Wednesday 25 September 2013

Grown ups.

Aku jenis orang yang suka tengok hidup yang lepas-lepas. Jenis orang yang terlalu memikirkan pentingnya setiap orang yang keluar-masuk cerita hidup. Sampai aku gigih cari mana mula titik setiap kita jumpa, atas sebab apa, ke mana akhirnya. Let's throw back hard.


Hai, nama saya Nordiana Nuzuin Akmar binti Nordin. Saya tak tahu bila saya akan mati. Jadi saya tulis ini sekadar untuk berlatih karangan bahasa melayu. Saya berumur 18 tahun ketika menaip ini. Selama 18 tahun ini perkara yang paling banyak saya buat ialah menangis. Sebelum adanya komputer dirumah, saya cuma menghabiskan masa menangis dengan menconteng dinding pakai water colour, baring kepala ke bawah kaki ke atas, toreh-toreh tangan-kaki-badan, dan macam-macam lagi perkara menarik.

Saya lebih rela susah macam dahulu. Masa kecil melihat Mak dipukul dan dibantai sehingga teruk amatlah rutin bagi saya. Saya cuma ingat beberapa adegan saja. Kejap eh flashback jap---

Saya dikejut Mak awal pagi jam 5, buat karipap dan kuih bom. Saya pakai tudung getah dan Mak lintaskan jalan untuk saya naik bas ke sekolah tadika. Di tadika, saya makan roti disapu jam, dan nyanyi beberapa lagu nasyid dan pulang. Petang sambil tunggu Mak goreng mihun, saya buat part-time cari belalang. Tengoklah kalau rumput panjang, banyaklah belalang yang saya tangkap. Tapi yg pelik kenapa makin banyak saya tangkap, cepat saja mati. OHH, Mak kata patutlah mati sebab belalang tak boleh nafas ramai-ramai dalam plastik. EHE. Bila malam, saya dan Mak tidur di kerusi kantin, walaupun itu buat saya rasa macam kesakitan osteoporosis. Saya mimpi ibu belalang datang minta anak-anak dia balik. Sumpah! Tak tipu. Saya takuuut. Mak kat "Haaaa, tulah. Cuba orang tangkap anak mak ni, mesti mak pun macam nak gila cari win" Sejak tu saya tak tangkap belalang lagi dah.

Dulu-dulu, saya suka ikut Pak Cik Seman ke umbai. Tempat dimana saya boleh lihat ikan belacak loncat-loncat gembira, boleh dapat udang segar yang banyakkk, boleh makan telur ikan yang saiznya besar biji guli, dan yang paling saya rindu, belangkas. Wahhh, sedapnya! Saya suka kumpul cengkerangnya. Comel. :) Dapat belangkas, saya tunjuk pada Ayu, kawan baik saya masa kecil. Kami main kejar-kejar bawah pokok ubi, terpijak tahi ayam banyak kali. Saya dan ayu mandi sama-sama pakai sabun Lux. Masa tu baru saya tahu boleh shampoo rambut pakai sabun buku badan. Kena marah dengan Nek Layut sama-sama. Cari kura-kura sama-sama. Hidup saya mula berubah bila perangai Ayah menjadi-jadi. Mak tak tahan lagi. Dan Mak lari bawa saya ke KUALA LUMPUR. Byebye --- untuk Ayu, ikan belacak dan belangkas!

Kisah saya tersebar. Seluruh Melaka riuh. I mean, Kampung Padang Temu terutamanya. Saya jadi topik utama mukasurat depan utusan melayu. Kisahnya diculik ibu sendiri. Ayah kelakar, dengan kebodohannya.

Saya masuk sekolah tadika cina. Saya tak faham kenapa mereka warnakan muka orang guna warna oren. Sedangkan dulu di tadika islam, saya guna warna coklat. Saya tak faham apa mereka cakap. Saya rasa sucks. Saya tak mahu pergi sekolah. Babak akhir tak habis lagi rupanya. Ayah datang KL. Dan adegan trauma bermula, (dari jelas ingatan saya)

--- Ayah dengan lagak Superhajinya, pakai serban dan jubah putih, bercelak macam Jack Sparrow, memanjat pagar rumah Along yang berkunci. Ayah cuba pecahkan sliding door, Mak dan saya, dan juga Baby ketakutan dan terus menghubungi Abenal. Lagak ngeri Ayah terhenti apabila kedatanagan Abenal secara mengejut. Abenal shooo-shooo ayah dengan cara baik. Ayah pura-pura masuk kereta Fiat 007-nya dan mengambil cota(yang selalu sekuriti pakai tu) dan cuba menghentak kepala Abenal. Abenal berjaya tergeliatkan tangan Ayah dan cuba hubungi polis. Ayah minta ampun sangat-sangat dan janji tak buat lagi.

--- Next, macamana Tora datang lagi, begitu juga ayah. Ayah kembali dengan imej baru. Celak masih ada cuma tanpa jubah dan serbannya. Masa tu setting kat rumah sini. Ayah datang dengan bengisnya tanpa sempat mak pakai seluar dalam lepas keluar dari tandas. Mak bagi isyarat angkat Baby naik bilik atas. Apa yang mereka tengkarkan, alih-alih dengar Mak lari tercungap-cungap, kunci pintu ketakutan. Saya lagilaaaaa takut. Ayah hentak pintu kuat. Menjerit-jerit macam kena sampuk. Ayah tendang pintu, Mak tahan pintu. Ayah kopakkan tombol pintu. (tupasal sampai sekarang bilik saya tak boleh kunci). Ayah blah lepas Mak call beberapa orang. Lepas ayah beredar, pintu tak boleh buka. Dan kami terkunci seronok kat dalam bilik macam pelarian.

--- Selepas beberapa tahun, saya ke Melaka. Ingatkan keadaan dah move on, Mak pujuk saya supaya jumpa Ayah, sebab mungkin naluri seorang bapa merindui anak tunggalnya. Ohhh TIDAK. Ayah tarik saya masuk ke dalam rumah, macam harimau baru jumpa mangsanya. Kasar sangat perilakunya tak macam seorang ayah pun. Saya cuma sempat jerit hingga akhir tune suara saya. (Sama macam saya jerit masa gig tu, tapi dalam perasaan yg beza) Ayah tengking-tengking budget saya kan diam. Saya menangis jerit panggil Mak. Hah, Masa tu juga Mak jadi Wonderwoman dan terjah masuk, kopakkan pintu besi Muzium Uin Antik, dan bergegas mencari saya di setiap bilik. Okay, masa ni kelakar. Mak tarik kaki, ayah tarik kepala. (Dah macam ayam pencen dah aku) Entah apa mereka carutkan dan benda saya dah lupa dah.

Kesian, terima kasih. :)

***



Aku tak tahu mana kau kenal aku, jumpa aku, tahu tentang aku. Apa yang aku tahu, we met every person in life for a reason, for better or worst. Ada yang tetap tinggal, ada yang singgah, ada yang putuskan untuk setia selamanya. Bila aku tengok most entries, aku rasa bodohnya seumur belasan tahun tulis diari on a web. But for good, kadang kadang disebabkan kebodohan lampau kita, kita jumpa orang-orang yang bermakna untuk kita hidup selamanya. 

Kalau bukan sebab blog bodoh inilah, mungkin aku tak merasa kena maki dengan strangers. Sebab mulanya blog bodoh inilah, aku abaikan waktu-waktu bunuh diri aku, waktu kesal-kesal aku. Sebab blog bodoh inilah, aku dapat cakap on the phone dengan Nasha Aziz dan kena buang kerja. Sebab blog bodoh inilah aku sara diri aku dengan duit Nuffnang dan zine.

Aku tak pernah lupa diri. Akulah budak hitam yang selalu kena buli masa sekolah dulu. Yang kau tarik tudung dalam jamban sekolah kata Mak aku makcik kantin busuk, tapi sekarang kau ikut semua social media aku dengan puluhan pujian. Aku tak mungkin lupa diri, melainkan orang yang lupakan aku. 

The silliest part is, I'm marrying my fan. Bila imbas balik, hikmah segala apa yang jadi mulanya 2007. 2007 is the highlights of these 24 years of living di mana rata rata manusia yang aku jumpa tahun itu, manusia yang masih ada dengan aku sekarang. But if you showed up in real life dengan kenalkan diri sebagai peminat and ended up trying so hard mixing realiti aku dan apa yang berlaku dalam blog, that would be another story. And to sum up, it took me 7 freaking years to meet this one crazy fan yang akhirnya bakal aku kahwini, inshallah.

Aku belajar dan masih belajar. On 2007, I took blogging as one of the medium to escape from reality.  Aku tak tahu orang lain, aku tak campur. Dan mungkin sebab blog ini jugak pensyarah aku suruh ambil kos Journalism. So that there's a fine line between being just a plain blogger and a journalist. And because of the ongoing process of being a journalist, aku kena fikir dua-tiga kali. Jadi aku nampaklah beza, orang yang suka syok sendiri menulis, and some of them buat duit, angkat diri sendiri as editor lah apalah kadang-kadang ambil kesempatan dalam kesempitan. So yah... talk bad things about me, I'll write bad things about you. Ngam? Win-win.

So it's not like there's no more Awin yang mencarut, yang nakal, yang expressive. (Kalau nak aku carut, depan muka aku bagi ikhlas) Its just like.. its good to see me, the old me, growing up by sharing my deepest thoughts, scariest moments and fear with everyone. As for now, aku anggap semuanya hikmah yang dah disusun cantik yang cuma tunggu masa.






15 comments:

  1. weh kareem nk stop blogging? sedih wak.

    ReplyDelete
  2. cam kenal abenal tuh :) Alhamdulillah...Allah dah janjikan setiap musibah ada hikmah...kawin jangan lupa jemput win!!

    ReplyDelete
  3. Sy doakan semua indah untuk awak..dapat pelangi, dapat jadi cinderella, dpt reda Allah..amin

    ReplyDelete
  4. :)
    Dari yang paling parah di mata orang, dan akan jadi yang paling bahagia nanti.
    Masa silam yang berdarah menjadikan seseorang itu kuat. Lebih kuat dari orang lain.
    I wish you all the happiness in the world Awin.
    Semoga bahagia dunia akhirat.

    ReplyDelete
  5. i love you win. i choose to stay with u.

    ReplyDelete
  6. you're strong gurl... big hugs.. :)

    ReplyDelete
  7. awin, saya tahu awak gadis yang kuat...
    Allah sayang awak..
    I wish you all the best =)

    ReplyDelete
  8. biar sedih dulu gembira kemudian dari gembira dulu sedih kemudian ... ~~

    ReplyDelete
  9. remind me of my past
    aku menulis sebab nak padamkan dendam
    tulis balik zaman2 celaka jahanam
    blog jadi tempat kau luah segala
    but ya
    bak kata kak fynn
    Allah dah tulis cantik2 hidup kita
    aku doakan hidup kau n kak fynn dijaga Tuhan sampai akhirat. aminn.

    ReplyDelete
  10. Bila baca...
    macam woaahh kejap...
    Ya Allah..ade jugak yg hadap life cmni..betapa peritnye la haaii..rasa cam dalam drama sgt..
    Tp tu la..bila difikirkan balik..kita rasa life kita ni dah terok beno dah..baru 'dicuit' sket ngan ujian..dah rasa dunia xbmkna..tp kita lupa..ade lagi yang berat ujiannya..yup! Mmg xdpat disangkal..masing2 diuji dgn bahagian masing2..masing2 terima dgn kekuatan masing2..n for sure...u are seriously strong woman..iron laddaayy katanya.. :)
    Pape pon..best wishes for u.. In sha Allah..ada rahmatnya dgn semua yg kita dah hadapi..

    ReplyDelete
  11. Suka baca part ni ulang-ulang banyak kali. Bukan apa, ada plot kehidupan kita yang hampir sama tapi cara kita teruskan hidup lain-lain. Wishing the best for you , Kak Diana Nuzuin :)

    ReplyDelete
  12. 1st time read ur blog.. boleh invite sy utk follow ur blog? teringin nk follow nuzuin.blogspot.com
    can u add me?

    ReplyDelete