Friday 25 January 2013

Terfaktab Launch Party

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Disebabkan kesibukan melampaui batas, bukan sibuk jaga tepi kain orang. Tapi sibuk cari sesuap nasi dan sibuk belajar supaya lagi 340 hari lagi dapat keluar dari Malaysia. Makanya, lebih baiklah kita terus terang saja. 

Anda semua dijemput hadir ke majlis pelancaran Syarikat Terfaktab Media dan tiga buku terbarunya;

1# Kitab Terfaktab 3: Sarkastik Cinta
2# Diorama Eksisten
3# Makan Dalam

Tempat: Grafa SS15, Subang Jaya (landmarks: Asia Cafe, Uya Bistro,  IAMLEJEN)
Masa & tarikh: Sabtu, 5 petang, 26 Januari 2013
Tema: Back to School

Eh kenapa I sibuk-sibuk nak promote pelancaran ini? Oh ini adalah kerana ini adalah tanggungjawab I sebagai pekerja yang tak boleh commit 100% sebagai pekerja mithali kerana masih belajar. Dengan harapan dengan cara ini juga boleh membantu promosi dengan tidak langsung. Dan ya, adalah satu-dua artikel saya tulis untuk KT3 tanpa sengaja. *tekup muka* 

Diorama Eksisten pula adalah kesinambungan dari Lelaki Eksistensial oleh Nami Cob Nobbler. Manakala pula Makan Dalam adalah himpunan antologi dogma (kepercayaan) beberapa blogger Malaysia tentang isu semasa. Ya, kedua-dua rekaletak & rekabentuk oleh saya. *batting eyelashes*

Kenapa tema Back To School? Entahlah. Tanya Terfaktab.

Mungkin untuk mengimbau cinta monyet pertama? Mungkin juga kebanyakan pembaca adalah remaja sekolah. Atau mungkin Terfaktab saja dajal nak suruh semua orang-orang tua berbulu nampak geli sarung baju sekolah kot. 

Bingung tak ada baju sekolah untuk pakai sewaktu pelancaran? Jangan risau. Jadilah kreatif dan inovatif. Anda boleh datang menyamar sebagai cikgu sukan, tukang kebun, makcik kantin ataupun pak guard sekolah!

Jumpa nanti!


2 comments: