Tuesday 10 August 2010

Decorated.

Minggu tu kita namakan dia minggu mencabar. Minggu pancaroba.


Semuanya mula dari surat Reader's Digest bodoh tu. RM250 000 untuk dimenangi. Ada kunci kereta. Ada cek banyak. Aku selalu tak percaya benda merepek. Mak kata mana tahu boleh ubah nasib. Eh gila ke. Reader's Digest pun aku tak baca apatah lagi nak langgan. Semuanya atas sebab terdesak. Tapi orang tak fikir semua tu. Impian, angan-angan. Lancau ah.

"It was all about your stupid Reader's Digest dreams"

"My dreams are always stupid. Salah satunya kau"

Aku kecewalah sial. Thought Katy Perry could help. Thought that things won't be the same. Tak pun. Cuba lagi teruskan sebab kita dah besar kan. Isnin ada Lagenda Budak Setan punya PC. Private PC dekat Rootz. Kasut pulak tinggal. Duit tak ada, makan pun kena tunggu. Semua serba tak kena. Period je belum. Mak pulak nak bagi RM5 untuk share dengan dua staff office.

Dramatik, babak ke lapan belas mula.

Farid Kamil tak lah handsome mana. Tapi macam turn on lah sikit kan tengok jambang sepah dia yang macam Wolverine tu. Dan dapat jumpa Legend of the day memang syok. Aku ingat lagi bapak aku kasi duit seumur hidup aku pergi beli the first compilation LBS. Tapi dah hilang. Kawan baik punya boyfriend yang macam setan tu hilangkan. Okay, tu je yang menggembirakan hari sebelum malam ngeri bermula.

Pasal malam tu malaslah nak cerita. Pandai-pandailah fikir seronok ke tak kena tinggal dalam gelap hutan tu. Aku dah nekad dah nak jalan kaki balik lalu MRR2. 2 jam nak fikir mintak tolong ke tak. Kalau mintak tolong nanti kata drama, kalau tak mintak, apa-apa jadi bukan orang kisah pun. Eh takpa weh, aku kuat. Stok yang jatuh confirm bangun sendiri punya.

Lepastu esok esok tu tak pergi kerja. Jahanam satu minggu aku. Hari-hari lupa makan. Hari-hari tidur pukul 6 pagi. Hari-hari tengok Spa Q, Bella, Nur Kasih. Hari-hari sembab, lembap. dia pergi sikit-sikit. Yang lain semua air mata.

Standard ah kan.

Nak jadikan minggu tu lebih menarik lagi, handphone hilang kena rembat. Sampai pukul 4 aku tunggu mana tahu nampak orang yang rembat tu. Aku dah syak dah mesti gemuk tu yang ambik. Dahlah kena kejar foreigner sampai Balqis mencecet lari bukak kasut. Masa tu aku dah tak larat dah nak nangis. Malang memang tak bau macam kentut Balqis. Menimpa-nimpa. Dah tak tahu nak cakap apa. Pandai-pandai ah.


Sedihlah mulakan puasa macam ni. Nasib baik hari ni tak puasa lagi.





4 comments: