Tuesday, 30 May 2017

Rindu.

Berdebu siot blog ni. Aku hampir lupa password untuk log in tapi disebabkan aku jarang termakan semut jadi tekaan aku mengena kalini. Ada sesiapa rindu aku ke?

Gadisjahat was a memory. A bad and beautiful memory of my past and kadang-kadang aku singgah jugak ke sini untuk tengok balik tulisan-tulisan sendiri yang kebanyakkannya mendewasakan walaupun ada yang macam bangang but siapa tak buat kerja bangang masa muda-muda remaja? Kau mesti boring kan. Just kidding.

Anyway, aku selalu dapat email-email dari stranger yang cakap dia rindu nak baca tulisan aku semula. How my writings inspire people to move on with life and give them hope. Selalunya aku memang tak balas. Aku baca dan simpan. Sebab aku sebenarnya tak tahu nak balas apa. Berat pujian tu, but deep in my heart, aku terharu. At least, I know I did something right to contribute to people's life. 

Ketahuilah, tak semua orang hidup untuk makan puji-pujian. Ada orang lebih suka hidup yang kurang exposure, kurang diberi perhatian (mungkin dah terbiasa kurang perhatian dari kecik macam aku lol) but my point is... ada orang suka berkongsi bukan untuk perhatian dan pujian. Happiness is real when shared. Minat orang jangan sampai puja-memuja. Minatlah sebab perkara baik yang dia lakukan, jangan buat salah pun diiyakan jugak. Dari minat dah jadi taksub.

Aku rasa aku tak ada pun peminat. Sebab tak lawa, tak pandai, tak ada apa yang menarik. Tapi andai kata anda salah seorang yang pernah hantar email, whatsapp, DM, surat layang, surat cinta, pelukan dan kata puji-pujian depan-depan, aku nak cakap terima kasih. Sebab aku percaya berkatnya hidup kita kadang-kadang dari doa-doa ikhlas dari orang-orang yang kita tak kenal. Jadi terima kasih untuk kasih sayang dan masa yang pernah anda luangkan untuk saya!

(Tetiba je buat ucapan taktau sempena apa)

Till then. Bye! 

5 comments:

  1. Nak rindu jugak kat awin boleh takk?

    ReplyDelete
  2. :)

    i forgot how I stumbled upon and followed your blog. but I've seen how much you have grown. underneath all the angst and pain, there is the good heart in all of us.

    keep spreading Allah's love, Awin. insya Allah He will always look after you and us all.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshallah, amin amin thank you! Semoga yang sama untuk awak :)

      Delete
  3. banyak dah blogger stop lepas ada instagram. marilah menulis semula..

    ReplyDelete