Saturday, 28 September 2013

Jangan sentuh.

Tadi, hari ini, ada manusia tua, dah elok-elok pangkat 'Atuk' telefon Mak aku.
Tanpa tujuan, tanpa salam perkenalan.

"Kalau saya datang rumah nanti kena tangkap tak"

Panasnya hati aku, nak je aku jawabkan,

"Datanglah pakcik, kalau rasa nak kena pijak"

Mak syak ini semua kerja orang Melaka. Kes dajal. Orang yang azalinya sampai ke tua jahat tak sudah-sudah. Kalau anjing pun dah penat menyalak. Nak aku makikan, tua. Fikir panjang, yang nak mewalikan dia. Karang tak pasal-pasal jadi protege bini Mat Yo pula.

Aku tak tahulah apa masalah orang-orang tua sekarang. Sebelum majlis, yang pangkat makcik-makcik buat perangai. Menangis lagi orang tua tu tiap malam, mengenang. Setiap hari aku peluk, cerita yang sama diulang tayang, penuh kesal. Jenis aku, memang tak ambik port sejak zaman Firaun lagi. Jenis aku memang disisihkan kononnya sebab anak anjing, sebab tak pakai tudung, sebab tak terbela, liar katanya. 

Yang pangkat nenek-nenek pun sekarang sibuk update status Facebook mengalahkan budak-budak sekolah baru nak baligh dengan keluh kesah, mengata sini sana. So advance, dulu mengumpat kat kedai kopi, baru celik IT dah mengumpat dalam Facebook. I've said before, technology creates moron. Bila rasa dia saja yang celik IT, dia lupa yang orang lain lagi nampak dia bodoh bila benda dah bersuluh lagi terang.

Dah aku diamkan, menjadi-jadi. Tahan, sabar, tahan lagi, sabar lagi. Aku cubalah fikir waras, cuba lapik lagi rasa hormat. Tak tenangnya aku belajar. Aku kena batalkan niat aku pergi oversea sambung practical, dahulukan keperluan dari kehendak. Aku kena korbankan cita-cita aku untuk banyak benda yang tak perlu pun aku huraikan satu-persatu. Tapi kalau dah kalau puasa, raya, hari-hari aku kena tengok muka bengkak Mak aku menahan dugaan Tuhan dengan durjananya perbuatan manusia, darah daging sendiri, tak kan aku kena duduk diam macam anak-anak lain yang memang tak ambik peduli?

Kita ni doklah sibuk nak menjaga hati orang, nak belajar adab hormat, nak jadi yang lebih baik dari sebelumnya. Nak aku biarkan, itu emak. Aku bukan tuli. Dah aku janji, separuh hidup untuk tua dengan dia, itu pun mungkin tak cukup lagi bayar jasa-jasa muda dia. Secara logik akalnya, kita akan automatically defensive when it comes to our loved ones. Tak kan nak jadi lalang, konon menjaja cerita gaji berpuluh ribu, kereta tukar ganti macam tukar spender, lempar seratus dua ikut musim 'baik', jenguk setahun sekali, asal cukup syarat. 

Ini dahlah tak pernah tanya khabar. Tahu cerita, terus condemn.
Condemn, condemn, condemn.

How can I be so positive, how can I live in positivity when surrounded by all these negative bastards?
You tell me.

Orang kata yang muda disayangi, yang tua dihormati. 
Ini kalau dah yang tua mintak kaki, yang muda biar kena buli?

Orang berbudi, kita berbahasa.
Kalau orang dah tak sudi, tak kan kita tak faham bahasa?

Aku tak kisahlah orang tak ambik peduli. Sikit pun aku tak heran. Bukan sombong, bukan berlagak. Tapi hidup kalau tak boleh menyenangkan biarlah tak menyusahkan. Kau ingat dengan jual kesian, perut boleh kenyang hati boleh senang? Kita memang boleh sedapkan hati masing-masing. Tapi cubalah kalau yang tua-tua ni, ada akal sikit, dah beranak cucu cicit tunjukkan teladan sikit. Ya ampun tolonglah sekali dua pakailah otak sikit. 

Busuk-busuk, mak aku.
Sakit pening, aku saksi.
Kalau tak suka, blah.

Aku dah pesan.
Jangan.
Sentuh.
Mak.
Aku.



Barua.

6 comments:

  1. Hye gadis. Sy ni pembaca senyap blog awk. Ape yg awak tulis sy paham sgt2. Dorang boleh buat ape dorang suke, kutuk, keji, marah tapi bile sentuh mak kita, ye awas! They dealing wit wrong person. X kira la tua mua! Mmg tak lah kan! Nk hormat macam mn kalo dorang pon x hormat diri dorang sndri. Urghh!

    Gadis sy xkenal awak sungguh! Bace blog awak pon baru je. Tp dr ape yg sy bace dr blog awak ni. Awak x jahat! Mana ada org jahat mengaku jahat n org jahat yg syg sgt mak dia heee.

    Sy doakan awak sentiasa di lindungi Allah s.w.t. Insyaallah kebaikkan awak melindungi mak awak akan terbalas kelak!

    *dlu sy pon jahat, jahat smp mak halau dr rumah, tp sebab 1 je sy pegang syurga bwh kaki mama so mak halau sy buat keras jela. Until now dh kawen pon dok celah tiak mak hehe*

    ReplyDelete
  2. aku pon. biar lah robek, hancur, hati nih, perasaan nih, orang kacau..biarlah..tapi aku pantang, orang usik mak. Aku doakan segalanya dipermudahkan dan diselamatkan..

    ReplyDelete
  3. setuju, buruk2 pun mak yang bersabung nyawa melahirkan kita

    ReplyDelete
  4. faham brah.yg melibatkan mak-ayah.siapa je tak lantang ?

    ReplyDelete
  5. Agreed....sepesen dgn yg pnh sy kne..xbrani dgn kite mak yg die sentuh..mmg muke xtau malu..smpi skrg xubah perangai walaupun da bercucu..menjaja cerita mintak simpati org..so sad..wlaupun sering bertelagah pndapat ngn mak tp mak aku org lain jgn suke2 touching die..pantang :)

    ReplyDelete
  6. good one.. new follower of yours.. kadang2 kena bahasakan jugak org2 ni sbb diorg memang xkan paham bahasa..seanjing aku pon kalo org sentuh family aku kompem aku akan tukar jadi serigala.. semoga segalanya dipermudahkan..

    ReplyDelete