Ditinggalkan memang rasa sakit. Tapi waktu tu aku nekad untuk meninggalkan.
Lima tahun yang aku rasa dah cukup untuk rasa segala rasa.
Thought he was the man. Sadly, he was just a boy.
2010. Aku akan habiskan masa dekat office dengan online sampai lebam layan perasaan dengan lagu-lagu Indo mengubati duka nan lara. Selalunya, Amar akan ada untuk kacau aku dengan lawak-lawak lucah dia, tapi sejak bulan puasa Amar jarang ada dekat office sebab berbuka dengan keluarga. Aku akan leka online sampai Maghrib, dan tunggu kawan baik aku, Cimie untuk jemput balik.
Aku selalu datang bulan awal puasa. Jadi masa aku akan dihabiskan macam biasa dengan faks invoice, tunggu email, jawab call sampai tak sedar Maghrib. Ya, selain tu Facebook lah apa lagi. Ada sorang budak yang aku baru perasan dia junior kolej masa diploma dulu asyik komen. Panggil aku gemuk. Cakap pasal club, mabuk tergolek, private party. Cakap aku cantik, tapi tak ada kredit. Aku tak faham, aku malas layan. He’s must be one of the douchebags yang suka sembang gebang. Komen memanjang nak menyakat. Dia suruh aku save nombor telefon dia, aku kata aku tak pernah save nombor orang. Konon-konon jual mahal padahal dia tak tahu aku masih dalam waktu ‘berkabung’. Aku cuma tinggalkan nombor telefon dan aku tak berminat nak sambung conversation seterusnya.
Aku masih ingat lagi Ramadhan kali tu. Amar balik awal sebab nak tolong Mak dia beli makanan dekat bazaar. Mak pergi terawikh macam biasa. Aku selalu lambatkan buka puasa sebab tak tahu nak buka dengan siapa dan rasa bodoh bila makan sorang-sorang dekat NZ. Tiba-tiba budak tu inbox ajak pergi bazaar Melawati. Aku rasa dia mesti tinggal dekat Kemensah tak pun budak Melawati tapi tak pernah pulak aku Nampak dia dengan budak-budak Melawati. Jadi aku decide untuk ikut sebab pergi bazaar je kan. Wangsa Maju dengan Melawati tak jauh mana pun.
Seingat aku, itu kali pertama aku jumpa dengan dia. Dia tunggu dalam Myvi Putih depan CIMB Wangsa Walk. Aku rasa janggal sebab aku dah lama tak keluar dengan orang, dan tiba tiba keluar dengan stranger, pergi bazaar? Okay.
“Eh sorry ah kereta orang bujang, sepah sikit”
“Eh takpa”
Dalam hati “Hak elah. Ayat cliché coverline memang tak pernah kemas kereta. Tapi not bad lah… Takdalah sepah sangat. Wangi pulak tu. Kereta mak lah ni--”
Kami tiba dekat bazaar awal. Tak ramai orang. Baguslah tak semak, harap-harap tak jumpa sesiapa. Puasa yang keberapa itu kali pertama aku turun bazaar. Aku masih dalam mood ‘janda’ yang tak mahu jumpa sesiapa. The moment was awkward. Nak berjalan dekat bazaar buat kali pertama nak sembang apa? Kami jalan melintas satu gerai jual keropok. Abang tu nyanyi lagu keropok Moni yang buat aku pecah perut gelak, dan dia pun. Thank God, at least, ada benda nak gelak dan borakkan.
“Boyfriend kau yang dalam gambar Facebook tu kan? Handsome gak”
“Gila stalker kau ni. Handsome? Kau gay ke?”
“Hahaha. Taklah, bagi aku kalau lelaki dia handsomelah jugak”
“Handsome kan. Macam aku”
“Ya, kau memang paling hemsem. Eh kau keluar dengan aku ni, boyfriend kau tak marah ke?
“Entah. Tak marah kot--”
Aku malas nak jawab. Dia nampak macam beli banyak. Kami berhenti dekat tempat bubur lambuk. Dan budak perempuan tu usik aku, “Kak, ni boyfriend eh? Nak mintak nombor dia boleh?” “Eh taklah. Mintaklah!” Aku sambung gelak lagi. Hari yang sangat janggal. Janggal yang ganjil. Petang puasa terisi dengan gelak yang dah lama aku tak rasa.
Sampai kami lalu dekat lorong tengah nak beli tauhu sedap Melawati. Tauhu tu selalu orang beli awal sebab dia cepat habis. Tauhu Anora. Untung kami sempat beli. Sebaik saja aku pusing belakang, aku nampak dia. Bergoncang sekejap dada aku. Boyfriend yang aku tak tahu apa status kami lagi masa tu betul betul depan mata. Dia berdua, dengan Noah, teman seganja. Pandang aku tepat pada mata.
“You dengan siapa?”
“I dengan dia ni.. kawan I”
Mereka salam dan senyum. Dia senyum sinis pandang aku. Mesti dia fikir bukan-bukan lagi pasal aku keluar dengan lelaki. Kami berlalu dalam arah bertentangan. Ah, biarlah. Aku terus tak pandang belakang lagi. Sebab itu yang aku janjikan dengan diri waktu aku habiskan masa-masa noya aku dekat office fikir masak-masak.
“Eh tu boyfriend kau yang handsome tu kan?”
“Haah”
“Eh dia tak marah ke?”
“Entahlah”
“Tapi dia salam aku macam okay je”
“Kalau okay, okaylah”
“Dia salam sebab nak pass kau kat aku kot”
“Ha-ha. Bodoh sial kau ni...”
Aku ingat lagi Ramadhan kali tu.
Bubur Lambuk. Tauhu Anora. Keropok Moni.
Aku tak pernah lupakan. Dan tak akan lupakan.
It was a perfect Ramadhan.
kesudahan dan seterusnya?
ReplyDelete:)
cant wait to read more.
seronok.
Ah, cerita tergantung!
ReplyDeleteMohon episod two. hihi.
Oh ya, selamat ramadhan!
sambungannnn ? hahaha :D
ReplyDeleteBestttt baceeee !
please sambungggggggggggggggg. ;)
ReplyDeletekeropok moni pun bole :P
ReplyDeletekeluar dengan stranger?
ReplyDeleteaku juga pernah rasa.
sebab?
sebab taknak orang tahu,aku dalam mood berkabung waktu itu.
HAHA