kau mana?"
"Dia lari bawak handphone dengan wallet aku semua"
"Kau buat apa dengan dia kat sini?"
"Dia taknak balik UIA. Dia nak tidur hotel tapi tak nak Pudu. Dia nak Shangrila"
"Hah? Dahtu sekarang nak buatpa?"
"Kita cari dialah kat area area BB, Times Square, KLCC ke"
"Satu KL? Kau gila ke? Awek kau naik apa lari? Sekarang dah pukul 1 pagi doh"
"Alah weh, tolong ah aku. Aku tengah kusut ni. Tolong ah"
Kami pun dengan bengang campur bangang ikutkan kata kawan baik kami tu. Sebenarnya aku tak pernah jumpa pun awek dia. Aku tak nak pun jumpa. Sebab awek dia pernah hantar SMS berbentuk essay SPM cakap aku monyet yang dengkikan perempuan hot macam dia. Weh? Gila perasan. Cari punya cari tak pun jumpa. Call punya call, dia reject. Kami berpecah, yang lelaki cari jalan kaki, yang perempuan naik kereta. Menyusahkan betullah. Satu KL kami cari, semua tempat lepak dari Kitaro sampai ke Cheras sampai ke KLCC akhir sekali depan Times Square. Isi minyak dua kali. Akhirnya dia hantar SMS "Pudu raya".
Sabar jelah.
Semua kembali ke Pudu Raya, betul-betul depan hotel tu. Aku dengan kawan perempuan aku tu berdebar-debar nak tengok macam mana rupa awek kawan kami yang dengar ceritanya kurang ajar dan melampau.
Bila dah jumpa, first impression ni, "Oh, dia memang seksi". Pakai baju off shoulder yang sepatutnya cuma nampak lurah tapi dah menampakkan separuh dari coli hitam yang dah longgar talinya. Rambut panjang mengurai tapi ketak. Pakai high heels tapi ada hati nak main gerak-gerak khas dekat Pudu Raya.
Farah : U pergi mana? Tahu tak kitorang cari u? Kesian boyfriend u. (control)
Betina bodoh : Hey! Ask him why he left me! He walk off! He left!
Farah : Dia sayang u, takkanlah dia nak tinggalkan u. Yang u lari kenapa? Kesian dia cari-cari. Duit takda, handphone dekat u. Kenapa buat dia macamni? (control sabar lagi)
Betina bodoh : Padan muka dia! He left me! Ask him! He walk off! He left! (sambil jegil mata dan tunjuk tunjuk jari dia pada muka kawan aku)
Farah : Eh yang u nak tunjuk-tunjuk jari dekat muka I ni kenapa? U sedar sikit u tu baru habis sekolah. Tolong hormat sikit eh. Dahlah menyusahkan orang! (pokpekpokpek aku tak tahulah kawan aku bebel apa lagi tapi aku tengok jelah)
Betina bodoh : Dahlah tak ada duit, bawak I dekat tempat murah ni.
Cheapskate!Farah : Eh, boyfriend u nak spend time dengan u lah bodoh. Tak kisahlah dekat mana pun. U tak bersyukur ke ada orang sayang u, sanggup jemput jauh-jauh. Itu kawan baik kitorang tautak, kawan dari kecik. (Masih sabar dan layan perempuan gila tu. Dan aku masih tercegat dekat belakang sambil peluk tubuh bukat muka)
Betina bodoh : Hello? I tak kisah pun dia your bestfriend ke, your brother ke, your cousin ke!
Aku : (Dengan tiba-tiba menyampuk) Weh, jom ah blah. Tinggalkan jelah betina gila ni kat sini. Aku lapar doh. Biarkanlah dia. Kena rogol ramai ramai baru tahu! (Jelir lidah)
Farah : (Muka sedih) U, janganlah buat boyfriend u macamni. Tolonglah.
Aku : (Semangat untuk balas dendam sebab dia panggil aku monyet) Ehhh, u tau ak I kawan dengan dia dari darjah satu, tapi sekarang ni dia tinggalkan semua kawan-kawan dia sebab terhegeh dekat perempuan macam u ni. Sedar ah sikit, I yang u panggil monyet ni jugak yang tolong cari u macam sakai pagi-pagi buta ni. Eh, u tu takda kena mengena dengan I tau, kalau u, u nak tolong ke?
Betina bodoh : Of course not! Eh, by the way yang pasal SMS tu it's just salah faham. (Muka malu tahan nangis)
Aku : Kepala bapak kau salah faham.
Sesuailah kalau lelaki bodoh dalam situasi satu dijodohkan dengan betina bodoh dalam situasi dua. Sepakat membawa berkat.