Tuesday 17 December 2013

Lepas.





Orang kata, some things are better left unsaid. Hidup adalah syurga apabila kita hargai sekecil kecil benda yang neraka asalnya. Kuat manalah pun besi, diketuk tiap hari, tetap bengkok tetap lekuk. Apatah lagi manusia jahil tinggal masa tunggu roboh. Manusia perlu ruang untuk rasa bila diri bukan lagi yang semalam. Ruang, bukan peluang.

At one point I almost giving up.

Niat kita melaksanakan yang wajib. Bukan ke keperluan lebih mengatasi kehendak? Ada dosa yang perlu dialih-kuasanya. Ada tanggung-jawab lagi yang perlu dikerjakan. "When she is a daughter, she opens Jannah for her father". Selalu dengar harapan ayah untuk anaknya. Tak mahu dengar apa harapan anak pada ayahnya? Bila peluang diberi manusia dan bukan lagi Tuhan, betapa sempitnya nak bernafas. Sampai ke akhir garisan harapan, masih tak siapa yang kisah.

Sekecil kecil penghargaan, kasih sayang, doa makbul atau tidak, yang kita tahu memberi jauh lebih mulia dari yang menerima. Ada benda yang menyakitkan kita buat juga dalam gelak tawa canda. Kalau hidup yang aku kongsi, beri erti, besarnya hati kalau dapat aku pulangkan dalam sekecil kecil doa terima kasih. Kalau niat berkongsi disalah erti, cukuplah simpan dan benci. Ribut banjir taufan pun reti berhenti, yang suka tokok tambah bila lagi?

Dah tiba masanya untuk buktikan bukan aku yang betul, tapi kau yang salah.



4 comments:

  1. "ribut banjir taufan pun reti berhenti, yang suka tokok tambah bila lagi?"
    suka yang ini (Y)

    ReplyDelete
  2. kak awin, congratulation for yr upcoming wedding :) may Allah bless your marriage till forever.
    sincerely, your cousin ;)

    ReplyDelete
  3. hi awin, lepas sebulan nnt jumpa aween and ame. for now, takut.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, saya blogwalking kat sini, jemput datang ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com;)

    ReplyDelete