Monday 8 January 2018

New Resolution: Same person, same spirit.

Tahun keempat jadi freelancer. Tiga tahun pertama banyak belajar tentang urusan berniaga, selok belok printing, jenis-jenis material, dos and dont's while dealing with customers. Banyak betul kenangan yang tak dilupakan.

Jual angpau duduk mamak pegang anak tunggu sampai malam, customer tak datang-datang, tiba-tiba cancel. Post barang dekat customer oversea, shipping lagi mahal dari harga barang, customer bayar setahun selepas itu, dan hanya bayar separuh dari harga yang sepatutnya. Supplier kapitalis. Kedai printing curi design. Design banyak-banyak kena reject, tak bayar, customer lesap. Alah bisa, tegal biasa.

My whole life has been worst than this. Kenal erti susah seumur 4 tahun kalau boleh aku tak nak anak aku sesusah aku dulu. Kurang kasih sayang, kurang duit, kurang perhatian, selalu ditinggalkan. Bezanya sekarang susah dan menangis aku berteman.

Belajar jurusan media massa kewartawanan dan penulisan sikit sebanyak menyumbang dalam pekerjaan freelancer. Macam mana nak tolak ansur, macam mana nak consult, macam mana nak betulkan ejaan bangsa masa kini dan ajar betapa pentingnya image branding untuk sesuatu jenama (yang selalunya orang pandang enteng). Apa aku belajar ialah, "tiada kejayaan tanpa pengorbanan". Even at times I questioned, "Sampai bila nak berkorban?". Tapi aku tetap percaya dari dulu yang pengalaman akan mendewasakan.

Started from zero. Berbekalkan izin suami, malam malam tanpa tidur, dan akaun bank dua angka aku buat benda yang orang lain rasa tak boleh tampung kehidupan. The fact is, pernah satu ketika, apa yang aku buat jugalah yang bantu suami ketika dia diuji dalam pekerjaannya di saat semua orang pandang rendah pada pekerjaan aku. Alhamdulillah, tahun keempat kini hampir selesa, cukup makan pakai walaupun hujung bulan tetap dua angka dalam bank. Haha!

Azam tahun baru tak nak kerja dengan orang sombong. Keberkatan dalam kerja is top priority. Nak lebih kreatif, lebih sihat, lebih gembira!

P/S: Sesungguhnya penulisan yang jujur itu memenatkan. Kadang menyinggung hati orang, kadang dipergunakan untuk wang. Untuk tahun baru ini kita cuba salurkan perasaan luka, marah, dendam, benci, sayang dalam bentuk lain pula. Kalau ada yang masih menyokong, boleh beli karya terbaru aku "Pretty Chaos". Koleksi quotes dan hadith pilihan aku kumpulkan bersama watercolor artwork dan dijadikan sebuah kalendar 2018.















3 comments:

  1. i miss reading your writings here. and i'm glad some times, we still come here. happy 2018 awin! :)

    ReplyDelete
  2. Missing all those good blogging times yang semua orang baik-baik. Sekarang dunia internet menakutkan :( Happy 2018 Idrin <3

    ReplyDelete