Friday, 1 July 2011

Dosa benci.

Aku ambil masa 20 tahun untuk memaafkan.
20 tahun untuk melupakan.
20 tahun untuk aku didik hati, fikiran, perilaku supaya tidak membenci lagi.

Aku kembali ke rumah tua dengan lelaki yang aku kasihi.
Untuk kembali kepada lelaki tua, yang pernah berjanji.

Untuk orang asing itu, aku ambil dua gambar polaroid.
Satu untuk disimpan dia.
Satu untuk disimpan aku.
Tanda halal dunia seorang anak pada bapa yang lama pergi meninggalkan.

Aku pulang lari dengan senyum, lapang dada.
Sesungguhnya nikmat memaafkan itu buat aku rasa mulia.
Lalu aku hulurkan gembira pada Mak.

Lusanya, polaroid tu tergunting halus.

Cuma gambar aku yang ditinggalkan.
Runtuh dada. Yakin sungguh dah licin kebencian tu kelmarin aku buang.


Malang.

Rupanya aku lupa tanya tentang kebencian orang lain.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

9 comments:

Amalina said...

aku rasa aku mudah maafkan orang tapi orang tak mudah maafkan aku.ok, mungkin salah aku lebih besar.

Z said...

I feel you..my mom hates my birth dad too.

EZAN IDMA said...

aku juga mudah memaafkan

difficult easy. said...

aku rasa aku mudah memafkan dan melupakan. aku boleh treat orang yang buat salah ngan aku macam biasa. sampai orang pun tension ngan aku. haha.

virginia said...

forgive and forget

i am not you said...

I'm 26 and yet, forgiving my dad is not that easy.
I don't even know how to.
So I salute you for being able to do that.
Berlapang dada setelah memaafkan. I crave that.

SUXX said...

aku dapat rasakan ini

dobot said...

Ini deep.

Si Hujan. said...

Aku sendiri tak mampu membuang kebencian. Namun syukurlah rasa benci ini hanya kepada orang-orang yang tidak layak dipanggil kawan. Namun aku masih takut satu hari nanti, aku jadi seperti ini. Tak mampu membuang benci.

Post a Comment