Thursday 31 January 2013

Kupu-kupu malam

Kepala ke bawah, kaki ke atas. Dress pendek ketat masih di badan. Rokok ketiga dibakar, asap garang terhembus laju. Maskara cair mencacatkan muka. 

“Apa aku nak sebenarnya?” 

Perempuan macam aku boleh kerja masyuk sebagai call girl. Satu malam tembak Sultan boleh masuk RM1000 paling kurang. Paling tidak, tembak Rootz, senang-senang jantan-jantang miang boleh hulur RM400-RM500 untuk seorang call girl. Alah, setakat jantan tua, usap-usap sikit chow lah. Masa nak ajak main tu yang kena pandai mengelat. 

Aku boleh mewah dan mungkin sekarang dah jadi Datin tanpa perlu pandang belakang hidup jahanam yang lama. Lelaki-lelaki muda zaman kehancuran aku semua tak menguntungkan. Semua melelong cinta macam tak ada harga. Apa yang aku tunggu sebenarnya? 

Rokok tinggal tiga batang. Aku kusut. Kuku merah aku kikis. Aku bangun pandang cermin, tengok-tengok kalau boleh nampak masa depan. Tak, yang aku nampak cuma aku dan muka serupa nak pergi parti Halloween. 

We were so in love at that time. Orang kata lelaki jahat untuk perempuan jahat. We first met at the club. Aku dah khatam dah semua perangai lelaki yang kau boleh panggil anak-anak ikan ni. Poket kosong, satu botol pun tak mampu bukak atas meja. Melepet ramai-ramai semata nak tengok perempuan. Sembang-sembang kencang. Ah, bosan. Tapi… anak ikan yang satu ini lain. 

At first I just wanted you to fuck me, but I got greedy, I wanted you to love me. 

Aku selalu ingatkan diri yang aku masih ada waktu, ada peluang untuk orang-orang baik. Sampai ada satu masa, aku kira betul-betul jatuh cinta dengan seorang lelaki baik, main ragbi, manis orangnya, tak pernah biadap. Tapi bila tiba-tiba muncul bekas kekasihnya yang membezakan status aku dengan dia, of course aku surrender. She got Hermes. Aku? Cuma wallet buruk yang kalau pergi mamak, bila bukak, semua syiling jatuh sebab bocor. 

Hidup dari keluarga susah, bila pandang belakang, tak ada siapa. Insurans nyawa pun tak ada. Bila-bila boleh mati sia-sia. Itu pun kalau mati sebab kena ganyang sebab asyik menjalang. Sejak aku putus harapan dengan pemain ragbi tulah sifat defensif menjadi-jadi. Kalau perempuan dipandang sebagai objek, biar aku jadi objek. Kalau cinta boleh dilacurkan untuk jadi duit, aku akan buat benda tu. Kalau cinta boleh digadai semudah petik jari, tanpa janjikan apa-apa, biar aku sahut. Semata untuk dicinta semua lelaki, dibenci semua perempuan. 

And what’s on their mind? Ingat jadi kupu-kupu malam ni senang? Kena labur duit cari baju cantik untuk lekat pada badan. Pakai push-up, pakai thong, supaya tak nampak garisan bila sarung dress, pakai make-up yang macam chewing-gum melekat dekat muka. Sarung heels 5 inci menari tanpa henti macam cacing panas untuk halwa mata semua. Do you this is easy? Macam pelaburan besar yang tak menjanjikan apa apa yang untungnya cuma diharapkan adalah perhatian? 

Oh, crap. 



“You want drinks?” 

“Taknaklah, tak minum” 

“Why? Habistu setiap minggu masuk club buat apa?” 

“Untuk joget je. I wanted to be a dancer. Well you know, orang sini kalau tengok ligat sikit je stereotaip kata lucah. My mom wont allow me too.” 

“Then, kenapa tak minum? Its just a drink” 

“I did. Twice. I orang susah. Kalau minum setitik kan Tuhan tak terima doa kita. Nanti kalau I susah macam mana nak doa?” 

“Hmm, comel” 

Dia sesuatu. Sesuatu yang menggamit seluruh hidup aku. There’s something in him that makes me come back. Lain dari berpuluh-puluh lelaki yang aku pernah jumpa. I believe that bad girls are meant to be for bad boys too. Kalau itu lelaki yang aku cinta, bawalah aku pada dia. 

Rokok terakhir aku bakar. Aku cuci tangan, bersihkan muka. Campak dress merah yang basah dengan air mata, aku sambung menangis bawah shower. Aku janji untuk keluar dari dunia sundal lelaki durjana. Aku minta maaf kerana lunyaikan diri dalam dunia kejam.


p/s: I wrote this for Syahid months ago - Bukan Perempuan Sundal

9 comments:

  1. dont worry girl :)
    u hhave all the way to Allah
    He always here with u
    and I will pray the best for u :)


    -ahumbleme-

    ReplyDelete
  2. so how much u charge for 5 minutes blowjob?

    ReplyDelete
  3. Badrullah Anson, depends on how long is your dick and how stupid you are.

    ReplyDelete
  4. Its time to change...He did offer us unlimited chances... :)

    ReplyDelete
  5. wow o wow.
    standing ovation. masuk ke hati. betul2 masuk. :)

    ReplyDelete
  6. ingauan-igauan indah enak mentertawakan mimpi, -utopia trauma-

    ReplyDelete
  7. This is very very very nice !!

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  9. Very nice tshirt. I would like to buy this one. Where could I get this?
    Let me know.

    Regards,
    Tamy,
    medical assistant

    ReplyDelete