Saturday, 16 June 2012

Selamat Hari Bapa.

(Dedicated to all pretty boys, handsome men, and beautiful father out there)

Lelaki bagaimana yang ingin kau jadi?

Lelaki warak, patuh agama, perangai sopan?
Lelaki minum arak, main judi, kaki perempuan?

Lelaki yang paling agung adalah lelaki yang akan jadi bapa. Yang mana bila tiba mula pegang nafkah dan berhenti segala mungkar.  Lelaki yang macam mana layak dipanggil bapa. Lelaki yang azankan anaknya ketika lahir. Lelaki yang menjaga tiap detik sukar isteri dan anaknya. Lelaki yang jadi imam dan wali perempuannya. Lelaki yang melindung isi keluarganya. Lelaki yang cuba melengkap segala.

Pergi sekolah tak berhantar. Tak ada tangan bapa nak disalam tiap pagi. Untung nasib jiran yang hantar. Itu pun kadang disalah erti. Tiap penyampaian hadiah tak ada nak tangkap gambar. Tak ada siapa untuk membanggakan. Tak ada bapa untuk tenangkan bila berdebar. Tak ada bapa yang usap kepala menenangkan. Tiap kali diraba, dicaci, dihina, langsung tak dilindung. Kalau datang pun Ayahanda Abang-Abang Long, yang sepatutnya ada, ialah ayah kandung.

Apa ini yang kau nak untuk seorang anak?

Kau nak sepanjang hayat hidup anak kau punya perasaan dengki pantang tengok anak orang dipeluk bapak? Dengki tengok anak buah sendiri dibelai abang ipar? Kau nak anak kau berpeleseran macam budak tak ada bapak? Merayau macam langsuir tak ada tuan?

Anak yang senang-senang orang panggil liar. Anak yang sering ada masalah isi borang butir bapa, masalah daftar sekolah, masalah mohon biasiswa sebab kehadiran kau tak dikenalpasti hidup mati? Kau nak anak kau habiskan tiap air mata setiap hari mengenangkan kau yang lupa janji-janji? Yang setiap detik pikul rindu cuma pada binti?

Jangan jadi lelaki yang kau tak mahu anak perempuan kau kahwini. Tolong jaga anak isteri. Jadilah bapa yang satu hari anaknya tahu mengenang budi. Be a good man to your daughter; for her to get a good man in the future.




I am still nobody. This is not an advice. 
This is only a piece of thought of a denial daughter who never wish her own father 
"Happy Father's Day".





Happy Father's Day, Abang Eddy. (brother-in-law)

Selamat Hari Bapa, Abah Hasli. (My 4-days-father in Tioman)

7 comments:

  1. nasib sesorang manusia tu lain2 kan.. ape pun.. thanx for the good advice.. =)

    ReplyDelete
  2. maaf kerana saya tak dapat bayangkan bagaimana berada di tempat awak, tapi bersabarlah. tapi relakanlah. Allah bersama orang2 yang sabar. *hugs* rindu dah lama tak jadi pembaca. harap sihat2.

    ReplyDelete
  3. ya,bersabrlah,moga kau terus kuat dan tabah :')

    ReplyDelete
  4. that makes u strong. nice though.

    ReplyDelete
  5. u are strong enug.come let me gv some father hug.. gaga..

    ReplyDelete
  6. That pak cik hasli. We call him pak su seli here. Btw, I'm from tioman :)

    ReplyDelete