Sunday, 22 April 2012

Percuma

Kenapa you nak free education?

Sebab pendidikan adalah hak asasi? Makanan dan tempat tinggal pun hak asasi. Tapi jarang sekali kita dapat makanan percuma melainkan kita rajin pergi masjid, kenduri, birthday party. Nak makan pun kena berbelanja. Nak sambung nyawa, makanlah biasa-biasa asal ada. Nak tempat tinggal mewah kena beli rumah besar. Kalau tak berlaku akad jual beli maka tak terjanalah ekonomi negara. 

Kenapa you occupy dataran? You tak ada assignments ke?

Istilah negara kita, apa saja mentaliti you yang against the government adalah dikira menentang. Dan you mungkin akan dianggap pengkhianat. Mungkin niat you baik, tapi you terikut golongan yang salah. Ifa Raziah baru join gang lawak dengan Singaporean pun dah dianggap pengkhianat negara. Dengan gempa bumi yang tak menyedarkan sesiapa, hujan lebat setiap hari, you duduk berkhemah dekat Dataran susah-susahkan diri. Mak you tak risau ke? Kalau Mak I mesti dia sedih.

Kenapa you nak mansuhkan PTPTN?

I selalu ada masalah dengan PTPTN. Tapi baru I sedar masalah I taklah sebesar masalah you guys. PTPTN sejak azalinya memang ketat dengan rules & regulation yang leceh dan staf yang tak semesra (macam iklan RTM). Tapi I bersyukurlah, I dapat pinjam PTPTN disebabkan I tak mampu nak bayar sendiri dan tak sanggup nak susahkan Mak I lagi. Nak pinjam Along takut masa depan gelap. Dari you protes-protes apa kata you usulkan PTPTN supaya mansuhkan interest 1%-3% tak perlu ujrah? Pinjam 50K bayar 50K. Jadi orang macam I tak perlulah mengabdikan diri bayar hutang sepanjang hayat.

IPTA yuran murah pun masih pinjam, masih mogok. Yang IPTS yuran haram jadah mahal dah sah-sahlah kena pinjam kalau tak mampu. Sebab kuota orang yang tak mampu banyak tercampak dekat IPTS sebab kuota IPTA dah penuh dengan orang yang mampu. Apa kata turunkan harga yuran supaya orang mampu bayar. Bila mampu, tak perlulah pinjam.

You mogok dan protes bila you dah pinjam habis. You tak nak bayar sebab you kena blacklisted dan tak boleh pergi oversea. You dah pakai beli laptop, beli motor baru untuk pergi kelas, you bagi boyfriend you pinjam, you belikan family you hadiah, makanan, baju baru and sekarang you nak halalkan untuk diri sendiri? Mazhab mana you belajar ni?

You rasa pendidikan percuma perlu untuk tolong orang macam I? 
You suka ke kalau orang pinjam duit you dan halalkan untuk diri sendiri? 
Kalau you suka, I nak pinjam.

11 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Tanpa PTPTN, aku tak mampu nak bayar yuran unisel. Tu pun dapat half dah bersyukur sgt.

    ReplyDelete
  3. isu PTPTN ni mmg menarik.tp rupe2nye rmai mahasiswa xterbuka minda utk kaji betul2 knp sistem ni rmai org protes.
    honestly,aku bukanlah explainer terbaik.setakat yg aku tahu,yg aku jelas,ptptn ade unsur riba.as muslim,riba mmg haram n kite sume tau psl tu.even kadar kenaikan bunga utk byrn ptptn tu hnya 1% je per year tetap haram.

    keduanya,pendidikan merupkan hak asasi dlm islam.maka seharusnya klo ikut sistem pemerintahan islam,pendidikan ni slh satu hak asasi rakyat yg kerajaan mmg kene bg percume.tp since kerajaan kite skrg menjdkan pendidikan ni sbg satu medan utk bussiness,maka rakyat terpksa menanggung akibatnye.

    ketiga,just fikir utk generasi akn datang,ape akan terjd if sistem ni masih diteruskan?n jgn fkir utk kesenangan diri kite je skrg but think 5 or 10 years akan dtg.

    okies,tu je skdr my humble opinion.aku hrp golongan muda berfikir,amik tau psl sesuatu isu,kaji betul2,baca pendpt dari dua pihak,jgn main hentam ikut suke kepala je.nmpk sgt xbijak.
    peace no war ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg 1% riba. Tp student bersetuju nak pinjam so tak kategori riba. Ptptn ni optional. Nak pinjam atau tak nak terpulang. Kalau tinggi sgt bunga, jgn pinjam. Besides, takde 1% tu mcmne nak bg gaji kt staff ptptn. Mana ptptn nak dpt untung utk bayar gaki pekerja kalau takde 1% tu? Dlm islam WAJIB bayar hutang. Walaupun takde bunga tp WAJIB. Masalahnya, dorang mintak mansuhkan. Spe yg tak ikut cara islam?

      Delete
  4. I am not in any side. I'm giving my own opinion in my own context. 5-10 tahun akan datang, aku pun taknak anak aku duduk goyang kaki mengharapkan semua benda percuma. sebab kalau ikutkan dalam Islam juga, you have to work to achieve something. bukan duduk, dan bantah.

    everyone has their point of view. thank you for your humble opinion. :) jom datang debat PTPTN KJ vs Rafizi di Kompleks Belia, Seksyen 7 Shah Alam. Maybe they have their opinions too! :)

    ReplyDelete
  5. kalau macam tu , saya pon nak bantah lah sebab masa belajar mengaji quran dulu kena bayar kat ustazah setiap bulan. free education !!

    ReplyDelete
  6. I pon sama
    Setiap sem tepaksa pay 1k above
    Omg i actually bukn org senang...nk mkan lgi..beli buku lgi...mne ade duit...ni semua memang xadil
    ..sedih cgt idop kt ngra mcm ni..

    ReplyDelete