Tuesday 20 May 2014

Maka tersebutlah kisah.



I took my own sweet time from not writing here, as I usually not interested in making stupid people famous. But today, I was forced to write again to speak on behalf of me and myself, because people like me, only have limited option and have to speak only for myself as I don't need any lawyer or may be I can't even afford one? *cough*

Ini adalah SALAH SATU, print screen yang saya terima dari kawan-kawan sewaktu saya sudah pun 'melupakan' apa yang terjadi setelah 5 bulan berlalu. Ada pelbagai jenis manusia dalam dunia, salah satunya punya duit tanpa akal, dan rasa duit mampu selamatkan kesalahan. Dan tindakannya seperti menggali kubur sendiri, by playing victim.

Adalah tindakan yang sangat kurang bijak bila kita rasa kita punya kuasa dan duit semata, kita boleh bercakap sesuka hati kita dengan merasakan orang lain akan tutup mata tutup telinga dan turutkan saja. Pura-pura seperti dia yang paling teraniaya. Perlukah saya jelaskan lagi apa yang sudah terang lagi bersuluh? Tak apalah, kali ini saya rasa rajin dan terpanggil untuk buat presentation for human behavior analysis. 

Print screen di atas menunjukkan antara perbualan di laman komen Instagram pihak yang bertanggungjawab yang kononnya difitnah dan menggesa supaya sesiapa yang memfitnah untuk memadam kenyataan online mereka. Saya cuma mampu senyum, jika saya orang yang dimaksudkan, pelik juga memikirkan 'sebuah syarikat Melayu yang kononnya berprofil tinggi' goyah dengan kenyataan saya yang bukan siapa-siapa ini.

Sekilas ikan di air kita dah tahu jantan atau betina (kalau pondan saya tak tahulah). Tak perlulah terlalu gigih untuk buat beberapa account palsu semata mata untuk membela kenyataan sendiri. Kalau suruh budak darjah 6 tengok pun mungkin akan digelakkan. Dua dari account Instagram yang memberi kenyataan balas mempunyai follower yang sikit, cara penulisan komen (tanda noktah, ejaan etc), menggunakan default picture pihak itu sendiri. Terdetik di hati, yang menulis kenyataan dan membalas kenyataan menggunakan lenggok tulisan yang sama. How can this be a co-incidence? Here comes the analysis.

Bila diri sendiri tak mampu nak membela diri, dan takut dengan bayang-bayang sendiri, pihak ini cuba berada dalam majoriti. Ingat ya, kuasa majoriti tak bermaksud di pihak yang benar. Bila ada yang bertanyakan tentang kes yang sebenar, pihak ini akan menjawab "you can talk to my lawyer" mengelak daripada menjawab kenyataan itu sendiri supaya dibaca ramai. Sesiapa yang meninggalkan komen berunsur pertanyaan terhadap kes yang terjadi, mereka akan padam dan block akaun Instagram itu serta merta. Bukan satu dua yang kena, tapi ramai.

Sebelum bercakap tentang fitnah secara terbuka, dan mengharapkan 'lawyer' semata, bawak-bawaklah diri untuk ulangkaji Defamation Act 1957, under Libel & Slander. Atau mungkin pernah dengar SKMM dan Sekyen 404?

Correct me if I'm wrong. I used to be an intern in Petronas. We worked closely with social media specialist, as well as Google and some expert media agencies. We have software that can detect fake account and attract traffic. Mungkin tak banyak ilmu yang saya dapat ketika bekerja, tapi Inshallah saya masih boleh detect kalau sesuatu akaun itu palsu atau mencurigakan. Lagi-lagi kalau kebanyakan yang memberi komen balas bukanlah bercakap tentang isu yang sepatutnya tetapi bercakap tentang perkara yang tidak ada kena mengena, dan menyerang peribadi saya.

Kadang-kadang kita memang sengaja tunjuk bodoh supaya orang boleh tunjuk pandai. 

Seperti anjing, sudah dia kita beri makan, kita juga yang digigitnya.
Seperti anjing, sudah dia kita lepaskan, makin lagi kita diserangnya.

Ini hanyalah mukadimah.
I believe truth can wait.
5 hari, 5 bulan, 5 tahun siapa tahu kan? :)



Yang benar,
Blogger berangan.

4 comments:

  1. Be Strong as usual.Ini cumalah isu kecil "celah gigi" sbb sy yakin awin pernah hadap yg lebih teruk dari ni.am I rite?but.sekecilkecil isu ni u still have to fight for your rite.don't worry awin."blogger berangan" ni punya ramai pengikut n penyokong samada sedar atau x.mungkin lebih ramai dari pihak sana.who knows?.

    ReplyDelete
  2. Truth will prevail. Sooner or later

    ReplyDelete
  3. HAHAHAHAHAHHAA,

    maluuuuuuuuuu, create akaun sendri. booooooooo!!! malu la sikit PONDAN! hahaha.

    truly,
    Syakilla Nordin,
    bukan pondan, tak perlu lawyer dan bukan berprofil tinggi.
    booyah!!

    ReplyDelete
  4. tengah cuba hadam apa yg tgh jadi

    ReplyDelete