Bila kahwin nanti, aku nak diiring oleh favorite homeboys yang akan pakai sut handsome handsome, jadi best man yang akan mengiring instead of pakai flower girls yang cliche. Cimie aku letak jadi bonzer selaku yang akan iring aku untuk hantar kepada bakal suami. Ejaz tak boleh sebab dia pendek tapi dia still in the list, ofgoz.
All will be in white. Tak sedar diri. Hitam, pakai putih. Dah taik cicak dah rupa. Eh, nak tunggu putih memang tak ah. So biar ah. Kalau pasangan aku nak pakai baju oren atau purple, aku starlite kepala dia. I want the smell of roses. Dark red roses only.
Mak aku letak atas kerusi duduk sorang, atas podium sempena Godmother of the day. Orang lain takpayah nak tumpang tumpang. Kek takpayah tinggi tinggi takda sapa nak makan nanti, bazir.
All the girls akan jadi angels, konon konon penyeri majlislah kot. Pakai apa tak confirm lagi. Lepastu akak akan buat show joget lambak version shuffle sambil libas dress 30meter. No no, all the Maybank BB / Pavi shufflers are not invited. Ini hometown punya import. Tapi part tu macam kena after party je kan. Kang yang tengok tu bapak Diba ke, mak ngah ke, Ustaz Zaiton ke, tak ke semua tepuk dahi mengucap zikir munajat nanti.
Alalalalala saja je berangan sebelum tidur. Taktau pun lagi nak kahwin dengan siapa. Kbye goodnight
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
bunyi mercun ke tu?.heh
ReplyDeletehihi. kek tak payah tinggi2.
ReplyDeleteagree..