Friday, 28 January 2011

Short notice.

Amaran: Ini bukan cerita sedih / minta simpati.

Siapa ikut aku, kenal aku dari dulu, tahu aku membesar macam mana. Kais pagi, makan pagi. Tak kais, makan kaki.

Objektif : 10 jam waktu bekerja. 12 jam harus ada di tempat kerja. Cuti sekali seminggu. 99% anti social. Balik untuk tidur sahaja. Aku nak (kena) kumpul duit sebab aku nak (teringin) sambung belajar balik. In order to be a mother (to a mother), a father, and a daughter, inilah masanya untuk ringankan beban emak supaya tak lagi bekerja di usia 62 tahun. Aku cuma nak mak sekarang sihat sejahtera, tak nak jatuh bilik air lagi, tak nak pitam tergolek lagi, cuma nak emak duduk rumah goyang kaki tengok cerita Indon Prima dia tu tanpa rasa susah hati.

Aku terpaksa lupakan hasrat nak jadi bos atas bos, kuli atas kuli. Impian nak jual goreng pisang pada waktu petang, jaga parking pada waktu malam, jual cucuk cucuk (steamboat) after midnight blablabla semua tu harus ditangguhkan kerana kurang sokongan moral dari emak sendiri, kawan-kawan pondan dan yang tak pondan. (Biadap betul gelakkan aku sampai tak keluar suara) Tsk

Jadi dengan rasa rendah diri.. aku akan jual barang-barang yang disayangi untuk menambah sedikit duit poket. Jika berminat silalah layari ruangan ini. Just a simple website yang aku asingkan hanya untuk transaksi niaga. Masih lagi terkial kial nak curi masa nak mulakan. Jutaan terima kasih pada kawan lama Noor Hazwani kerana tunjuk ajarku sifu.

Coming soon! Tunggu!

7 comments:

  1. :) definitely interested !! good luck ok! yes we're stranger, tapi aku doa semua yg terbaik untuk kau.

    ceritachenta

    ReplyDelete
  2. menarik gak.. gud luck k!! memang r kte same2 stranger tapi stranger pun lame2 leh jadi member gak kan?

    ReplyDelete
  3. all the best..niat yang baik selalunya akan dibantu ALLAH..=)

    ReplyDelete
  4. salam... ambe tertarik sgt2... pape hal pn, ambe sokong deme... chaiyok...!!!

    ReplyDelete
  5. Kita berhibur jap dengan pantun di bawah, yang dipetik dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’ hahaha:

    Pagi-pagi, sudah mencemuh,
    Si pemandu terus terdiam mengeluh,
    Bos ini jenis yang kecoh,
    Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.

    “Ada pelanggan hendak jumpa”,
    Itulah kata si setiausaha,
    Bos enggan, mengantuk katanya,
    Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.

    Bos memanggil mesyuarat mengejut,
    Ada pekerja berjalan bak siput,
    Bos pun menengking sampailah semput,
    Para pekerja terkentut-kentut.

    ReplyDelete