Seusia 23 tahun aku masih gagal.
Gagal dalam solat. Gagal dengan Tuhan. Gagal dalam berkeluarga. Gagal simpan kawan. Gagal dalam banyak hubungan. Gagal untuk memilih. Gagal dimanjakan. Gagal untuk bersuara. Gagal untuk melawan. Gagal untuk pertahankan. Gagal bahagiakan hari-hari tua emak. Gagal segalanya.
Segala-galanya.
Selama aku diam, selama itu aku belajar. Hidup mendodoi hati orang, hati sendiri lintang pukang. Sedangkan yang cerita pungpang pungpang, angkat muka tak berani pandang. Borak kencang. Masih sembang bikin bimbang.
2011 was hell. Aku bersyukur Tuhan singkirkan manusia-manusia yang tak patut ada dalam hidup aku keluar begitu saja. Bohong sangat kalau kata tak sedih. Setiap perkataan terngiang dalam kepala. 15 years of mistakes and memories. Malam berwiridkan caci maki hina. Sedih sampai tidur tak lena, makan tak kena. Badan susut 8 kilo mendadak. Satu-satu terus mati luput dalam ingatan. Semua kata aku mendadah tu pasal kurus tiba-tiba.
Spiral in silence. Aku 'rakyat', kerja aku menumpang 'kerajaan'. Majority over minority. Aku tentang, aku dipanggil pengkhianat. Sedangkan kerajaan aku salah, aku masih tetap dipanggil pemberontak. Memberontak untuk hak sendiri. Hak sendiri yang dibuli-buli.
"Bukan kau sorang yang susah, ramai lagi orang susah"
"Bukan awak je yang ada masalah, orang lain pun ada masalah"
"Hidup ni bukan untuk asyik mengeluh je tau"
"You ni tak payahlah nak drama sangat"
Lancau.
Setiap sejam aku berharga RM5. Aku belajar, aku bekerja. Mengemis, mengais. Setiap hari-hari aku dibela orang. Emak aku meniti hari-hari tuanya yang tak pernah senang. Aku pakai kesakitan aku setiap hari. Kau nak aku selamanya hidup minta simpati, letak segala cerita sarat 23 tahun aku atas kepala dan lelong ke mana saja aku pergi?
Ini bukan mengeluh. Ini semua najis. Sisa kumbahan yang kalau bagi peluang aku nak berak kat muka kau. Tak habis-habis nak jadi Tuhan. Hari-hari semalam aku habiskan menangis dalam jamban. Kapasiti otak aku dah lebih limitasi. Apa lu orang dah buat ni sebenarnya? Apa lu orang nak lagi ni sebenarnya?
Kalau besi, akulah yang paling lekuk. Kalau putih, akulah yang paling comot. 6-7 tahun lepas aku budak yang cuba bunuh diri banyak kali. Setiap kali tutup mata, aku nampak muka sayu Mak. Setiap kali.
23 years old, dude. Let's do the math.
I just found another me, here
ReplyDeleteits not easy to be strong but life is quite difficult sometimes.
ReplyDeletemay God bless.
be strong. walaupun agak klise, tapi apa-apa pun kuat, ingat mak kau.
ReplyDeleteBanggalah dengan diri sendiri, sekurangnya, kau masih gagah nak harung semua. SEMUA. Sebab, mak kau. Dia inspirasi. Itu indahnya kasih sayang Tuhan kirim untuk kau, iaitu mak kau. Segala penat lelah kau, Tuhan akan balas. Percayalah.
ReplyDeleteGAGAH ya? :')
alhamdulillah. updated!
ReplyDeletelama sangat tunggu =,="
terus letak ibu paling atas.
ada habuan indah Allah sediakan di dunia dan di akhirat utk anak yg meninggikan darjat ibu ni.
gua x tahu kenapa aku terus dan terus membaca blog lu...
ReplyDeleteFor many, life starts at 23. It is time when you graduate, getting first full time job, being able to set aside some bucks for your parent and family, paying for your first car, renting first personal bedroom, buying all the clothes, perfumes and gadgets that you want, so on and so forth.
ReplyDeleteSo, worry not. There are still plenty to come; challenges that ain't pretty, more heartbreak, stressful long hours jobs, etc.
But that would all mature us and teach us to differentiate what are of utmost priorities and what are not. It is OK for everything else to fail us but never let our own self to ever put us down. Have some faith and you'll be a-OK.
Frustration is the result of living in a world that is broken by sin. You can’t avoid suffering. There will be pain, and if you aren’t careful, that pain can lead to bitterness.
ReplyDeleteGod solved your biggest problem when he paid for all your sins, including the ones you haven’t done yet. If God cared enough to save you and give you the gift of eternal life, don’t you think he cares about the problems in your daily life? If it’s big enough to worry about, it’s big enough to pray about. And if you pray about it, you won’t have to worry about it.
All of these things should remind you that God is good and he’s in control.
Thank you for sharing your thoughts. I'll take that as a daily reminder.
ReplyDeletetabah awak,tabah.
ReplyDeleteaku rasa, jiwa kita hampir sama. ya.
ReplyDeleteterus-terusan lah bercerita.
minta izin pinjam ayat pasal gagal tu semua. terima kasih.
ReplyDeleteI tak kenal U siapa. but I sentiasa salute U. hidup kena kuat. jangan kaki tersadung ujian. maaf kalau I jadi stalker blog U, but I memang minat baca setiap isi yang U tulis. Be strong dear :')
ReplyDelete