Tuesday, 10 March 2015

True happiness comes from the joy of deeds well done - Antoine de Saint

Aku rasa aku memang sejenis yang ada love-love relationship dengan orang-orang yang bukan sebangsa. Mungkin cara aku membesar dengan terbiar dan banyak bercampur orang macam macam buat penerimaan aku dengan bangsa lain lebih dari bangsa sendiri.

My early childhood best friends were all Indians. Most of them are boys. Nevignan, Thilak, Skandesh, Thinesh adalah kawan-kawan yang akan makan makanan rehat aku yang mak hantar dekat hujung padang sekolah bawah pokok sena. Padahal hari-hari Mak hantar bekal nasi, telur, kicap, ikan bilis. Itupun diorang boleh sebat makan macam sedap sangat.

Zaman clubbing pun malam-malam aku banyak di 'jaga' oleh kawan bukan sebangsa macam Navinder, a very handsome Singh guy who works with airlines. Kalau clubbing dengan kawan sebangsa dah sah selalu hilang sebelum kelab tutup. Tak hilang dengan perempuan, hilang sebab mabuk mengalahkan keling, tak pun hilang sebab bergaduh. 

Aku pernah jadi supervisor F&B hampir setahun dekat Papparich Fahrenheit88. The only Malay girl yang kena jaga dan monitor sekumpulan pekerja Myanmar, Bangladesh dan Nepal. Mencabar sebab Myanmar adalah pekerja yang rajin-rajin tapi susah nak adapt language and culture norms. Bangladesh dengan Nepal memang takleh jumpa, walau nampak serumpun, kerja nak bergaduh bila kerja, bergaduh je pakai pisau potong ayam. Ada sekali masa diorang nak mula bertumbuk dan angkat parang, aku nampak kat CCTV cepat cepat terjah dapur dan tengking sambil cekak pinggang. Semua terus diam cakap "Sorry Awin sorry" ramai-ramai. Padahal sebenarnya aku pun cuak jugak kalau-kalau kena tetak tak pasal. 

But these foreigners, diorang punya respect dekat orang, patuhnya dekat superior/majikan memang nombor satu. Pengalaman kerja dengan orang-orang macamni, yang kerja 14 jam, asrama tak ada api, air kena angkut pakai baldi hari-hari, tilam berkongsi, bantalkan lengan tiap hari, makan bercatu tapi tak pernah sekali pun complain buat aku rasa macam kita tak perlu kot merungut setiap hari pasal kerja kita. Kerja tak berkat, lagi nampak bodoh ada. 

One thing that I miss working with these foreigners, tiap kali bila dapat gaji, aku akan buat macam satu parti belakang dapur. Sebab bos cuma akan bagi diorang makan nasi, sayur dengan telur rebus separuh setiap hari. Its like torturing them to work 14 hours non stop bagi makan macam dalam penjara. Jadi bila aku belikan ikan goreng banyak-banyak dan kari kerbau, diorang punya terharu dapat makan macam aku belanja Tony Romas. That kind of appreciation when you look at all of their happy faces. Priceless gila babi.

Pengalaman lain, masa aku belajar 3 tahun diploma dekat Shah Alam, dari Barra sampai Nasi Lemak Cinta Sayang, kawan aku. Always get the extra cheese for naan. Yusof, Bangla juling air paling lama dekat Nasi Lemak Cinta Sayang, selalu jugak datang dekat meja dengan lawak-lawak terkini dan bodoh yang cuma aku je boleh gelak. 3 tahun degree, rumah aku dekat dengan Hakim 7. Pagi petang siang malam aku berkampung, kira 70% isi badan aku selama tiga tahun adalah hasil nasi kandar Hakim 7. Dari Ghaffar, yang tukang buat naan, Agus yang serve air, Amsyar cashier gemuk kuat tidur time orang tengok bola, semua ada dalam Facebook. Aku pun confused how this bonding made me happy selama ini. Jenis kalau lama aku tak datang nanti pop out FB chat "Lama tarak mari? Mau makan roti sanai? Saya balanja"

So when I moved to Bangi after married, Bangi tak ada mamak yang macam hip nak lepak. Mamak dia memang jenis yang cutup syarat je. Kalau ada pun dekat belah 15 yang crowded dengan students. So suami memang selalu bawak pergi mamak dekat ceruk mana tah. The only mamak yang nampak semenggah and a bit pricey. Jenis ane semua muka stok masam tak mesra. Tapi satu hari yang tukang buat air tak buat air yang aku order (aku selalu lepak order teh o ais) tapi tukar dengan apple carrot suam. Aku cakap aku tak order. Dia kata dia belanja sebab dia nampak aku mengandung tapi hari-hari minum teh o ais. He left me speechless.

Semalam, we had our quick dinner at Pelita Seksyen 9 Shah Alam since we had meeting nearby. We met our favourite 'ane' again dan dah setahun kami tak datang since the last time Ame & I had our midnight date everyday at the same Pelita. Siddiq, an ordinary ane (not the owner or even the manager) who takes order and serve the food. Works 14 hours per day with a small salary. He was so happy talking to us and making jokes about my tummy. He left for solat break and paid our bills without saying goodbye. 

Apa yang buat kitorang speechless, what have we done to this kind of person until he treated us dinner? One small deed that left a big impact to us. Bukan untuk sehari, tapi untuk selamanya. Humanity restored. Thank you Siddiq. Till we meet again.

7 comments:

  1. Awin! Blog pakai QuPuteh keeee dah putih sekarang? Hehe. Anyway take care yeee mommy to be ;)

    ReplyDelete
  2. bagusnya 'ane' tu tolong belanja makan.. :) :) :)

    ReplyDelete
  3. akak, I have a story,
    saya ni jenis yang tak suka beratur lama-lama, especially sebab cashier yang malas nak bagi baki sen. so saya akan bayar mereka yang takde duit syiling. One day, I have to buy nasik kerabu untuk arwah abah yang nak kena operate, tetiba ada uncle cina tolong bayar untuk saya, I ask why, dia cakap sebab saya pernah bayar 20sen masa kat tesco. Dia bayar rm20 sebab saya bayar 20sen utk dia. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. See! Good deeds selalu akan dibayar balik - oleh orang yang sama tak pun oleh orang lain. Kesan dia boleh buat hari tak baik kita tiba-tiba jadi baik. Thank you for sharing your story!

      Delete
  4. Thank you very much. Your posting is very great.
    pediatric dentist in india

    ReplyDelete
  5. Saya pun ada cerita. Hehe. I love talking to stranger. So ada satu hari ni pergi Batu Caves jumpa uncle Cina tgh bagi makan ikan koi dgn pigeon. Just saja nak borak dgn dia. Masa borak, I can tell that actually he is lonely. Tiba tiba masa tu saya dah kena balik, dia bagi angpow he said "nah la I bagi angpow. Kita kawan kawan maa."

    ReplyDelete