Tuesday 28 August 2012

Apa itu Tentang?

Amboi manjanya nak kena explain apa itu zine. 

General definition of ZINE: So-called-magazine; a noncommercial often homemade or online publication usually devoted to specialized and often unconventional subject matter. Zines are written in a variety of formats, from computer-printed text to comics to handwritten text. Print remains the most popular zine format, usually photo-copied with a small circulation - Source

Sebagai contoh, masa zaman aku sekolah, senior akan fotostat zine hitam putih dan jual dengan harga RM2-RM3. Dengan harapan, ideologi grunge-punk-skinhead akan tersebar kepada kawan-kawan dan junior-junior. Maka mereka akan terpengaruh. Bila lepak/pergi gig/ponteng sekolah bolehlah sembang, "Eh ko ada knowledge ak? Aku ada dow knowledge grunge".

Krik krik.

Asal ada collection dah kira gempak ah. Haih. Been there, done that. 

Mula-mula ia macam angan-angan saja print suka-suka untuk simpanan sesiapa. Tapi bila tiba-tiba ada banyak yang minta, rasa terharu hati ini dan print lagi. Dan mungkin jugak pengaruh akibat Instagram Kak Fynn (Thank you Iron Laydayyy) Sebab semenjak tu hari-hari orang bank in duit rasa lagi super-terharu-sampai-haru-biru hidup ini ditambah apabila Brother Boi (nama 3line dia kot) orang yang paling bertanggungjawab untuk printing hilang cuti beraya lama sangat. Maka terhutang order 50 naskhah dengan pembeli sekalian. Jangan risau, bendalah ni takkan habis sebab aku buat sendiri. Chill.


Tentang, TENTANG:
1) Zine hasil tangan sendiri. Koleksi entri-entri blog dari umur enam belas - dua puluh tiga tahun.
2) Kandungan? Some of the entries are not from the blog. So you can't find it here. 
3) Tetap mengekalkan ciri-ciri oldskool zine iaitu black&white, A5 size, 30 pages, 15 sheets. Tapi dengan kertas yang berkualiti sikit dari biasa. And it's printed, not photocopied.
4) Bila cakap pasal DIY, maksudnya 99.9% buat sendiri dari segi pemilihan kertas/layout design/gambar.





Cara order:
1) Email nama/alamat/nombor telefon kepada gdsjht@gmail.com
2) Bila terima no. akaun, bank in RM10 kepada nama panjang berjela yang akan diberi.
3) Simpan detail resit (masa/tarikh) supaya boleh dijadikan rujukan kelak.
4) Tunggu giliran sebab aku akan pos via Pos Ekspress ikut masa bayaran. (Kalau tak sabar sangat boleh self-pick up okay?)





Pesanan penaja:
Janganlah bank in tanpa beritahu. Ia akan membuatkan aku curious dan panik apahal banyak sangat orang bank in duit tiba-tiba ni. Aku cuma manusia biasa yang tak boleh ingat nama/alamat orang serta merta. Sila ikut cara order yang tertera. Mudah bagi awak, mudah bagi saya.

Orang kata anak yang tak ditanggung nafkah oleh bapa considered anak yatim. You know how big the ganjaran if you buat baik dgn anak yatim kan. Semoga Tuhan balas budi baik kamu-kamu yang bank in lebih, yang hargai pembelian tu, yang tak putus-putus jadi motivator. Sangat bermakna bagi aku.

I'm selling my stories, man. Kalau suka, Alhamdulillah. Kalau tak suka, ada yang terlepas pandang, tak puas hati, mohon halal dunia akhirat. Tiada paksaan. DIY sangatlah risky. Segala kesulitan printing/posting amatlah dikesali kerana semuanya berlaku diluar kawalan. I can't hire anyone to sell my pieces, anyway. Belasah saja, yakin boleh.


p/s: Feel free to give some review? Leave a comment/email me at gdsjht@gmail.com. Zzzhankyou!

7 comments:

  1. kalau kat sabah pun bank in rm10 jew ?

    ReplyDelete
  2. Ari tu memandai2, pegi carik buku ni kat Lejen Press Subang, Xde. Ok. I'll email you today.

    ReplyDelete
  3. it's a great piece untuk simpan buat kenangan, buat tunjuk kat anak nanti "ni lah favorite blogger mak masa muda. mak pernah nampak dia kat danau tapi pandang dari jauh, eksaited nak mati seminggu" hehe

    ReplyDelete
  4. interesting.. dah wat zine lagi.. cover pun menarik.. tapi kalau self pick up cane care lak? kne bank in duit dulu gak ke? hmm

    ReplyDelete
  5. hmm. bole preview sikit tak isi kandungan dia? adakah ianya gigarap dari blog lalu hampir menjadi novel tapi tak boleh lalu hanya menjadi zine?

    mohon pencerahan. mungkin saya nak beli kalau menarik.

    ReplyDelete
  6. Menarik.Mungkin akan dapatkannya.

    ReplyDelete
  7. Masih boleh order lagi ke? Sangat berminat :)

    ReplyDelete