20090630

61

Dia lahir pada 30 Jun 1948. Secuma itu aset yang aku ada. Mati dia, matilah aku.
Aku baru balik sambut hari jadi yang tak berapa nak jadi. Sambut bertiga. Aku, Mendap dan Rempit. Pinjam duit orang dulu untuk beli kek. Tadi Hujan kat Gombak. Jadi pagar tu licin sikit bila nak panjat. Jadi kena tanggalkan selipar dan cuba gigih untuk panjat walaupun terhagul sikit kat punggung. Nyalakan lilin, menyorok berpeluh-peluh nervous tepi dinding dan ketuk pintu.
Dia tak buka pintu, dia buka tingkap.
"Siapa tu?"
"Hai makcik. Saya datang nak buat surprise"
Okay, plan rosak. Tak guna punya rempit. Mana ada orang nak suprise bagitahu. So, kegigihan aku macam tak ada function lah memandangkan dua askar upahan (rempit dan Mendap) macam tak ada perasaan. Dan dia tengok aku yang pegang kek besar senyum sampai telinga ni pun macam tak ada perasaan.
Haih. Aku terfikir apa akan jadi pada aku kalau tak ada dia? Mesti tak ada orang nak gaduhkan. Mesti tak ada orang nak lawan bogel sama-sama. Mesti tak ada orang nak basuhkan baju putih jadi lebih putih. Mesti tak ada panggilan Mak Mohd Adif. Mesti tak ada siapa yang reti masak peria sotong kicap. Mesti tak ada Decepticon dalam rumah. Dan mesti tak ada orang nak bagi syarahan khas percuma dekat R bukan nama sebenar.
"Anak mak cik ni memang gatal. Tapi kalau awak tak garu tak jadi jugak kan"
I love you for no reason. Selamat hari jadi, Mak.

20090623

Your best friend is your best enemy.

Hari ni tak ada kelas sebab kononnya hari jadi kolej yang ke-10.

Hah? Semua orang pun macam tak pernah tahu je.

Aku masih dalam mood kehilangan. Dari semalam aku cuba pura-pura nak study pasal Social Penetration Theory untuk presentation yang mendebarkan nanti (sebab aku seorang saja ahli perempuan dan 4 orang lagi jantan) yang tiba-tiba ada kena mengena dengan lapisan bawang. Macam tak faham tapi layankan je.

Macam mana satu hubungan boleh terjalin dari orang asing sehingga menjadi teman baik? Macam mana dua orang dari latar belakang berbeza boleh duduk semeja dan bincangkan hal peribadi yang sama? Macam mana seseorang boleh dedahkan rahsia sendiri kepada orang lain yang padahal dia tak tahu peratusan kejujurannya? Macam mana seseorang boleh menjalinkan hubungan yang akrab sedangkan sekeliling melihat permukaan kulit bawang yang tak masuk akal langsung? Macam mana tu?


A friend in need is a friend indeed.
Familiarity breeds contempt.
To know him is to love him.

Biar muka gampang, asal hati baik.

Binggo.

20090622

Brother from another father.

Nama dia Mendap.

Tak payahlah nak cerita panjang semua orang pun tahu dia kawan baik aku. Kawan yang sayang aku bagai nak rak, bagai nak mati, tak pernah ambil kesempatan, dan terima aku seadanya. Kawan yang lebih ada masa susah dari senang. Kawan yang degil dan tak dengar cakap tapi setia dan jujur. Kawan yang nyata-nyata boleh dibezakan dengan kawan yang sedia ada.




I'm not in the right mood. Tu gambar last masa terserempak sebelum dia balik kampung dan tinggalkan kami semua. Biarlah muka dia macam gampang ke apa, asalkan perangai tak macam gampang macam sakai laut yang lain. Woooooo seriously tak ada mood. Aku dah hilang monyet kesayangan. So macam mana nak menceriakan hari-hari akan datang?

Kalau tak ada dia, maknanya tak ada lah orang yang pernah sambut hari jadi aku.

Diam ah

20090618

Bwehehe

Aku rindu seseorang dengan kerap tiba tiba. Sekerap sampai tersengih syok sendiri ingat kenangan manis bersama. Dan aku abaikan supaya ia jadi memori daun pisang. Bwehehe.

Aku kecil hati semalam. Satu, sebab ada pondan tua cuma bagi lambaian manja dan tak ajak karaoke bersama. Dua, sebab jumpa kawan-kawan dekat AC tapi buat tak kenal. Tiga, sebab pagi-pagi ada orang kejutkan aku dengan panggilan nak bergaduh. Dan aku malas nak layan perasaan sebab benda merepek. Bwehehe.

Malam ni dengar cerita nak pergi berpeluh aerobik. Dinasihatkan kalau anda adalah adik artis, tolong jaga etika dan tatasusila supaya kelihatan sopan di dalam tempat maksiat supaya gambar-gambar anda tidak dipaparkan di mana mana website atau keluar di Melodi dan kakak-kakak anda yang terpaksa menjawabnya. Dan satu lagi, pastikan anda bukan junior -junior saya. Bwehehe.

Dan cerita pasal kakak, walaupun aku bukan adik kepada artis, aku tak akan approve kakak sendiri dalam Facebook. Mintak maap cakap. Bwehehe.

Kami akan buat assignment individu dan berkumpulan ZZ dengan bersungguh-sungguh kali ini. Dan kami akan interview seseorang yang rahsia. Bukan Second Combat atau Akim AF7 tau. Jengjengjeng. Tak sabarnya nak jumpa penyelamat-penyelamat dunia Ahad nanti. Crazy girl kata moshing sampai bengkok. Bwehehe.

Lailailai!

20090617

Go away, Benjamin.

14 November 2005. Isnin, 10.40 p.m.
Jalan Damar Minyak, Port Klang.

843 hari yang lepas, aku macam dilahirkan semula, hidup dalam nafas yang sama, rasa yang satu. Aku yang selalu mengalah diajar dan mengajar benda yang luar biasa dari biasa. Dari tak pernah dimanja, rasa selesa tu buat aku jadi tamak haloba dan tak mahu berkongsi. Aku belajar adab dan tatasusila. Aku belajar jangan sentuh dan pandang alkohol dan kimia terlarang. Aku belajar menjaga alam sekitar dengan tidak buang sampah 'langsung'. Aku belajar macam mana menghargai Tuhan sepenuhnya. Belajar sebat semua susah senang. Aku belajar atur langkah untuk lakar masa depan yang tak pernah dicorak.

Secara ikhlas, bukan 100% dia tu jelik. Aku tahu tentang kesilapan yang ada. Tapi boleh tak , nak peluk dan mengadu macam selalu sebab rindu? Bukan nak jilat balik kahak yang aku dah buang, tapi nak rasa selesa mengadu cuma pada yang sedia tahu.

Aku ada kerja yang perlu dihantar sebelum pukul 6 hari ni dan pendrive dah mula buat hal. Tapi sekarang air mata aku tak boleh berhenti jatuh dengan laju.

And what is fucking wrong with me?


20090614

Girl-friend

Ada orang akan berubah demi sesuatu.
Ada orang akan berubah bila ada sebab.
Dan ada orang tak akan berubah untuk apa-apa pun.

Sabar dengan sayang tu kan tak sama.

Like I said before, I thought we were transparent to each other.

20090610

The best revenge





Silence.

Belajar, macam mana nak jadi rendah diri dengan tidak merendahkan orang lain.

20090608

Our first baby

video

Satu hari punya kerja. Layannn.

20090607

In the making


Kalau nak aku menjawab dan menentang, boleh.
I'm a fighter. I fight for my right.

Tapi persoalannya betapa istimewanya kau sampai aku nak kena berhabis-habisan menentang? Kalau kau yang paling bagus, yang paling terbaik, yang paling suci dalam debu, bukan kau saja yang aku dah terajang hari tu. Dengan awek kau sekali aku humban dalam longkang.

Jangan nak maki aku macam awak tu bagus.

Aku diam bukan tanda kau boleh terus cakap yang bukan-bukan. Banyak sangat error dan correction dalam mesej tu. Tapi malas nak layan. Ini bukan cerita nak jadi malaikat dan biarkan diri teraniaya supaya satu hari nanti syaitan akan dapat pembalasan. Tapi ni kes layan pasangan gila yang culture shock banyak tengok Gossip Girl konon mat saleh tapi jumud tak ingat. Dan aku ada banyak lagi benda lain nak fokus selain benda alah gampang macam ni.

Contohnya, assignment Encik Zubli. Bye

20090603

Apa perasaan anda bila anda terpilih seperti saya?


(Klik untuk imej yang lebih terang, jelas dan nyata)
That's funny. Apa sebab? Sebab aku lame. Apa sebab? Sebab aku baru terjumpa hari ini. Apa sebab? Sebab AKU TAK SUKA STALK ORANG. TAK ADA MASA. TAK KUASA.
Bunuh dua burung dengan satu batu sama tak dengan rembat dua orang dalam satu hari?

Game Over.

Aku lah perempuan tu.
Yang hampir kena langgar kereta siang tadi.
Yang menjerit menangis kecewa digelakkan kau siang tadi.
Yang tak dapat pukul kau sepenuh hati siang tadi.
Aku lah perempuan gila tu.
Kejutan yang istimewa. Lebih mengujakan dari kejutan hari jadi. Sakit ya sakit, tapi berbaloi baloi! Pandai awak mengelak masa saya tendang adik awak tadi. No wonder lah, football player lah katakan. Gelecek sini sikit, sana sikit, goal. Tangan dan badan saya sakit ni, tapi hati saya tak sakit lagi. Saya nak tendang awak masuk longkang tadi, tapi saya kesian.
Awak kata saya gila, awak ingat saya psiko. Nak buat macam mana awak, dah Psychology saya 4 flat. Nak riak tak boleh, tapi awak lupa tu. Masa sweet revenge tiba bila awak merayu minta jangan dipukul. Cuteee sangat muka awak bila menangis merayu macam tu. Plus, tak boleh saya bayangkan betapa cuteee sangat muka awak bila kena beduk dengan perempuan lembik macam saya.
"Nak tahu apa perempuan jahat macam aku boleh buat?"
"Please lah, aku minta maaf. Aku merayu. Tolonglah"
Alolololo. Cutenyaaaaaaa!
Farah Ain, Effi Norheizi, Afiq Syahmi, Izrinda Izzati, Fazrul, Ahmad Fauzan, Abdul Hakim dan Taqib, terima kasih yang tak terhingga. Hikmahnya, semoga hubungan kita lebih rapat, kasih sayang lebih kuat, tak ada lagi nama pengkhianat.
Moga kau semat dan abadikan kenangan 'manis' hari ini.

20090601

Selamat pengantin baru.

31 Mei, semalam.

Berdebar-debar masuk dalam dewan sambil pakai baju kebaya baru. Mak suruh jalan perlahan supaya tak nampak macam pondan bila pakai kain belah. Aku nampak orang tua yang dah lama aku tak jumpa tu duduk tepi bunga mangga.

Aku salam, cium tangan dan senyum.

"Siapa kau ni?"

Hati aku macam pecah-pecah masa tu. Mata macam Sailormoon berkaca-kaca tahan sebak nak menangis. Sabar je lah weh. Boleh pulak tak kenal. Dah agak dah.

"Ni Awin lah"

"Nuzuin?"

"Yelah"

Sambil cium kiri kanan pipi aku. Dan kenalkan pada semua orang. Dia punya sebak memang tak ingatlah tapi aku guna skill coverline yang terbaik. Dan rata-rata bila aku tengok sekeliling semuanya iras-iras muka aku tapi tak kenal. Perasaan aku macam nak kata gembira pun bolehlah, tapi macam teruja campur sedih campur bengang dan hasilnya macam berkecamuk jadi rojak. Tak ada yang spesifik, nyatanya.

Sebelum tidur aku terfikir, kelakar jugak ada hidup macam ni. Teringat masa habis sekolah dulu aku nak masuk AF sebab semata-mata nak jumpa Penerbit Eksekutif Akademi Fantasia. Kalau dapat jumpa penerbit, aku akan jumpa Razaleigh dan yang lain-lain. Sebab aku selalu tersenyum sendiri teringat masa kecil Razaleigh dengan jaket kulitnya, naik motor besar dan lambai aku. Tapi sekarang, aku fikir balik kenapa aku yang kemaruk sangat cari mereka?

Semalam tiap-tiap satu mereka lihat aku macam makhluk asing.

Cuba bayangkan aku lepak mamak hisap rokok, dan meja sebelah adik-beradik aku tapi tak kenal? Kalau nak lagi menyayat hati, cuba bayangkan aku terjatuh cinta ke, terkahwin dengan adik-beradik sendiri atau dengan anak buah sendiri ke, dengan cucu aku ke weh, sebab tak pernah kenal sesama sendiri. Macam mana? Tak macam hindustan lah pulak.

Sumpah tak blah.

Jadi, silap siapa sebenarnya ni? Hmm, entah. Biarlah. Tuhan punya kerja.