Monday 29 April 2013

24

You don't know how much this number has been manipulated my life. I can't explain much.

I heard age is just a number. I bet weight is just a number too. Well, you know.. I've been so rebellious all this while disebabkan psychological and surroundings. I've been built by hatred and resentment. Rata-rata 80% jiwa dan jasad aku diselaputi baran. And you knew that.

300 hari dah tamat. This one friend, bila aku nak sembang pasal 'dulu' mesti menyampuk "Dulu dah habis, bro". Sampai aku diam. Dan bila masa aku berniat nak bercerita pasal 'dulu' lagi, phrase itu terngiang dekat telinga dan membantu untuk aku tak bercerita. Bercerita secara lisan dan juga bercerita dekat sini. 

Syukurlah, Tuhan dengar satu-satu dari ratusan doa aku. Dan mungkin juga doa-doa orang jauh untuk aku. He's being great all this while, cuma aku leka dan terlalu hidup in denial. Apatah lagi jauh dari sempurna. 

Tiga hari sebelum hari jadi, kawan yang tujuh tahun dulunya pagi-petang-siang-malam chatting dalam YM ditakdirkan Tuhan datang. Social media in terms of dulu dan sekarang kan jauh beza. Jadi aku pandang itu satu miracle as in hadiah hari jadi dari Tuhan. No words can describe betapa bersyukurnya aku jumpa dia buat pertama kali selepas tujuh tahun. Zaman Orbit Cinta Benjamin lah ni.

Tujuh tahun mestilah ada banyak benda nak cerita. Masa umur 17 cuma cerita pasal gig dekat OU, band apa perform hujung minggu, siapa top friends dekat Myspace, tukar-tukar lagu Indie. Dan bila jumpa balik, that kind of feelings yang kau banyak gila benda nak cerita tak tahu nak mula dari mana.

To see your sleeping partner berubah setelah lebih sepuluh tahun kau kenal dia was such a miracle. Happiness dia kau boleh rasa. Walaupun segala benda yang dia dapat tak ada kena menegna dengan kau, seeing her being happy in her own atmosphere makes you happy too. Maksud rasa memang betul-betul rasa. Ah susahnya nak explain! Dan kau sedar dalam banyak-banyak kawan yang baik sebenarnya adalah kawan yang mengingatkan solat masing-masing.

Dan cuba flashback hari-jadi setiap tahun. Aku rasa kebanyakkannya kelakar. Aku pernah kena lempang dengan Emak sebab minta Ayah untuk hadiah hari jadi. Masatu aku rasa dia kejam sebab lempang sekuat hati 360 darjah buat pertama kali. Seumur ini bila fikir balik sebenarnya aku yang kejam sebab minta benda yang luar kemampuan dia.

Kenapa 24? Secara ringkasnya, 24 umur kononnya nak tunang-kahwin. Tapi Tuhan denda sebab nakal sangat. Jadi Dia tak tunaikan impian sebab kita tak tunaikan apa yang patut. Kenapa 24? Sebab masa galau itu hari automatically kita akan jadi kreatif inovatif dalam pasif. Banyak saja benda nak dihasilkan termasuklah kononnya buku sekual Tentang bertajuk '24' yang manuskripnya dah tulis separuh nak dipendekkan cerita Mikaela (Mac yang pertama) tiba-tiba jahanam. Tuhan sampaikan mesej "Susah sangat kan nak berganjak dari sedih, mari aku jahanamkan semua". Maka, jahanamlah Mikaela dan bukti-bukti sejarah-manuskrip-gambar segala dari sebuah laptop yang banyak berjasa dalam tempoh masa itu. Dengan itu lahirlah Akira (Mac kedua) dalam hidup ini, sebagai peneman baru. Nampak tak terang-terang Dia tolong? 

Dunia terlalu kecil bila semua orang berkait dengan semua orang. Duduk satu meja, ex-girlfriend dia kahwin degan ex-boyfriend kau. Minggu lepas orang yang dua tahun dulu ajak kau kahwin delete kau dari Facebook. Musuh kau dulu kawan baik dengan kawan baik kau. Ex-girlfriend orang yang kau suka bestfriend kepada bestfriend kau. Dan dua orang yang satu suka kau zaman Mesolitik dan Paleolitik happened to be buddies? The fact is you don't know where exactly do you stand. I can say that I am desperately need people with positivity untuk neutralkan aku yang sarat dengan negatif ini. Ingat tak lemas ke? And to say that I am glad that Tuhan aturkan what kind of people yang patut masuk dan keluar dari hidup kau, yes, I am now.

Sempena hari jadi, dengan rendah diri aku minta maaf dengan kawan-kawan, dengan sesiapa saja yang pernah aku sakiti. Yang pernah makan hati ke apa-apalah, aku minta maaf sangat-sangat. Everyday is a learning phase. People changed. Feelings changed. Kita cakap pasal hidup. Pasal syurga neraka. Pasal dosa pahala. Pasal penyesalan dan hikmah segala benda. Kita nampak leka, tapi kita struggle nak cuba peka. As time flies, aku percaya semua ada hikmah. Kenapa aku masih dekat sini, menulis ini. 





Hadiah hari jadi untuk diri sendiri. Untuk Emak. Untuk yang selalu mendoakan. Dan untuk semua yang pernah meninggalkan. Nah.

5 comments:

  1. "Dan kau sedar kawan yang baik sebenarnya adalah kawan yang mengingatkan solat masing-masing."


    saya suka ini sangat :)


    everything comes with hikmah. it good to live with a new chapter, but not forgetting, what makes us moving on to the next page of life

    :D

    ReplyDelete
  2. aku sndiri xtau knapa dr atas smpi abis ak stuck baca.

    ReplyDelete
  3. Tahniah for the dean's list. See, your life isnt that bad :) You lose something, you gain a lot of thing. Pengalaman banyak mengajar, dan mematangkan.

    When I was 24, I was cheated by my fiance. 5 tahun bercinta, sebulan bertunang dia dah ada skandal. I was in mess sebab masa tu struggle dengan projek tahun akhir degree. I lost everything; hidup yang I bina, kerja di press, duit, masa dan segalanya just to win him back. Hidup separuh gila, ended up dekat hospital with 6 stitches on my left wrist. And that was a really good wake up call. So, I left.

    And, betul orang kata, if you want a guy to pay attention to you, stop caring about him. Hehe

    Now, I'm 28. I married that guy (kahkah kelakar). His ex-gf(yang hari-hari maki I dulu), turn out to be my bff's cousin, juga my other bff's cousin's bff. Life is complicated.

    If there's one thing I should learnt from that is; peoples changed. Semua orang boleh tinggalkan kita, tapi Allah tak pernah tinggalkan kita.

    Sorry, komen terpanjang tetiba.

    ReplyDelete
  4. And to make this life is more beautiful, random thoughts jumpakan I dengan comment macam ini. We learned from each other as strangers kan?

    Yup the keyword is the 'wake up call'. Thank you for sharing!

    ReplyDelete
  5. you may not know me, but few years ago i slalu baca ur blog since many years behind..

    sampai i pun dah tukar blog lain & recently bru stat nk active blogging balik..

    today bukak ur blog for da first time after many years & saw that dean list award of yours..

    percayalah kak, aku sungguh tumpang gembira (dan bangga) dari jauh

    tahniah.

    ReplyDelete