Friday, 16 October 2020

Of freckles & serenity.

100 hari. Not sure if I’m doing it right. Tapi aku ada semangat nak jual apa aku boleh guna dengan sedikit bakat yang ada buat bayar hutang piutang arwah Ayah tinggalkan untuk balunya, iaitu mak tiri aku. Beli balik apa yang dia cagarkan dihujung hari-hari akhirnya. Like finally I have another life mission to be accomplished.

Dengan melukis, aku off sekejap dari realiti. I always put myself in isolation mode kalau tengah berkarya. Aku selalu dianggap tak berguna. Dan suara tu tetap berlegar walaupun aku cuba bina kehidupan baru, dengan suami & anak-anak. Aku mungkin anak yang tak berguna, tapi impian aku nak jadi ibu yang berguna. Dari mana patut aku mula?

Aku mungkin tak berguna dan tak ada kepentingan untuk sesetengah orang terdekat. Tapi aku cubalah jadi berguna untuk orang yang perlukan aku. Kenalan yang kena cancer. Kawan yang ada anak istimewa. Kawan yang baru jadi ibu tunggal. Kawan yang dulu cakap besar tiba-tiba tak pernah rasa susah. Semua rasa nak tolong dengan diri yang serba kurang ni. Dengan sedikit bakat dan suara yang ada, aku cuba mana yang boleh. Dalam konteks sekarang ni, mak tiri. 

23 tahun dia jaga arwah Ayah. Tak ada anak, tahan dengan ragam arwah, dan abadikan diri dia dengan kenangan hingga akhir hayat arwah. Haritu ada orang DM kata masa hidup tak sedih bila dah mati sedih pulak. Mana kau tau aku tak sedih? Sebab aku tak post ke? 

I can post my sadness everyday, but I didn’t? Aku merintih pada dunia dari umur 16 tahun. Jual buku for the sake of “to be heard”. Tapi ada hati yang aku kena selalu jaga walaupun hati aku tak pernah dijaga. Aku sorok sorok balik Melaka sejak aku pandai naik bas sendiri umur 17 tahun. Balik dengan boyfriend. Balik dengan kawan-kawan. Setiap tahun masa uni mesti cari peluang untuk balik. Aku ada gambar setiap kali aku balik. Bila dah kahwin aku lagi selalu balik sorok-sorok. Tunjuk anak senyap senyap. Tapi dengan siapa patut aku buktikan semua ni? Dah tentu tanpa pengetahuan mak & keluarga sini. Sebab apa? Tak perlulah aku huraikan.

Tapi sekarang kalau aku balik, aku boleh post IG stories 50 kali kalau aku nak. Sebab kalau orang masih iri hati. menyampai-nyampai, nak mengumpat hal si mati, itu bukan lagi masalah aku. Yang dibenci dah pun mengadap Illahi. 

Untuk cakap aku marah saja-saja is unfair. Kalau kau umur 6 tahun disuap dengan dengan one side of stories, akal pula baru panjang putik jagung, apa kau expect bila umur kau 30 tahun? As easy as pushing a restart button? Aku baca hubungan anak dan ayah adalah melalui ikatan nafkah. Tanpa nafkah terlerailah ikatan itu. I feel the heaviness in my heart disappeared saat aku halalkan semua “hutang” dia pada aku. Dan misi aku langsaikan “hutang” dia pada dunia. The least I can do for a father, I never knew.

Kenapa aku cerita kat sini walaupun aku tahu social media bukan terbaik untuk cerita personal stuff? Sebab sini ruang yang terima apa aku nak cakap. Sebab sinilah aku jumpa balik ahli keluarga yang aku perlukan through social media. Anak-anak buah yang manis-manis dan sangat menghormati. Salah seorang loyal follower yang rupanya anak buah (anak kakak yang meninggal) pun through social media. Banyak benda baik aku jumpa dari sisi lemah yang aku cuba ungkapkan di ruang ini.

Tapi itulah, I don’t want to be a victim anymore. Dari aku jual simpati, baiklah aku jual hasil bakat yang Allah pinjamkan sekejap ni. Ujian aku adalah jaga aib masing-masing. Tahan selagi mana yang boleh tahan. Bila orang dah rompak zaman kanak-kanak aku, aku rasa aku ada hak untuk perbetulkan zaman dewasa aku. Tak ada penyesalan pun lepas 100 hari ni. Yang tinggal cumalah rasa lega, terlerai sudah kemaafan yang terbuku, yang akhirnya terungkai juga semua rahsia menjawap semua teka-teki aku sebagai manusia dalam muka bumi. 100 hari kena buang. 100 hari tanpa pelukan satu pun dari keluarga yang aku pilih selama aku hidup. 100 hari aku cuba telan plot twist yang orang rekakan untuk aku. Kalau dalam Kdrama, Ame kata watak aku lebih pada Ko Mun Yeong. Aku pulak rasa watak lebih pada Deok Sun dalam Reply 1988. Hidup tak pernah ada cita-cita. Cuma nak jadi manusia baik. So doakanlah aku jadi manusia baik dari hari-hari yang semalam, yang bebas dari dendam. 

“Ya Allah ya Tuhanku, kalau salah betulkan aku. Kalau betul, kuatkan aku”

2 comments:

  1. *hugs*

    sy pernah merasa kehilangan.. tiga tahun yg lalu.. semuanya tentang masa.. moga diberi kekuatan dan ketabahan ye sis.. btw, im a silent reader.. lama dulu selalu juga baca blog sis..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kak. Been there. Keluarga mak x bagi jumpa adik beradik yg lain mak. Soon as I grown up. Terlampau banyak hidden stories.

    ReplyDelete