Thursday 28 August 2014

Parti Kita Suka

20 pre-order melalui RabakLit telah dititipkan sekali dengan satu penanda buku dan surat cinta (buatan sendiri) yang tak seberapa seperti yang dijanjikan. Okaylah kan, benda free kot. Antara soalan-soalan yang sering ditanya dan sekarang aku jawab secara umum.

Boleh beli direct tak?

Jawapannya, macamni. Aku tak buat COD (cash on delivery) kerana aku tak boleh commit. Rabaklit sebagai publisher dan movement yang buat segala kerja dari A to Z boleh membantu untuk COD dan penghantaran secara pos. Cuma email sahaja rabaklit@gmail.com dan buku akan sampai dipeti surat anda. 

Dekat mana boleh beli selain pos?

Buku baru keluar minggu ini. RabakLit akan ambil masa untuk buat sesi penghantaran ke toko-toko buku indie seperti Khizanat dan LejenPress secepat mungkin. Dalam masa terdekat, Insyallah, 7 Tahun 7 Hari boleh didapati di MPH, Borders, Kinokuniya dan lain lain yang sewaktu dengannya. Selain tu, 7 Tahun 7 Hari boleh didapati di mana mana sahaja kumpulan RabakLit ini buka booth. JB Writers & Readers Festival adalah event yang paling dekat setakat ini.

Ada official launching tak?

Insyallah, mengikut jadual RabakLit, Melankolia Bisu dan 7 Tahun 7 Hari akan adakan official launching di Kinokuniya KLCC pada 27 September 2014, Sabtu. Dengan rasa rendah diri, aku jemput sesiapa yang sudi hadir datang. Mungkin aku akan keras disitu, tapi tak apalah, kita cuba dulu.


Semenjak dua menjak aku memang kena terjebak dengan self-promoting. Kira paksa-rela lah. Tengok cara kerja Rabaklit yang bersungguh-sungguh buat kerja buat aku percaya siapa lagi nak angkat diri kalau bukan kita sendiri. Hidup ni senang je kalau orang kasih sesama sendiri dan tak dengki mendengki. Aku harap aku tak gila glamor dan apa yang aku buat hanyalah cari makan macam orang lain juga. Dan aku tak mengharap pun novel aku jadi drama ganti Rindu Awak 200% (please lah babi betul siapa nganjing aku macamni)

Berbalik pada tujuan utama aku nak kongsi. Itu sahaja.

Mungkin sekarang aku survive hidup macam sekarang dan tak perlu lagi pandang belakang disebabkan doa-doa stranger yang tak putus-putus. It's okay, I will start small. Siapa tak nak kaya hidup senang ye dak? Tapi aku rasa tak bermakna bila pengisiannya tak ada. Dan aku terbaca this one random post berbunyi, kalau Tuhan angkat kita jadi sesuatu (somebody) lebih baik naikkan taraf memberi dari naikkan taraf hidup. So tak perlulah aku bagi tahu satu dunia kalau betul pun aku bersedekah. Tak perlulah aku heboh satu alam bila aku kongsi hasil usaha aku. Kalau tangan kanan memberi pun tangan kiri tak perlu tahu, kenapa perlu hashtag bagai setiap perkara baik yang kita buat kan? 

Aku pernah suarakan hasrat nak buat event sendiri. Aku came out dengan 6 months proposal, satu parti (gathering) yang mengumpulkan apa saja yang aku suka. Of course, the purpose is business tapi objektif aku lebih pada mengumpulkan orang-orang yang aku jarang ada masa dan beri peluang pada orang macamana aku pernah diberi peluang. Sekali orang sindir aku, "Kalau kau nak buat event macamtu, asyik nak sedekah kat orang je lebih baik kau sedekah kat Gaza". Aku sentap. Dia menyedarkan aku tak ramai sebenarnya yang fikir apa yang aku fikir.

Jadi ya, sesiapa yang ada waktu lapang, bolehlah datang ke event pertama, PARTI KITA SUKA yang aku organize sendiri. Nampak macam event untuk perempuan, tapi tak, semua dijemput hadir untuk memeriahkan majlis. Mungkin kalini Beauty Party, lepasni Music party pulak siapa tahu? Kalau nak beli 7 tahun 7 hari, boleh beli direct 6 September ini!



Poster designed by yours truly

1 comment:

  1. Ok menarik!

    Btw kami 3 sekawan baru je launch travel blog. 1st entry kami psl backpacking di New Zealand. Kalau ada masa, singgahla, boleh tinggalkan komen dan feedback ;) kalau dpt exchange link pun ok. Hehe

    www.thetravelling3o.com

    Terima kasih!

    ReplyDelete