Wednesday 2 June 2010

Crazy puzzles

Hello. Hi.


Janggalnya rasa. Macam nak tanya, "Ini kan tempat kita. Kenapa rasa tak selesa?"



Cuba kita tukar kasut. Cuba kita jadi orang yang kita tak mahu. Cuba kita berhenti jadi yang sebegitu. Cuba kita jadi teguh, akur dengan segala ketentuan. Cuba kita jangan suka pertikai hak orang. Cuba kita jadi yang lebih menghormati maruah orang. Cuba kita elak dari gunakan kelebihan untuk jatuhkan orang. Cubalah jangan bangsatkan diri sendiri.

Dalam hidup, kita dapat lebih dari seribu peluang. Kalaulah dekat dahi tiap kita ada sticky note membezakan jahat dan baik, kalaulah jelas catatan Raqib dan 'Atid, senang cerita, terang-terang kita tahu manusia muka cantik majoritinya lebih perangai hodoh.

Aku pernah hidup in denial. Aku tak kata aku yang terpaling susah, aku perlu disimpati. Nonsense. Hidup dengan simpati orang tak ke mana. Hidup dengan cakap-cakap buruk orang tak ke mana. Hidup susah, kalau difikirkan susah, akan jadi lebih susah. Masa aku umur 16 tahun, aku tak fikir pun curahan hati dekat sini mampu buat seluruh hidup orang goyah. Sebab fikir aku, rasa jujur mampu buat dunia tenang. Dan sekarang bila umur aku 21, barulah aku faham yang semua tu dah boleh dipersetankan.

Ibarat manusia jahil gah bercerita tentang jihad di akhir-akhir zaman. Kita cakap umpama bijaksana, gaya-gaya macam cendekiawan, para pengikut politik, penasihat kawan-kawan. Yang kita tak tahu, Yahudi ke, tak Yahudi ke. Kadang-kadang sesama kita pun 'bunuh' sesama sendiri.


Haih, kesal.

5 comments:

  1. sokong sesangat .

    ayat last tu , mmg kena la .

    ReplyDelete
  2. Betul.
    Saya sokong sesangat.

    Berhenti membangsatkan diri.

    ReplyDelete
  3. pergh...
    poignant, darling.

    ReplyDelete
  4. sangat memahami luahan rasa ini.jatuh bangun hidup kita :tangan sendiri yang menghayun,kaki sendiri yang melangkah.Pilihlah jalan yang hendak. Just say: Its up to you, juga redha allah.
    Been through.

    ReplyDelete