Tuesday, 14 May 2013

Savages.







Sunday, 12 May 2013

Playlist #20



Selamat Hari Ibu, Mak.

Monday, 6 May 2013

Singgah.

I don't know who's watching me.
Sebab sini, kau perhati tanpa ngerti.
Percaya mata, tanpa telinga, masuk akal, mati pada konklusi.
It's just you... and your assumptions.

Bagus juga blog 'bodoh' ini terbiar.
Dari enam-belas-tahun marah.
Pernah jugak kenyang sekali dua hasil ini.
Bagus juga dibiar begini, biar pemerhati mati dengan konklusi sendiri.
Tentang hikmah kita; it took ages for someone to watch me, to fight over me, to question me, to exaggerate the story, to define me in their own interpretation by just 'singgah sini'.

Hello sayang, manusia yang singgah dalam hidup realitinya pun ada masih yang pergi sebab tak mengerti ini pula setakat jenguk cerita marah dan harap baris-baris sedih dapat puaskan hati?

Crap.

I have something big to tell you,
I but I can't tell you now,
so I decided not to tell.

Takut Ter-tuhankan manusia; terkufur nikmat.
Let me focus. I'll come out with something. Promise.

Selamat menyinggah.

Monday, 29 April 2013

24

You don't know how much this number has been manipulated my life. I can't explain much.

I heard age is just a number. I bet weight is just a number too. Well, you know.. I've been so rebellious all this while disebabkan psychological and surroundings. I've been built by hatred and resentment. Rata-rata 80% jiwa dan jasad aku diselaputi baran. And you knew that.

300 hari dah tamat. This one friend, bila aku nak sembang pasal 'dulu' mesti menyampuk "Dulu dah habis, bro". Sampai aku diam. Dan bila masa aku berniat nak bercerita pasal 'dulu' lagi, phrase itu terngiang dekat telinga dan membantu untuk aku tak bercerita. Bercerita secara lisan dan juga bercerita dekat sini. 

Syukurlah, Tuhan dengar satu-satu dari ratusan doa aku. Dan mungkin juga doa-doa orang jauh untuk aku. He's being great all this while, cuma aku leka dan terlalu hidup in denial. Apatah lagi jauh dari sempurna. 

Tiga hari sebelum hari jadi, kawan yang tujuh tahun dulunya pagi-petang-siang-malam chatting dalam YM ditakdirkan Tuhan datang. Social media in terms of dulu dan sekarang kan jauh beza. Jadi aku pandang itu satu miracle as in hadiah hari jadi dari Tuhan. No words can describe betapa bersyukurnya aku jumpa dia buat pertama kali selepas tujuh tahun. Zaman Orbit Cinta Benjamin lah ni.

Tujuh tahun mestilah ada banyak benda nak cerita. Masa umur 17 cuma cerita pasal gig dekat OU, band apa perform hujung minggu, siapa top friends dekat Myspace, tukar-tukar lagu Indie. Dan bila jumpa balik, that kind of feelings yang kau banyak gila benda nak cerita tak tahu nak mula dari mana.

To see your sleeping partner berubah setelah lebih sepuluh tahun kau kenal dia was such a miracle. Happiness dia kau boleh rasa. Walaupun segala benda yang dia dapat tak ada kena menegna dengan kau, seeing her being happy in her own atmosphere makes you happy too. Maksud rasa memang betul-betul rasa. Ah susahnya nak explain! Dan kau sedar dalam banyak-banyak kawan yang baik sebenarnya adalah kawan yang mengingatkan solat masing-masing.

Dan cuba flashback hari-jadi setiap tahun. Aku rasa kebanyakkannya kelakar. Aku pernah kena lempang dengan Emak sebab minta Ayah untuk hadiah hari jadi. Masatu aku rasa dia kejam sebab lempang sekuat hati 360 darjah buat pertama kali. Seumur ini bila fikir balik sebenarnya aku yang kejam sebab minta benda yang luar kemampuan dia.

Kenapa 24? Secara ringkasnya, 24 umur kononnya nak tunang-kahwin. Tapi Tuhan denda sebab nakal sangat. Jadi Dia tak tunaikan impian sebab kita tak tunaikan apa yang patut. Kenapa 24? Sebab masa galau itu hari automatically kita akan jadi kreatif inovatif dalam pasif. Banyak saja benda nak dihasilkan termasuklah kononnya buku sekual Tentang bertajuk '24' yang manuskripnya dah tulis separuh nak dipendekkan cerita Mikaela (Mac yang pertama) tiba-tiba jahanam. Tuhan sampaikan mesej "Susah sangat kan nak berganjak dari sedih, mari aku jahanamkan semua". Maka, jahanamlah Mikaela dan bukti-bukti sejarah-manuskrip-gambar segala dari sebuah laptop yang banyak berjasa dalam tempoh masa itu. Dengan itu lahirlah Akira (Mac kedua) dalam hidup ini, sebagai peneman baru. Nampak tak terang-terang Dia tolong? 

Dunia terlalu kecil bila semua orang berkait dengan semua orang. Duduk satu meja, ex-girlfriend dia kahwin degan ex-boyfriend kau. Minggu lepas orang yang dua tahun dulu ajak kau kahwin delete kau dari Facebook. Musuh kau dulu kawan baik dengan kawan baik kau. Ex-girlfriend orang yang kau suka bestfriend kepada bestfriend kau. Dan dua orang yang satu suka kau zaman Mesolitik dan Paleolitik happened to be buddies? The fact is you don't know where exactly do you stand. I can say that I am desperately need people with positivity untuk neutralkan aku yang sarat dengan negatif ini. Ingat tak lemas ke? And to say that I am glad that Tuhan aturkan what kind of people yang patut masuk dan keluar dari hidup kau, yes, I am now.

Sempena hari jadi, dengan rendah diri aku minta maaf dengan kawan-kawan, dengan sesiapa saja yang pernah aku sakiti. Yang pernah makan hati ke apa-apalah, aku minta maaf sangat-sangat. Everyday is a learning phase. People changed. Feelings changed. Kita cakap pasal hidup. Pasal syurga neraka. Pasal dosa pahala. Pasal penyesalan dan hikmah segala benda. Kita nampak leka, tapi kita struggle nak cuba peka. As time flies, aku percaya semua ada hikmah. Kenapa aku masih dekat sini, menulis ini. 





Hadiah hari jadi untuk diri sendiri. Untuk Emak. Untuk yang selalu mendoakan. Dan untuk semua yang pernah meninggalkan. Nah.

Wednesday, 17 April 2013

Take a break?



You tak boring ke asyik layan video panas politician?
Baik you layan video ni. Panas jugak, I baru buat semalam.


Have a great day.