Friday 30 October 2015

Hujan 10 Tahun

Sempena #Hujan10Tahun esok, aku tak ada benda nak throwback. Gambar-gambar lama, banyak yang dah hilang. Kalau ada pun, cukuplah untuk buat gelak sendiri. But the memories remain the same deep in my brain and heart.

Aku membesar dengan lagu-lagu Hujan. All started when I was 16, my first gig was at Little Havana, Jalan Changkat. All those familiar faces ada yang masih jadi kawan, ada yang dah pergi meninggalkan.

Hujan wasn't just a music at my time. Hujan is where I met most of strangers that became part of life now. Hujung minggu, sanggup overnight tak makan, kumpul duit semata nak beli tiket. Ada satu minggu cakap dengan Mak tak balik sebab ada assignment, tapi sebenarnya pegi Melaka. Dengan beraninya entah ikut siapa-siapa, yang penting tak nak miss sekali pun gig. Duit pun tak ada, buatlah muka kerepek tumpang makan dengan orang. Itu belum masuk lagi tertidur kat rumah orang, esok pagi orang belikan nasi bungkus. Dari Little Havana, Annexe, Melaka Raya, KL Live, Planet Hollywood, Bentley dan banyak lagi, different gigs left me different memories.

Kena halau keluar rumah, kena hempas pintu dan dipesan jangan balik-balik lagi disebabkan aku liar asyik balik malam - liar dimana aku habiskan hujung minggu-minggu remaja aku pergi gig Hujan. Nak jugak aku suggest kenapa tak buat gig pagi, tak adalah Mak aku marah-marah.

Setiap kali pergi gig, mesti balik berdarah tangan lutut. Orang lain elok je dengar muzik balik gelak-gelak. Aku balik satu badan basah lencun macam baru lepas jadi minah rempit balik dataran. Suara habis sebab menjerit. Itu belum lagi masuk yang orang mosh pit landing atas kepala. Balik masih jadi orang biasa, yang tak siapa pun perasan. Only because the love towards Hujan. That kind of feelings only-you-would-know.

There will always some moment that I will not forget for the rest of my life. Ada benda yang aku tak boleh lupakan, ada benda yang sudah pun aku maafkan. By the end of the day, I know I am just an old fanatic yang pernah dibabikan tapi masih setia dengan kenangan.

Nak dikenangkan balik, what a silly teenage life. But at least I had something sweet to remember what life has brought me until now. I met my love life (virtually), Amir Azfar disebabkan lagu-lagu Hujan juga. Those Yahoo Mesengers years that brought us together. Separated for awhile, and met again (in reality) because of Hujan. Sampai ada anak, masih dodoikan anak dengan playlist yang sama. All these years, I passed so many phases of life, and Hujan songs brought us all together as one.

Okaylah, that's all I have for #Hujan10Tahun throwback. Terima kasih sebab sudi baca. Apahal aku tulis ni sambil nangis. Ada orang potong bawang ke woi? Hahaha jumpa reunion esok!


1 comment: