Wednesday 26 September 2012

Pesan Lisa & Tentang

It's been awhile. Alhamdulillah kerana masih tak mati. 
Okay, let's go straight to the point.

Apa itu Pesan Lisa? Oh ya, Pesan Lisa itu ialah filem pendek arahan Elmi Elmo, hasil Aisalinglung dan telah ditayangkan bersama 14 filem pendek Malaysia. Pesan Lisa digunakan sebagai teaser sempena pelancaran buku Ketakutan oleh Lejen Press. Kalau rasa nak tengok bidan terjun jadi hantu kena rogol, boleh datang ke mana mana tempat tayangan. Kerana ia tidak akan disebarkan melalui Youtube. Tidak sama sekali.

Tayangan pertama di JB Arts Festival, Bukit Timbalan, Johor Bahru. (15 September 2012)
Tayangan kedua di Annexe Gallery, Central Market, Kuala Lumpur. (22 September 2012)
Tayangan ketiga akan ditayangkan di Maskara Shorties, pada bulan November 2012.

I wanted to make Tentang exclusively posted by me. Tapi memandangkan tak cukup tangan dan sibuk dengan aktiviti sekolah, maka aku akan mula buat posting seminggu sekali sahaja. So sekarang ada tiga cara untuk dapatkan Tentang, melalui Pos Ekspress, self-pick area Shah Alam atau beli di I AM LEJEN, SS15, Subang Jaya (berhadapan Gold Chilli).

Berikutan dengan masalah penghantaran, just in case, pos tak sampai, sila beritahu. Manalah tahu terlepas pandang, tak perasan. Aku akan bagi tracking number. Kalau salah alamat, aku tak akan bertanggungjawab untuk penghantaran semula. 

Terima kasih untuk team Terfaktab kerana tolong jualkan di JB Writers & Readers Festival. Terima kasih untuk team Rabak-lit & Jayzuan juga untuk jualan di Art For Grabs. Terima kasih untuk I AM LEJEN. Terima kasih untuk kawan-kawan yang tak langsung tanya khabar walaupun nama ada dalam credit. Terima kasih selebihnya  adalah untuk dua manusia yang dikasihi. 

Jadual Oktober akan dipenuhi dengan kerja-kerja sekolah yang tertunggak, Rainbow Garage Sale yang ketiga, pembikinan novellete terbaru untuk Nami yang bertajuk Diorama Eksisten (Yes, Nami. I'm working on it), dan event Journalism Day di Kemensah. Dan kalau ada masa, aku akan update reader's review yang lucu-lucu. 

p/s: To someone out of town, I miss you. Moga kesibukan membunuh masa dan rasa. 



9 comments:

  1. Buku tentang, dah bace 3 kali, best
    Pasni kalau nak buat buku lagi, mintak lejen tlg jualkan je... senang. Aisa n wife baik, nak mintak tolong jualkan jersey pon diorang tolong
    :)

    ReplyDelete
  2. hmm.. kalau nak self pick area shah alam, nak amek dekat mana? dari entri sebelum ni tanye tapi tak dapat jawapan sampai sekarang.. hmm

    ReplyDelete
  3. Maaf! Boleh ambil area Section 7, dekat Hakim lama. Email saya di gdsjht@gmail.com nanti saya bagi phone number.

    ReplyDelete
  4. Pesan Lisa main dekat Maskara Shorties on early November la.

    ReplyDelete
  5. Nak join Rainbow Garage Sale boleh?

    ReplyDelete
  6. Hahaha alamak salah info! Yup, Maskara Shorties on November. thanks for reminding FikriKacak!

    Yup, boleh join. Hantar barang atau buka booth sekali.

    ReplyDelete
  7. Kenapa saya hantar email tak berbalas. Dah siap bayar, siap bagi bukti lagi. Tsk.

    ReplyDelete
  8. Oh maafkan saya. Tak sempat nak balas semua email. Tapi nama awak saya dah pos semalam jadi mungkin akan sampai esok atau lusa.

    ReplyDelete