Sunday, 12 September 2010

Hati besi.

Aku degil.

Selain degil, mungkin pasif. Sikitlah.

Aku tak suka mengampu. Tak suka dibuli. Jadi bila orang beri perhatian aku macam cepat terpedaya, lalu akur dan jatuh. Bila orang kata sayang aku, aku cair, lemah, dan aku pegang sampai mati. Bila orang mula kata sayang pun walaukata dia bohong aku percaya. Sebab aku pendendam. Cepat percaya, cepat terluka.

Aku tak suka perhatian untuk aku itu di alih. Bila aku rasa teralih aku diamlah. Tapi aku pantau. Aku ikut. Aku sakit hati. Aku biarkan. Aku abaikan. Lepastu aku tengok balik bila rindu. Macamtulah pada semua yang aku kata sayang. Walaukata bukan darah daging, setakat belanja tiket Mocca pun aku dah ingat sampai mati. Kalaukata kau artis sekalipun aku tetap pandang yang cuma engkau yang aku kenal dulu, buat supersaver hari-hari tanya khabar, mengadu. Yang itu. Tak pedulilah siapa kau di mata siapa, yang penting siapa kau di mata aku.

Well you know, tangan yang memberi tu memang mulia. Dan tolonglah sedar yang tangan menerima ni berbunga hatinya, besar harapannya. Nasihat, canda tawa, peluh, peluk cium, gurau manja tu semua dikira.

Melainkan kau ex-boyfriend 5 tahun aku, itu kau tak di kira.



Sebak. Terharu. Kalau surat rasanya dah lipat kecik kecik letak bedak taruk bawah bantal. Dan ya, aku tak pernah lupakan yang ini. Tak pernah. Selamat Hari Raya untuk kakak tercinta, perempuan seksi, hati besi.

6 comments: