Friday 8 November 2013

Hai, pernah kena buli?

Hai.

Aku lahir dekat Melaka. Aku dibesarkan dalam muzium dan tak ada adik beradik. Setiap hari aku cuma akan main dengan apa yang ada dalam muzium, petang-petang main dengan anak-anak kambing, tangkap belalang dan kumpul berudu dalam tin. Kawan-kawan yang aku ingat cuma kawan-kawan sekolah tadika agama.

Lepas Mak bawa aku lari ke KL, aku masuk sekolah tadika cina. Semua orang tengok aku pelik. Kawan-kawan gelakkan aku sebab hari pertama sesi mewarna aku warnakan orang dengan warna coklat dan semua orang warnakan manusia dengan warna oren. Dan keliling aku cuma nampak muka muka eh-kenapa-muka-kau-hitam-kau-masuk-sekolah-cina. Susah nak adapt, dan aku sekolah tak habis bila Ayah culik aku balik ke Melaka.

Back in 1996, di sekolah rendah aku lebih rapat dengan kawan-kawan India macam Nevignan, Skandesh dan Thilak. Yang akan main dekat padang waktu rehat dan makan bekal dekat bawah pokok sama-sama tunggu mak aku dekat pagar untuk hantar bekal nasi, telur dan kicap. Waktu petang bila jiran-jiran main dekat taman, diorang akan main panjat-panjat dan aku akan kagum sebab lajunya diorang main kejar kejar sambil panjat?! And no one wants to play with me…… as I masih collect berudu dalam lecak. There were not much I can remember today, as my childhood seems not interesting at all. 

I am not sure if my existence menyusahkan, adik-beradik tiri pun suka buli panggil anak anjing, nak celur dengan minyak panas kalau belajar tak pandai, selalu suruh sedar diri yang hidup ni cuma menumpang. Aku tak salahkan sesiapa, mungkin salah faham perkara lampau buat kita menzalimi sesama sendiri.

As I grew up, kebanyakan kawan-kawan aku lelaki. Farid dan Izhar, are my best friends. Aku benci warna pink. Aku tak tahu pakai pad kali pertama aku period umur 14 tahun. Dan orang selalu ejek aku bila setiap kali baju sekolah aku bocor. Sebab aku jenis tak reti duduk diam. Kali pertama aku rasa tetek aku membesar, Izhar dengan Farid antara orang-oarang terawal yang sedar aku dah jadi perempuan. Selain main ejek-ejek nama bapak sampai menangis, budak-budak lelaki akan main tolak tolak dada "Eh kau apahal? Eh kau apahal?" sengaja nak rasa "dada baru".

Ada jugak budak nakal yang suka pijak selipar aku masa kaki aku terpaksa pakai selipar pergi sekolah. Pijak selipar sampai tersungkur, dan kaki berdarah. Mak aku kerja kantin waktu tu, dan Mak aku pergi serbu budak-budak tu tengah makan mihun, ketuk meja sampai kaki ayam dalam mihun terkeluar mangkuk. Dan peluk aku supaya tak menangis.

Sekolah menengah, akan ada senior satu dua tahun atas selalu buli bila terserempak dalam toilet. Tarik tudung sampai terkeluar anak tudung, terkeluar rambut. Ejek nama Mak dan pekik "Mak kau busuk dahlah kerja kantin!" Sambil gelak ramai-ramai. Bila berjalan depan senior lelaki diorang akan usha satu badan kau sambil komen atas bawah dan cakap kau bohsia. 

Waktu pertama kali kerja dah kena raba dalam stor dengan senior. Kerja yang berikutnya pun sama tak ada beza. Lagi-lagi bila kita macai dia supermodel. Orang panggil hitam. Anak keling. Panggil dengan macam macam nama. Masuk alam cyber, tetap kena buli. Kena dengan orang yang kau tak pernah kenal pulak tu. Out of nowhere kau tiba tiba dapat tweet


"Kau tu dahlah takda bapak, tolong sedar diri sikit" - Stranger Mulia

My best girlfriends left me on August 24th, 2013. Itu kira highlight kepada bapak segala buli. Berat aku turun 10 kg mendadak sebab terlalu sedih. (Sebab fakir dah tak ada kawan, dan terlalu rindukan waktu-waktu gelak) Tapi bila fikir balik hikmah disebalik kejadian, my existence was just untuk dipergunakan semata. Masih bercakap belakang, masih jadi lalang, masih melaga-lagakan sesama sendiri macam diri sendiri tak ada pendirian.

I'm telling you a bit about my experience been bullied semasa membesar. Can't tell you much, tak cukup satu blog nanti jari aku dah lenguh. Straight to the point, 

Apa pemahaman kita tentang buli? Apa punca buli? Apa kesan buli?

Bullying is being mean to another kid over and over again. Including teasing, talking about hurting someone, spreading rumours, leaving kids out on purpose, attacking someone by hitting them or yelling at them. Bullying does not always happen in person. Cyberbullying is a type of bullying that happens online or through text messages or emails. It includes posting rumors on sites like Facebook, sharing embarrassing pictures or videos, and making fake profiles or websites.

Disebabkan buli, ada orang yang bunuh diri. Kesan seumur hidup, emotionally. Kau ingat semua troller dekat laman sosial yang kebayakannya tak pernah tunjuk muka berani sangat dalam dunia realiti? I asked one of a friend in my previous assignment, known as full time troller in Twitter, dia sendiri kata yang orang kuat troll ni selalunya kena buli in reality dan pendiam.

Pernah tengok public figure / celebrity / orang biasa kena troll tak semena mena dalam social media?
Pernah tengok video budak perempuan yang kena lenjan dengan dua budak perempuan tapi tak balas?
Pernah tengok apa jadi dengan hidup mangsa-mangsa buli lepas kena buli?

I'm doing a bit research on bullying for my final project. Orang yang suka buli, yang pernah kena buli, if you are reading this, nak minta tolong sikit boleh? Sila hantar gambar atau video ucapan anda kepada saya sama ada anda pernah kena buli teruk ke tak teruk, atau anda suka buli orang tak ingat, tak tahu kenapa memang dilahirkan untuk dibuli dan membuli, kepada gdsjht@gmail.com untuk saya compilekan supaya gejala buli ini harus dihentikan dan tak dera mental anak-cucu-cicit kau di masa hadapan.








16 comments:

  1. Hmm..sedihnya baca kisah hidup awin masa kecik..tak tau nak cakap ape coz sis tak penah rasa kena buli atau membuli..sebab sis memang dari kecik jenis melawan balik..tak kira sape..anak sape..pangkat ape..yang penting jangan carik pasal..senang cite "aku tak kacau hidup ko..ko jangan gatal nak kaco hidup aku"..pengalaman yg awin tulis tu sume sis dah rasa cuma dalam situasi berbeza coz sume benda yang sis kena sis balas balik..
    contohnya:-
    macam bila berjalan depan senior lelaki diorang akan usha satu badan kau sambil komen atas bawah dan cakap kau bohsia.
    zaman sis dulu bukan takat usha je tapi siap jerit2 "woi! bohsia lalu woi!"
    sis plak memang jenis pantang kena sentuh darah terus gelegak..
    pegi face to face ngan seko2 senior tu tanya balik.."kalau aku bohsia sape bohsiakan aku? BAPAK KO?"
    paling best nak tutup mulut tambah plak "kalau ko nak tau..yang bohsia tu MAK KO..tu pasal la dia dapat ko paham?"
    pastu bertumbuk..hahaha!
    tapi ni pengalaman hidup masing2kan? but don't worry everything gonna be fine..ingat satu je..tuhan takkan duga kita dengan sesuatu yang kita tak mampu nak tanggung..sis selalu doakan dari jauh untuk awin..stay strong dear ;)

    ReplyDelete
  2. i'm not sure samada kau ingat aku ke tak, tapi kita sama kelas darjah 4 and aku pernah ikut kau tunggu mak ko hantar makanan makan kat tepi pokok, kat padang sekolah, kan? kot la, aku pun tak ingat sangat, muda lagi time tu. hehe.ko librarian tak silap aku hehe.

    ReplyDelete
  3. Haah kat padang sekolah Mak aku suka tunggu hujung pagar berlubang tu! Hahahaha, tak ingat nama kalau tengok muka kenal kot kan? Yup, aku librarian masa sekolah, kelas 4A, SKTSG.

    ReplyDelete
  4. menangis baca sebab pernah rasa...

    ReplyDelete
  5. Holyshizzz, silly mistakes and typos everywhere. My bad. And you too, are everywhere, Amir Azfar.
    Leave this space, and see you next year.

    ReplyDelete
  6. ta ade gmbr.. tp pengalaman ade.. kalau cerita je bole ke?

    ReplyDelete
  7. feel u gdsjht...what ever it is stay strong :)

    watch Table No 21 - hindi film about bully, sadis...

    ReplyDelete
  8. 'Leaving kids out on purpose' Yes, I've been through this, a lot. Apparently, I'm 'not cool enough' and I don't talk about 'really cool stuff' for the people around me in school, especially high school. Talk about treating people like they don't matter just because they're a lil bit different, pfft. It's almost hilarious how people can be so narrow-minded and judgmental. Alhamdulillah I have a few understanding friends in Uni. They make my life, well, more livable.

    But hey, you've been through worse, kak. Salute you, those days must have made you stronger now. Tuhan Maha Nampak, Maha Tahu, so stay strong :) May the force be with you, always !

    ReplyDelete
  9. hahah okay then betul la, kita classmate darjah 4 :D nama aku kina, duduk sebelah fatin yang pandai lukis tu

    ReplyDelete
  10. pnh kna buli masa form 3..baru pindah skolah..cikgu sumbat masuk kelas hujung2 sbb konon kelas pandai penuh apa ke jadah..pastu..bebudak kelas belakang x puas hati sbb asal cikgu soal..aq blh jawab dgn baik..hari2 kna pulau budak2 perempuan..yg lelaki lempar kasut ke kepala..tarik kerusi time nak duduk..ugut2 bagai..makan rehat sorang2..forever alone..ada sorang budak baru pulak..anak manager..blh pulak sumbat kelas pandai..mentang2 aq miskin..tapi aq kuatkan semangat..dapat jgk bertahan dlm stahun..huh...

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  12. Sedih baca history u..
    Perbezaan nye..Saya xpernah dibuli..
    Berani buli laa..
    Saya pernah masuk sekolah baru..mmg ada org nk buli,dgn penyapu Saya sebat blkg badan dia.. Tp alhamdulillah org tu adalah sahabat Saya sampai sekarang !
    Kmi bertambah baik bila dah kena penyapu.. Tp tu masa bdk2..

    ReplyDelete
  13. Sedih baca history u..
    Perbezaan nye..Saya xpernah dibuli..
    Berani buli laa..
    Saya pernah masuk sekolah baru..mmg ada org nk buli,dgn penyapu Saya sebat blkg badan dia.. Tp alhamdulillah org tu adalah sahabat Saya sampai sekarang !
    Kmi bertambah baik bila dah kena penyapu.. Tp tu masa bdk2..

    ReplyDelete