Tuesday 16 December 2014

Farewell 2014.

I remember when the first time I wrote on gdsjht in 2006. All I had was anger.

Most of the entries were all about disappointments towards surroundings and society. Maybe that's just how I divert my anger. When I stopped writing, I started beating (Totally another story). Because I was beaten mentally and physically, I couldn't longer divert the anger into something safe. Time changing, life changing, lesson learned. I improved my anger management.

It's like a disease & when it's cured I feel so grateful. Not really 100% but alhamdulilah there was no more tumbuk pintu sampai pecah and no more bruised hands. Bila aku tiba tiba rasa nak tulis balik, I feel like it's going to be manipulated & as usual always been misinterpreted. Backspace, log out.

I have a lot of things to tell, to share. Aku cuma allergy dekat society yang penuh kepura-puraan. When you have the power & money kau rasa kau boleh beli orang dan layan macam anjing. Back to that era, not like I was unhappy all the time. But I transferred all the bad vibes into writings. Macam laci yang simpan kebencian. 

Marah dengan scammer baju pengantin yang buat aku turun naik mahkamah dan masih boleh bayar Nora Danish untuk publish iklan dia dekat Instagram. Tuhan maha adil, kawan share partner dia sendiri bagitahu aku yang dia ditipu 100k. Marah dengan pembeli buku yang tak reti sabar walaupun dah minta maaf tiga kali, dan tak semena-mena cakap aku berlagak dan suruh sedar diri. Aku bangga dengan diri sendiri sebab tak maki dia. Come on, tak ada sebab kot aku nak berlagak, nak lupa diri. Rata-rata semua orang tahu aku datang dari mana, anak siapa, dibesarkan macam mana. (These stories should be written in another 'special entries', aku akan cuba cari masa untuk cerita demi pedoman bersama)

Aku pemarah juga bila dewasa ini. Masih baran, masih mengamuk. Cuma tak seteruk dulu dan boleh dikawal. Duduk sebumbung dengan orang yang belum ajak bergaduh pun dia dah minta maaf buat aku lemah. Maksud lemah kat sini, macam unchallenging. Sebab dia tak egois, tak banyak songeh, mengalah sebelum aku marah. Banyak benda yang aku belajar tentang sabar dan diam. Jadi kalau aku rasa nak marah pun macam buang masa. Sebab dia akan terus-terusan cium peluk cium peluk cium sampai aku rimas dan reda. Dia tetap tak akan bagi aku tidur dalam keadaan marah dengan sesiapa pun, akan tetap bangun setiap pagi dan cakap aku cantik walaupun hakikatnya aku tahu aku serupa paus yang terdampar dipersisiran pantai.

This time, last year, I was still with my cigarettes, hot pants, and sleeveless. Masih dibawah cahaya gelap lampu neon muzik bising. Masih keliru nak buat apa dengan hidup. Masih rasa tak guna pada semua orang. Tapi sekarang, waktu ini, tak lah sebahagia mana, tapi cukup-cukup untuk jadi yang biasa-biasa. I know I don't deserve all this, tapi Tuhan maha kaya kan?

Kita selalu penat mengeluh nak mintak.
Tapi Dia selalu bagi jugak walau kita selalu malas mintak.

Sempena lagi dua minggu nak tahun baru, aku cuma harap aku akan jadi lebih elok dari sebelumnya. Just like how 2014 have changed me. Sampai aku pun tak perasan tang mana aku berubah. 2015 aku harapkan aku boleh kerja sendiri tanpa makan gaji atau bergelumang dengan politik korporat dan kroni.  2015 juga aku harapkan circle kawan-kawan aku semakin mengecil supaya aku senang jaga sesiapa yang nak ada sampai tua. 2015 aku harapkan Mak aku panjang umur supaya misi aku kahwin cepat untuk dia pegang anak aku tercapai. 2015 aku harapkan Amir masih handsome dan cintakan aku seperti 360 hari sebelum ini. 2015 aku harap aku dapat hapuskan rasa marah dan tangani dipresi sebelum aku jadi seorang ibu.

4 comments:

  1. Semoga tercapai, kak awin. Buat tak layan je benda yang menyakitkan hati (:

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. i miss your writing eventho dh jarang blogwalking.. our spouse usually Allah bagi yg bertentangan dengan kita(sebab saya pun baran :D) . Allah knows very best kan.. semga kekal bahagia .. selamat menjadi ibu..

    ReplyDelete
  4. awin.. kenapa x tunjuk kn baju yg designer tu buat? nak tgk jugak mcmane hasil kerja dia.

    ReplyDelete