Friday 7 January 2011

When money breaks friendship.

Semua batak duit. Siapa tak.

Tapi bila kawan tak ada duit, katanya susah, dah dibagi pinjam. Tang masa pulang, kita pulak mengemis mintak 'duit kita', macam-macam alasan. Biasa.

Katanya tak ada duit, ingatkan tak makan ke, sakit ke, rupanya joli. Tu dah satu hal. Lepastu action tak ingat. Depan-depan tak coverline langsung. Berlagak, sombong. Biasa.

Bila kita ada duit, kalau boleh semua kawan kita nak belanja. Semua birthday suku kaum nak celebrate. Semua tak berkira. Tapi bila kita dapat rezeki sikit. Kita beli lebih sikit. Kita ada harta sikit, mengata. Menyindir. Sarkastik busuk. Biasa tu.

Macam mana semua tu jadi biasa? Sebab semua orang biasakan? Pijak bolehlah sebarang pijak. Tapi pijak tu biarlah bijak. Kalau tangan yang memberi tu mulia, tangan yang menerima tu kenalah beringat sikit.

Susah senang kita tak sama. Senang aku mungkin paling susah untuk kau. Kalau kau masih ditanggung mak bapak dan masih nak pinjam duit orang lepastu sombong berlagak tak kena tempat, baiklah rasa malu dulu sebelum dimalukan.

Masa duit aku beratus lenyap dalam bilik sendiri, sampai dengan dompet murah Topman koyak tu pun kena rembat, aku diam je. Takut putus kawan. Konon tak nak syak sesiapa takut menyinggung perasaan orang. Habistu perasaan aku?

Cuba bagi muka sikit.

Sebab benda bodoh macamnilah ada perasaan tak puas hati. Asyik nak dengki. Dendam. Pendam. Ungkit mengungkit.

Aku tak bolehlah nak terima tema "biar papa asal bergaya" tu. Kalau dah pinjam, buat cara pinjam. Kalau darurat sangat tak boleh nak ganti/bayar balik, cuba berbahasa. Bagi sebab musabab masuk akal. Kalau kita boleh lebih kurang dengan orang, kenapa orang tak boleh. Kalau ada otak mesti boleh fikir kenapa nak kena hilang kawan sebab duit. Sampainya hati? Yes, betul money can't buy friendship. Tapi mengakulah, itu yang punca.

Tak marah. Tapi menyampah. Cakaplah aku salah. Part mana yang aku salah. Then I'll tell you why. Nak aku buat class presentation pun boleh.

Tolong. Bagi muka sikit.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

17 comments:

  1. Eeeee samalah kita dompet kena curi roommate. Hahahah.

    ReplyDelete
  2. duit boleh beli semua.. apatah lg maruah pun duit boleh beli.. rasa hormat terjusl mcm tu sahaja kerana duit..

    harapnya peluang utk bg muka itu ada..
    berterus terang tu slalunya jln yg baik..

    ReplyDelete
  3. sometimes when the time is right it is necessary to show our anger a little bit.

    ReplyDelete
  4. sebab duit semua boleh lupa, semua boleh alpa..

    ReplyDelete
  5. orang jahat macam ni ada banyak.

    ReplyDelete
  6. skrg zaman ber'raja'kn duit..heh

    aku pakai tema 'biar papa asal mulut berasap'

    ReplyDelete
  7. when talk about money,suddenly we all in the same religion.

    ReplyDelete
  8. aku rasa semua penah merasa / lalui perkara nie.. Termasuk aku...Yang best kawan baik dan kini merangkap musuh dalam selimut aku. Ingat lagi kisah dimana sahabat aku (baik aku panggil dia dengan nama elok) dulu nak pinjam duit dari aku dimana muka dia masa tuh masih segar dalam ingatan simpatinya mak aihh kalah peminta sedekah (sorry buat sesiapa terasa).. alasan nak bayar duit kolej tak cukup....dengan rasa simpati dan sebab dia kawan baik aku..aku dengan rela hati bagi pinjam duit bukan sepuluh atau lima puluh tapi banyak jugak "ratusan". masa tuh aku baru dapat gaji kerja part time... alih-alih aku dapat tangkap rupa-rupanya dia beli Handphone..

    Punah jugak hati nie..Bila ditanya kenapa buat aku cam nie..dia cakap nanti dia bayar laa..Bila di tanya bila nak bayar, dia cakap awat ingat dia x mampu nak bayar ka..dan suruh aku tunggu..Tapi sampai skarang dah 10tahun...Haram... Indah khabar dari rupa...

    ishh lebih-lebih plak tulis comment kat sini..hehehe...

    ReplyDelete
  9. Hoh I kena setahun yang lalu :( alsan paling tak boleh blah!! Dia kata dia kena barah otak. Need $$ tuk buat chemo. I yang dungu ni pun bagi la sbb ingat kawan sejati plus sakit barah otak..gerun la dengar. Dan dan masukkan 1k dlm acc dia supaya dia boleh buat chemo. Beberapa hari pastuh nak pinjam lagi seribu sbb nak blk kg nak pi tgk anak dia,but I only give 200$. Fast-forward,rupa-rupanya penipu semata..duit pinjam untuk joli-joli. sedih. Bila mintak blk,mcm2 alasan dia bagi..sampai kehari ni dia menghilangkan diri...tak sangka Ada gak manusia yang mcm ni...

    ReplyDelete
  10. Pernah kena, tak nak kena dahh T__T
    tapii, terkena jugak!

    ReplyDelete
  11. wah duit.
    sgt2 terkena and akan terkena
    adoy.
    keepon terkena .
    duit kan?

    ReplyDelete
  12. aku pon penah terkena gak..tp xpe lah, dia bt kat aku, nnt org lain bt balik kat dia..

    ReplyDelete
  13. ini entri paling favourite buat masa ni. hehe. rasa macam nak forward je dekat sang penghutang biar tersedak sikit.

    ReplyDelete
  14. salam. i ni blogger baru dan jatuh cinta pada blog ini. sangat jujur dan tulus. nama panggilan pun sama. hehe.
    http://windmedan.blogspot.com

    ReplyDelete