Wednesday 1 August 2018

Berdamai dengan benci.

Aku rasa aku adalah orang terakhir yang kau boleh jadikan option kalau nak bertanya macam mana nak handle hidup. Recently, semua orang main 'ask questions' Instagram. Aku pun gatal nak cuba sebab masatu tengah free dari stress kerja hujung minggu. Ingatkan yang tanya mungkin sorang dua, rupanya ramai jugak.

Soalan yang hampir sama dari semua, "Bila nak tulis buku?" "Rindu nak baca blog. Bila nak tulis lagi?" "Apa sekuel selepas 7 Tahun 7 hari" Susah betul aku nak jawab. Sebab jawapan dia tak pasti. Dulu menulis sebab hati hancur, rasa terabai, tak ada benda nak buat. Sekarang nak sedih pun tak ada masa, apatah lagi nak duduk dan habiskan tenaga untuk menulis. Menulis non fiction ni, pakai emosi. Kena korbankan tenaga dan masa untuk meluah. Bukan boleh saja-saja reka cerita.

Ada jugak soalan yang agak controversial, but being me, orang tanya aku akan jawab selagi tak melanggar privacy. Kalau aku jawab standard jawapan selebriti nanti orang kata poyo. Jadi aku jawab sehabis baik, obviously not to please everyone.

Kemudian, datanglah soalan-soalan yang agak meruntun hati. Mintak nasihat dan pandangan tentang masalah hidup masing-masing. Sejujurnya, ini antara benda paling lemah untuk aku. Paling takut bagi nasihat. Aku bukan kaunselor, bukan therapist, bukan public figure yang layak untuk bagi kata-kata, but--- aku akan cuba bercakap dari perspektif sendiri. Dengan kata mudah, orang tanya, aku jawab. Kalau tak tanya, aku tak akan pandai-pandai nak komen/kritik/persoal masalah hidup orang.

I cannot simply say "I've been there" sebab mungkin situasi orang lain lebih teruk dari aku. Aku tak boleh nak kata "Awak kena buat macamni kalau nak jumpa ayah awak yada yada--" sebab sejujurnya ibu bapa kita adalah karakter yang berbeza - watak dan fitrah manusianya. I will tell my side of story, if you can relate, dan ambil yang baik, ambillah.

Aku membesar tanpa Ayah zahir (nafkah) dan batin (emosi/sentuhan) dari umur 8 tahun. Seingat aku, waktu umur 4 tahun aku saksi semua benda. Aku ikut emak jual kuih dan tidur di kantin seumur itu. What did you do when you were 4 to 8 years old? Adakah kau nampak setiap hari mak kau kena bantai? Adakah kau pernah jadi mangsa rebutan hak penjagaan mak-bapak? Like they literally rebut - sorang tarik badan sorang tarik kaki? Pernah ikat perut dan makan harapkan ihsan jiran-jiran? Pernah dibawa lari diculik berkali-kali ke dua tempat berbeza seumur itu? Apa agaknya kesan pada emosi seorang kanak-kanak umur 4-8 tahun secara logiknya?

Seumur itu aku tak faham. Tak ada yang cuba tenang dan fahamkan. Jadi sistem pemikiran aku dihujani visual-visual yang tak sepatutnya seorang kanak-kanak biasa saksikan. I live with the same visuals every freaking day sehinggalah ia jadi dendam, jadi marah, jadi penyebab untuk rosak dan jadi penyakit. Lepastu aku jumpa bermacam-macam jenis manusia yang mendewasakan, dari stranger ke kawan sekerja, dari bekas-bekas teman lelaki ke bekas bakal suami, yang kata sedara rupanya sekadar satu darah, antara yang peduli dengan yang tak peduli. Life was so full of hatred before sampailah aku mampu seimbangkan logik akal, emosi dan iman.

Ada orang tanya macam mana nak handle hidup berbaik dengan orang yang kita benci. I'd say... you have to deal with the shit. Kalau ada kuasa untuk ubah, kita ubah. Kalau ada daya untuk elak, kita elak. Dengan bahasa mudah, I hate all the wrongdoings my father did to me. Tapi aku cuba maafkan dia setiap hari. Macam mana? Mohon Tuhan lembutkan hati aku memafkan dalam setiap solat. Bukan untuk bapak aku, tapi untuk aku. Selebihnya itu urusan dia dengan Tuhan. Aku agak dia pun tak tenang selepas apa yang dia dah buat berpuluh tahun, but again only time will tell.

Apa yang membuatkan aku cari Ayah? Sejak kecik aku disuap dengan kata-kata benci. Satu pun tak ada yang baik tentang Ayah. Biasalah, budak kecik kan curious. Penuh tanda tanya. Membesar pulak dalam keluarga tiri yang masatu sentiasalah cari salah. Fitrah manusia yang celaru, akan sentiasa cari ruang yang akan buat dia selesa. Begitu juga aku. Aku tinggal Selangor, Ayah tinggal Melaka. Setiap tahun aku akan melawat senyap-senyap dengan boyfriend atau kawan tanpa pengetahuan mak aku. All this while aku sebenarnya penat orang kata bapak aku jahat tanpa aku tahu apa kejahatannya. Perasaan nak tahu tu buat aku cari bapak aku setiap tahun. Sampailah aku dirisik, aku kena merayu bapak aku jadi wali, bapak aku tak nak walikan hantar wali hakim, sampai harinya bapak aku muncul, so many things happened sampai aku tak boleh dah nak recall drama setiap episod hidup.

Jawapan mudah kenapa aku cari dia... ialah perasaan ingin tahu. Nak tau kenapa dia tinggalkan aku. Nak tahu kenapa sepanjang hidup aku tak sekalipun aku dengar yang baik tentang dia. Dengan rasa ingin tahu tu, aku bukan saja tahu pasal dia, tapi tahu pasal banyak benda. For time being, I am still learning. Melawat dia setiap tahun, buat yang terbaik sebagai anak, walaupun dia tak pernah jadi Ayah yang baik seumur hidup ini.

Aku harap post aku kalini sikit sebanyak menjawab soalan. Kita semua belajar sesuatu dari keadaan sekeliling. I remember a good phrase from a client after how we shared our worst experiences dealing with same-race business owners yang suka makan kaum sendiri. "Buat je baik dengan sesiapa walaupun orang tu tak baik. Buat bukan untuk dia, tapi untuk hati kita"

3 comments: